Pages

@aimaniman |

Pengacara Baru Jalan-jalan Cari Makan





Ramai orang kata Rancangan Jalan-jalan Cari Makan dah tak sehebat semasa pengacaranya Maria Tengku Sabri dan ketika Serina jadi pengacara. Malah Beautifulnara pun ada menulis tentang ni iaitu pengacara JJCM yang baru, mengecewakan. Pada mama, rancangan yang bertujuan untuk menarik penonton untuk turut sama berasa terliur ni, memerlukan pengacara yang berbadan 'sedap-sedap'. Tambah-tambah bila tengok pengacara tu makan, kita pun berselera juga nak makan. Malah Iqbal Mazlan, pelakon Pilih Kasih ingin menarik diri dari JJCM kerana bimbang menjadi gemuk. Issshhh,... dah rancangan macam ni, kenalah tunjuk yang korang berselera nak makan, kalau makan macam orang yang nak diet je, takut2 nak makan.. siapa yang tertarik nak mencuba  untuk makan makanan yang dipromosikan kan?...
Kalau 'aktor' kat atas tu layak tak jadi pengacara JJCM musim akan-akan-akan datang? Rasa macam sedap je dia makan, sampai kesemua jari masuk dalam mulut. Padahal lauknya cuma kuah sup dan nasi kosong!... tapi macam rasa sedap je kan makanan tu...
Jom layan Aiman makan....

Hari Koperasi : Suratan atau Kebetulan

Layan.. suratan atau kebetulan?

Khamis yang tensyen, Khamis yang merimaskan... kerja tak settle kerana SAPS yang tak menentu nak loading. Tiba2 mama tersenyum sendiri, cenderahati Hari Koperasi, sebuah buku catatan..  Kata yang urus cenderahati, dah pesan nak yang berwarna-warni, tapi dapat yang ini..... tak apalah, masih cantik, masih menyegarkan kerana hijau warna yang redup, dan sesuai dengan Tema Hari Koperasi "Selamatkan Bumi Kita"... dan paling penting mama boleh mencatat sesuatu di dalamnya...

Published with Blogger-droid v2.0.6

SAPS bingung Unifi tiada



 Masih dalam penyelenggaraan

 pelik bin ajaib?!

Sesiapa yang menghadapi masalah yang sama, sila angkat tangan. Kes seperti nilah yang menambah kebengangan dan menambah ketensyenan guru. Kami dah tak ambil kisah dengan segala beban kerja yang semakin banyak. Kami dah dapat menyerap segala masalah disiplin murid-murid sekarang. Bak kata orang tua-tua, alah bisa tegal biasa. Namun, yang amat memeningkan kami, sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) yang wajib diguna pakai untuk menganalisis peperiksaan di sekolah.
Tapi sistem ni ibarat indah khabar dari rupa jer. Tengoklah gambar di atas, mama dah cuba selesaikan tugasan mencetak slip peperiksaan menggunakan aplikasi SAPS ni kat sekolah lagi, ni sambung waktu malam di rumah, namun apa hasilnya? Maaf,.. sistem masih dalam penyelenggaraan dan yang lebih dasyat, mama belum dilantik sebagai guru kelas pada tahun 2012!!. Tak pandai punya sistem, ni dah 19.06.12 dah, takkanlah mama belum dilantik... issshhh nak lepaskan geram dan tensyen ni..
Hikmahnya : bagi pembuat sistem kat atas nun, tengok2 lah segala infrastruktur yang ada, fikirlah bahawa Unifi belum dan tidak disediakan di sekolah, dan sistem masih dalam percubaan, so janganlah jadikan kami guru-guru ni sebagai bahan ujikaji, tolonglah.....

Doa-doa semoga sekolah mama ada Unifi biar laju sikit masuk SAPS
Doa-doa biar SAPS tak bengong lagi... 
Unifi janganlah malu2 ye..
Amin...

