AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Kad Kahwin Kreatif

Cikgu Iza | September 08, 2012 | 17 Komen |

kad kahwin kreatif
Wow..
Laluan MAS...
Ada cop lagi...

Pejam celik pejam celik dah lama rupa-rupanya mama dah jadi guru.  Apa taknya, kalau diibaratkan ibu, mama ni dah ada ramai cucu dah. Setiap tahun, mama akan terima kad jemputan kahwin, bermakna 'anak' mama dah kahwin dan tentu sahaja bakal mendapat anak iaitu 'cucu' mama.  Baru-baru ni dapat lagi kad jemputan kahwin dan pada mama kad ni lain dari yang lain.  Makin lama, makin kreatif dan pasangan pengantin berlumba-lumba nak jadikan hari perkahwinan mereka suatu hari yang unik dan tak mungkin dilupakan.  Tengok je gambar kad jemputan kahwin ni. Mula-mula mama ingatkan pasport... rupa-rupanya pasport perkahwinan! Siap ada cop penerbangan lagi.. klas gitu kan.  Teringat mama zaman dulu, kad kahwin dah le reka sendiri, print sendiri dan kad fotostat jer atas kertas A4 berwarna,.. rasanya bajet untuk buat kad yang paling minimum. Tapi berbeza betul dengan pasangan pengantin sekarang, dari kad yang dah menelan belanja besar, apatah lagi majlisnya nanti. Terfikir mama, semakin kaya rakyat Malaysia ni kan.. Alhamdulillah..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Pengalaman Pertama Melahirkan Baby Inersia

Cikgu Iza | September 04, 2012 | 8 Komen |
Pengalaman pertama melahirkan tentu merupakan pengalaman yang maha berharga yang tidak mungkin kita lupakan.  Macam-macam perasaan, takut, seram, sakit, penat, lenguh bercampur baur tetapi kesemuanya terpaksa rela kita telan dan alami. Itulah lumrah kehidupan yang membuatkan kita akan menjadi lebih dewasa dan matang. Angkat tangan siapa yang tak mahu merasa pengalaman melahirkan? Tentu nanti orang tu tak da idea nak dikongsi bersama pengalamannya.  Ada yang cerita, susah sangat, ada yang kata senang je, ada yang tiada langsung masalah.. seronok je masing-masing bercerita tentang pengalaman pertama melahirkan. Pengalaman pertama mama melahirkan Baby Inersia...
tips majalah sekolah
Inersia, pengalaman pertama mama melahirkan...
Alamak, jangan terkeliru... Malaslah mama nak ceritakan pengalaman pertama mama melahirkan Kakak Iman, dah masuk enam tahun dah, dah hampir-hampir lupa dah kisahnya.  Mama nak ceritakan kisah pengalaman pertama melahirkan Inersia, baby dah berumur 4 tahun ni.  Punyalah teruk, sebab mama memang blur mula-mula dulu sebab almaklum tiada pengalaman. Sepanjang proses melahirkan Inersia macam-macam karenah, macam-macam dugaan mama hadapi. Kurang bantuan dan sokongan daripada insan terdekat menambah perit proses kelahiran Inersia. Namun, mama kuatkan hati, kuatkan semangat dan matlamat mama pastinya Inersia bakal dilahirkan.
Doktor pulak banyak karenah, ada saja alasan untuk tidak datang melawat. Apabila diminta datang, alasan masih beraya, alasan kakitangan bercuti dan macam-macam lagi. Namun, tarikh 5 September 2012 merupakan tarikh keramat kerana ketua doktor bakal melawat mama dan memberikan nasihat terakhir sebelum mama melahirkan.  Insyaallah, jika tiada aral, minggu hadapan mama bakal masuk ke 'labour room' dan kemudian jika tiada aral melintang, tiada banyak karenah birokrasi baby Inersia ke-4 bakal dilahirkan pada 2012. 
Tak sabar rasanya nak menanti kelahiran baby Inersia..
Pengalaman pertama melahirkan Inersia adalah pengalaman maha berharga..
Siapa ada pengalaman sama, melahirkan majalah macam mama?

Kes Samsung Vs Apple

Cikgu Iza | September 03, 2012 | 9 Komen |
samsung disaman apple
Instagram  : Siapa kurang bijak Samsung atau Apple

Kisah Samsung dan Apple ni mengingatkan mama dengan kisah semasa di universiti dulu. Mama teringat bagaimana bersusah payahnya budak-budak perempuan pergi semua kuliah, pergi semua tutorial, buat assignment, cari bahan dan semua benda dengan harapan agar mendapat keputusan cemerlang. Beza pulak dengan pelajar lelaki, malas pergi kuliah, malas salin nota, malas pergi tutorial, malas buat assignment  tapi mereka 'work smart'.  Dengan muka seposen dan daya menggoda 100%, mereka berjaya membuatkan pelajar perempuan yang rajin tu cair lalu membenarkan assignment mereka di'salin' atau yang lebih buruk membenarkan diri mereka 'membuatkan' assignment untuk sang lelaki. Akibatnya? Kebiasaannya le, markah pelajar lelaki akan lebih baik kerana asignment mereka telah ditokok tambah sedangkan tidak untuk pelajar perempuan. 
Perkara yang sama juga berlaku pada Apple. Kita boleh ibaratkan Apple ni 'perempuan yang rajin dan bijak' sedangkan Samsung 'lelaki yang pemalas tetapi work smart' dan hasilnya.. Galaxy Tab, Note, S2, S3 dan lain-lain yang lebih murah tetapi secanggih iPod, iPad dll.  Kesimpulannya, siapa lebih bijak, Apple atau Samsung?  Kalau nak kata Samsung bijak meniru, tidak pada mama kerana mereka bukan meniru bulat2 tetapi menokok tambah dan itu bijak namanya.  Sorrylah Apple sebab mama hanya mampu guna produk Samsung jer...
Sebenarnya, budaya menerima ni kita dah tanamkan pada anak2 kita sejak kecil zaman berzaman.  Jadi, jangan marahlah jika apabila mereka dewasa budaya hanya mahu menerima tak mahu berusaha ni tertanam subur dalam diri anak-anak kita. Tak percaya? Lihat gambar-gambar ni.

duit raya
Kakak Iman menerima duit raya

Yaya terpinga-pinga tak tahu kenapa dia juga diberi duit...
Budaya memberi duit raya... Siapa yang tak suka menerima duit raya, murid-murid sekolah mama yang dah jadi 'budak expired' tu pun merengek-rengek nak duit raya.  Tapi, alangkah manisnya jika anak-anak kecil ni tahu kenapa mereka harus menerima duit raya.  Misalnya, Kakak Iman dapat duit sebab manis bertudung.. Tentu lain kali kakak akan suka bertudung kerana jika bertudung akan dapat duit. Lama2 tentu kakak terbiasa bertudung, kan.  
 
 So, budaya menerima bersebab perlu kita hidupkan dalam diri anak-anak 
agar jangan jadi macam mr Samsung nak terima jer...
Published with Blogger-droid v2.0.8

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com