Syyyy Rahsia Rumahtangga Erra Fazira

 
 Masih cantik dan kekal cantik selama-lamanya

Mama salute dengan sikap Erra Fazira yang mengunci rapi dan menyimpan sebaik-baiknya rahsia rumahtangganya daripada pengetahuan umum. Walaupun Erra adalah public figure namun, tidak semua hal peribadinya boleh dikongsi dengan semua orang. Betullah kata Erra, rumahtangga ada pasang surutnya, cuba kalau Erra bukan penyanyi dan pelakon terkenal, kisah rumahtangganya tiada siapa yang ambil kisah. Ada pasangan yang bergaduh siang malam, tetapi tiada sesiapa pun yang sudi menjaja kisah mereka. Namun, mentang2 Erra ni dikenali ramai, maka kisahnya juga perlu dikongsi beramai-ramai?
Sikap Erra memang jauh menunjukkan kematangannya. Malah dia kata, hak Tengku Imran untuk tidak mengikutinya dan bukan hak Erra untuk memaksa Tengku Imran mengikutinya ke mana-mana sahaja. Hai orang kita ni, suami tak ikut isteri pun dijadikan asbab keretakan rumahtangga ke? Mungkin Tengku Imran sibuk, dan mungkin Erra lebih senang ke lokasi penggambaran sendirian, siapa yang tahu kan?
Jawapan Erra yang tidak mudah melatah dengan khabar angin kontroversi rumahtangganya boleh dibaca di sini.
Emak selalu ingatkan mama apabila mama ceritakan kisah 'dalam kelambu' mama. emak nasihat, ada benda yang boleh diceritakan pada kawan-kawan dan ada cerita yang harus disimpan baik-baik. Kawan yang mendengar, ada kalanya macam bersimpati, tapi sebenarnya mereka hanya mentertawakan kita sahaja. Mama simpan baik-baik nasihat emak, kerana mama tahu nasihat orang tua-tua amat mujarab menjamin keutuhan rumahtangga. Kalau kita ketawa, ramai yang ikut ketawa tetapi jika kita menangis belum tentu ramai yang sudi untuk menangis bersama. Jadi Erra, mama harap bersabar dalam menempuh dugaan dalam alam rumahtangga, kerana badai yang melanda hanya asam garam yang menambah rencah kemanisan hidup berumahtangga kita. Kalau tak, kita tak tau rumahtangga kita dah cukup masin atau terlebih manis ke... Betul kan? Sebab tu kekal Syyyyyyy ye Erra...

Kisah Lucu Malaysia Lawan Singapura

Golll

Kisah lucu perlawanan Malaysia dengan Singapura semalam memang sukau untuk mama lupakan. Apa tak lucunya,.. kalau nak diingat-ingatkan mesti mama gelak sendiri. Oleh sebab terlalu bersemangat untuk menonton perlawanan tu, mama dah bersedia di depan tv pukul 8 lagi. Bakul susu anak2 semua mama dah siapkan, supaya mama tak terlepas peluang untuk menonton perlawanan tu. Pukul 8.30 mama tanya abah, ada tak live? Abah kata ada kat Awani. Mama tertanya2, tapi malas nak bertekak, mama terus picit Awani. Mama menjerit gol pertama Malaysia, lepas tu gol kedua.. seronoknya sebab Malaysia mendahului. Tapi 2nd half tetiba Singapura dapat penalti, tapi alhamdulillah Apek dapat selamatkan gawang. Pastu Singapura dapat pulak gol semangat apabila dapat free kick dalam kotak penalti. Lepas tu, masa tambahan minit ke-93 Singapura berjaya menyamakan kedudukan. Alamak, sama pulak skripnya macam game Malaysia lawan Singapura kat Singapura? Mama cuma tertanya2 dalam hati. Habis game, baru mama terdengar pengulas kata yang perlawanan tu di Stadium Jalan Besar!! Apa maknanya? Mama bersorak dan membebel untuk perlawanan ulangan di Awani!!
Mama tekan tv1.. Malaysia masih bermain dan kedudukan juga 2-0. Macam sama jer skripnya kan?
Mama gelak nak pecah perut sebab sambil tonton bola tadi mama tweet, mama retweet, mama post kat FB kisah seri Malaysia, kisah apek selamatkan penalti!!.. Alamak kisah ulangan rupanya..
Nampak betul kalau perempuan yang tengok bola kan... game ulangan pun mama tak sedar. Pengajarannya, jangan memandai-mandai nak masuk 'dunia' yang bukan 'dunia' kita. Kalau nak masuk tu, 'beri salam' dulu, supaya kita dapat 'masuk' secara hormat dan tidak dimalukan macam mama...

nak tau keputusan Euro, klik sini
Jom kita layan kisah Belanda vs Jerman

8 Rahsia Buat Duit di Internet

Lama bercuti menyebabkan kenangan semasa cuti masih bermain-main di kepala mama. Emak tanya,.. dah berapa lama buat blog tu? Mama jawab : setahun setengah. Mimin, anak sedara mama pula bertanya, berapa follower cik Ja? .. 822 kot. Apa ko dapat, tanya emak lagi. Dengan bangga mama jawab, dah 121 hengget!!! Emak dengan sinis mecelah, cuma 121, setahun pulak tu, cuba ko layan anak, ambil lekas dari taska, cuba lihat anak2 tu....

Dalam hati mama bertanya sendiri, mama mengabaikan anak2 ke? Mama terlalu sibuk dengan berblog ke? Mama tiada masa untuk anak2 ke..  Mama terdiam sendiri, adakah selama ni, perbuatan mama sia-sia je? Mama menghabiskan masa di blog ke, sedangkan anak2 terabai dan mama seolah2 mengejar benda2 yang tak pasti? Sebenarnya, hanya jauhari yang mengenal manikam, hanya mama yang tahu kepuasan apabila berblog tau....

Sebab tu mama lihat satu-satu muka anak2 lama-lama dan fikiran mama kosong, mama tak ada idea dan x ada mood nak berblog langsung. Kekeringan idea begitu terasa. Malah, mama malas nak berjalan2 di blog macam biasa. Mama dalam dilema, sama ada nak mengalah jer? Rasanya.. entahlah, ...

Dalam ketandusan idea, mama menyelongkar Google dan mama terjumpa artikel 8 Idea Buat Duit di Internet. Jom teman mama baca seterusnya, tapi tujuan mama berblog untuk buat duit ke? Tak cukup ke gaji yang DS Najib bagi. Tak bersyukur ke mama dengan rezeki yang ada? Tak makan ke anak2 jika tak mendapat apa2 dengan berblog? Persoalan yang mula timbul setelah setahun 8 bulan mama berblog...

Kaki Seksi

 sepatu nenek lari atas treadmill.. nenek nak slim ye?

 sandal nenek p pasar karat...

 sandal atuk p teman nenek jalan2...

Semenjak dah 'pandai' sangat berjalan ni, Dahiyah dah semakin ligat. Macam2 jenis kasut dibelikan, dari yang berbunyi pot pet, sandal crocs tiruan, selipar princess dan macam2 lagi tapi yang dipilihnya tetap juga kasut dan selipar yang jauh lebih besar daripada kakinya. Pantang ada kasut di mana-mana, mesti Dahiyah mencuba. Kalau di rumah, mama mesti simpan kasut dalam almari kasut supaya Dahiyah tak 'mencuba' semuanya, tapi kat rumah totok,... haa layanlah gambar kaki Dahiyah yang seksi? hissh, cute la kan...

Sebenarnya ada tips nak memilih kasut, terutama kasut sukan tau :
1. Pilih kasut sukan yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilakukan. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis.
2. Ketika mencuba kasut itu sarungkan kedua-duanya sekali dan pastikan kasut itu tidak terlalu ketat. Cuba berjalan. membongkok dan melompat dengan menggunakan kasut itu, ini untuk memastikan kaki anda berasa selesa dengan kasut yang akan dibeli.
3. Beli kasut sukan baru anda ketika hari menjelang petang kerana otot kaki pada waktu ini sedang mengembang. Keadaan ini paling hampir dengan keadaan semasa anda sedang bersukan.

Itulah beberapa panduan yang boleh anda ikuti semasa hendak membeli kasut sukan baru anda. OOO macam ni, mama kena beli kasut sukan waktu petang la yer, baru mama tahu,.. biasa beli waktu malam, patutlah x selesa jer.

Sesalju Bayu pula ada menceritakan panjang lebar tips memilih kasut yang perlu kita ambil kira agar tak menyesal setelah keluarkan duit yang banyak tetapi tidak menepati citarasa pula apabila tiba di rumah kan...
1. rekaan kasut - inilah yang paling mama cerewet, rekaan yang cantik memang mama pilih tapi malangnya kaki mama yang jenis kembang semangkuk... tak dapatlah nak ikut trend semasa.. sedey tau..

nak tau tips lain daripada Sesalju Bayu? jom baca di blog beliau yer...

Masyaallah, cantiknya kasut Datuk Siti Norhaliza ni,.. tapi mama rasa kasut sebegini tidak sesuai untuk mama pakai kerana keperluan untuk berdiri lama dan sentiasa berjalan sebagai guru, tidak memungkinkan mama untuk memakai kasut bertumit 5 inci!.  Tapi tak salah untuk kita menjamu mata melihat kasut artis kesayangan kita ni kan? Jom teman mama tengok koleksi kasut Datuk Siti?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Selebriti Agama Popular

Wow...

Siapa tak kenal selebriti Agama popular ni? Mama rasa selebriti ni memang tengah popular di Malaysia. Jom kenali selebriti ni dengan lebih dekat di blog beliau. Malah jadual aktiviti selebriti agama ni pada bulan Jun dah penuh. Jom tengok jadual beliau. Facebook beliau pun kita boleh geledah.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wetworld Shah Alam vs Melaka Wonderland

 Kidzania tersesat di Melaka Wonderland jer...

Pejam celik pejam celik akhirnya cuti sekolah selama dua minggu bakal berakhir lagi dua hari. Esok abah akan datang dan ambil mama dan anak2 balik ke Klang, bermulalah semula episod kecoh mama anak beranak di Kelang. Pagi pergi sekolah, hantar anak2 ke taska, dan ambil anak2 petang. Rasa nak cuti je, tapi duit nak juga.. sapa nak bagi duit kalau tak kerja??? Kan Br1M kedua nak dapat, untung tu....

Proses menggondol Dahiyah
Wow.. sedapnya kena tarik rambut... 

Sebenarnya tak banyak cerita sepanjang cuti ni sebab mama memang tensyen jer sepanjang cuti. Nak tahu kisahnya, baca di sini. Sebelum cuti, mama merancang nak bawa anak2 ke Kidzania, tapi apakan daya, Ikea dan the Curves tu dah ada depan mata, cuma seberang jalan tapi abah x jumpa jalan, so kami batalkan niat ke Kidzania. Anak2 cuma dibawa ke Melaka Wonderland. Bila ditanya mana lebih best, antara Wet World Shah Alam dengan Melaka Wonderland, jawapannya tentu le MWL. Apa menariknya di MWL, klik la di sini.

 Kakak Iman dengan set drumnya...

Cuti ni juga mama berjaya menggondolkan dua orang budak, Syahmi dan Dahiyah. Dahiyah ni le pengalaman pertamanya digondolkan semenjak lahir setahun 8 bulan yang lalu. Tapi yang peliknya, dia macam tak kisah jer duduk di kerusi gunting rambut tu, berbanding abangnya. Syahmi dah nak masuk 4 tahun November ni, tapi sekali pun x pernah bergunting rambut di kedai. Seingat mama, dua kali rambutnya dipotong dan kedua2nya dalam keadaan abwah sedar!. Sekali, nenek potong time dia mandi dan sekali lagi nenek pura2 cari kutu dengan sikat kutu, tapi sebenarnyarambutnya dipotong!.. sebab tu mama tak dapat snap gambar.

Siapa tau makanan ni?

Tak banyak makanan banjar yang mama masih kenal, sejak nenek meninggal 5 tahun yang lalu, kuih gulung dah lama mama tak makan, sebab kuih ni kuih kegemaran nenek. Kalau orang lain, mungkin panggil kuih ni ketayap kot, atau mungkin nama-nama lain. Selain tu, nasi merah dengan cacapan (timun dipotong ngan tomato dan bawang), dan satu lagi, makanan dalam gambar ni. Siapa yang tak pernah makan, cuba2 lah rasa, tentu akan nak dan nak lagi. Kalau orang kelantan bangga dengan budu, mama tentulah bangga dengan makanan ni. Info tentang makanan ni di sini.

Sedey nak tinggalkan kampung... nampaknya sekejap lagi nak puasa dan raya mama balik kampung lagi... syoknya kampung...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Euro 2012 : 7 hari 7 malam

Syoknya bola

Hari ni genap 7 hari 7 malam mama puasa daripada berbw. Fuuuiiih, rasa tertekan dan tensyen yang amat sangat, tapi demi menanda kertas exam yang berlambak2 tu, mama kuatkan semangat juga. Almaklum, mama dapat menanda pun time anak2 dah tidur, yang pasti pukul 11 malam ke atas, jadi berapa lama la sangat mata mama dapat bertahan? Pukul 1 dah mula menguap dan adik Dahiyah mula merengek, jadi mama sambung esok... dan esok dan hari ni,.. Khamis, tepat pukul 12.34 pagi mama akhirnya berjaya. Nak ucapkan tahniah pada diri sendiri la....

Dua hari lagi Euro 2012 nak bermula.. jadual di atas tu kena pakai kanta kalau nak baca. Bolehlah lawat di sini dan banyak blog lain kalau nak dapatkan jadual lebih jelas.  Yang pasti, mama tak akan ketinggalan nak tonton game Itali vs Spain pada 10 Jun nanti. Walaupun mama bukanlah fanatik sangat dengan bola, tapi mama tak akan mengaku kalah dengan budak2 form 4C, yang pasti mama mesti tahu keputusannya dan bagaimana game serta siapa yang score. Cikgu kena 'masuk' dalam dunia budak2 terutama budak lelaki supaya mereka minat nak belajar dengan cikgu tu, betulke? Mama tengah bereksperimen nieh... Jom tonton bola?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Mak Dara Jfd 9494 For Sale

 Lihatlah tenunglah siapa mahu saya?

Entri ni iklan je tau, nak baca entri mama, klik entri di bawahnye tau...

Mak Dara JFD 9494 for sale. Panas tau iklan ni, siapa cepat dia dapat mak dara bergetah ni. Kalau nak tau kisah selanjutnya mak dara ni, klik lagi tajuk di bawah ye.

Guru Super Tensyen

Hi kertas bilakah nak berkurang ni

Genap tiga hari tak mengupdate blog ni menandakan mama tensyen pada tahap super punya. Apa tidaknya, 9 kelas nak kena tanda semua nya esei pulak tu!. Almaklum guru tak cukup, jadi cikgu tingkatan 4 dan 5 cuma 3 orang saja mengajar 6 kelas tingkatan 4 dan 6 kelas tingkatan 5. Dua belas kelas bahagi 3 cikgu jadi kami dapat 4 kelas seorang. Satu subjek ada 2 kertas, bermakna 8 kelas,.. mana jadi 9 kelas tu?? Haa, sebab cikgu masih tak cukup jadi kami kena lego dapat tambahan 1 kelas lagi!!. Siapa yang pernah tanda kertas exam BM tingkatan 4 dan 5 faham la keluhan mama ni, kan....
 
 Siapa pernah ke sini?

Mama tambah tensyen bila melihat peta di atas ni. Kakak Iman tahu tentang tempat  ni pun melalui iklan di TV 3. Alahai kakak Iman, mama ni nama je duduk di Kelang tapi bab pergi ke KL tu mama memang tak reti la. Mama pergi Sogo pun naik LRT, mama kidnap tudung di Jalan TAR pun naik LRT. Mana la mama tahu nak ke situ... Oleh sebab cuti sekolah, kalau boleh nak juga bawa kakak Iman ke sini. Mama dapatkan info di Youtube, memang best rasanya kalau dapat bawa kakak Iman, Syahmi dan Dahiyah ke sini. So mama tanya kawan2 jalan paling mudah ke situ dari Kelang, dan itulah hasilnya... masuk Highway Federal,.. jumpa 'jambatan Penang', masuk Highway Damansara-Puchong, pas tu nampak signboard TTDI.. pastu nampak aar signboard The Curve, Ikea dan tempat tu.... siapa pernah ke sana? Ada jalan lebih mudah ke sana dari Kelang???? Tolonglahhhh....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lisa Sudah Berisi

Lisa dan Yusry memang penyayang

Khabarnya, selepas berkahwin, berat Lisa dah naik iaitu dari 46 ke 50 kilogram sekarang. Almaklum, Lisa kini semakin bahagia setelah 3 bulan berkahwin. Malah, Lisa kini sudah semakin berisi. Wow, tentu ramai peminat Lisa yang tumpang gembira dan meramalkan Lisa dan Yusri Junior secomel mama dan papa mereka. Menyentuh soal anak ni, Lisa memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui dia tidak merancang mengenai soal cahaya mata. Haa... sebab tu lah Lisa sudah berisi tau. Gembira dan nak tau kisah sebenarnya... baca lagi yer...

 Untungnya dapat mama Lisa dan papa Yusri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012