Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Setia Hujung Nyawa

Cikgu Iza | January 31, 2013 | 7 Komen |
syahdunya...

Follower...

Sekarang demam Ersalina dgn Zain..,
Kalau nak tau kisah mereka, jom la tengok tv kerana mama x mau la nak ulas cerita ni, baik tengok sendiri baru puas kan...
Setia hujung nyawa...
Mama teringat kisah petang tadi, di sekolah mama didatangi parents student 5k. Alkisahnya, mama rampas spec dia sebab budak2 lelaki kelas tu yg memang 'femes' digantung dan dibuang tapi 'dipungut' semula, telah diberi pinjam spec oleh budak ni. Mama yg tercegat di depan mcm ayam berkokok ni, tak dihirau, tapi mereka lebih berminat dgn mamat berspec ni. Mama pun rampas le spec tu dan minta student ni jumpa guru disiplin utk mengambil spec semula. Budak perempuan ni pun menangis gila2, mama tegur dia suruh berenti menangis dan pandang mama tapi x diendah.. Mama pun rasionalkan sebab mama rampas spec tu, 1 kerana spec tu fancy x sesuai untuk ke sekolah dan 2 spec tu dia pass pd budak2 lelaki, kalau betul2 dia rabun, dia x kan bagi2 pinjam spec, 3 spec tu jd bahan mainan budak2 'super baik' kat kelas tu...
Fuuih semput nak cerita ni...
Parents dia pun mula marah2, mama pun bagi le sebabnya..
Alasan anak dia bagi spec kat budak lelaki ialah dia budak baru dan x mau digelar sombong! Masya Allah.. dlm hati mama, kalau itulah reason yg mama bagi kat abah dulu2, bukan abah datang sekolah serang guru tapi teruk mama kena pukul pulak.. Itulah mentaliti ibu bapa dulu yg sayang anak dan mahu anak berjaya, x seperti sebahagian ibu bapa sekarang yg 'sayang' anak tapi 'membinasakannya'! Bukan saja dia 'buat hal' di kelas, tapi dia berani tidak datang apabila dipanggil dan menjawab dgn nada tinggi pd guru disiplin, sedangkan ibu dan ayah senyap je.,. Dalam hati mama, patutlah budak ni besar kepala, tunjuk lagak pd guru depan ibu bapa pun dia berani! Malah, parent ni kata sebab mama rampas spec anak dia menyebabkan budak tu malu besar dan nak berhenti sekolah! Dalam hati mama, kesian parent sebab tunduk dgn karenah anak, patutlee anak 'berani'..
Pada mama, walau sebesar mana rintangan... setia mama pd profesion keguruan setia hujung nyawa... x pa le org kutuk... yg penting niat mama murni tau...
Satu lagi,.... mama nak ucapkan terima kasih banyak2 pd folower yg sudi follow blog ni, dah 999 tau.., siapa lah follower ke 1000 tu ye,.. x sabar mama nak tunggu, dan harap sangat2 semoga semuanya setia hujung nyawa pd blog ni... tqvm..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Beli Cotton Online di bilik...

Cikgu Iza | January 30, 2013 | 5 Komen |

biru belang merah bunga




Banyak peniaga kain cotton secara online yang mencuba nasib di Facebook.. Bila ada penawaran, tentulah ada pembelinya,, Kalau tak, mustahillah peniaga online di Fb ni tumbuh bagai cendawan lepas hujan lebat kan.. Mama pernah membeli cotton secara online dan pernah tertipu. Baca kisah sedih mama di sini. Sekali tertipu, takkan mama x belajarkan..
Sebab tu, mama beli cotton online di bilik..
Maknanya, mama tahu tentang cotton baru di fb, pm owner, pas tu p ke bilik dan borong cotton.. konsepnya sama je mcm beli di kedai, tp bezanya info tentang kain baru diterima di fb, owner kedai online pm pembeli dan kami serbu bilik utk memilih.. Lagi puas hati dan confirm x tertipu.. jom le cuba,...
Lepas ni, time bonus nak beli cotton online di bilik lagi..
Siapa berani?
Published with Blogger-droid v2.0.9

Kontroversi Gambar Panas Pre Wedding LJ

Cikgu Iza | January 28, 2013 | 8 Komen |

Kredit untuk Melvister.com dan Beautifulnara kerana mama kidnap gambar panas LJ dari situ,
Malam tadi susah nak tidur jadi mama terjah gambar hot LJ melalui tab mama... malam bertambah'hangat' apabila melihat gambar LJ
Tapi pada mama, apa nak dihairankan sangat kerana LJ kan public figure, artis ala ala manja, jadi tak hairanlah jika dia mampu menjadikan gambar prewedding nya agak hot, di samping hot nya isu Saiful Nang dgn ibu LJ. Pada mama, gambar2 macam tu dah biasa ditonton dalam drama2 Melayu sekarang, malah aksi di atas katil pun ada, berdua2an dalam bilik di mekah pun ada... oopposss... jadi apa lah sangat jika berdakap berdua di tepi pantai.,, Cuma aksi di balik batu yang agak 'over', kalau boleh LJ tunggu le post wedding nanti baru ambil gambar cam ni, gerenti tak meletop,,,
Pada mama, segala-galanya terletak pada akal budi kita sendiri. Perjanjian seketat mana pun boleh dimungkiri, inikan pula jika tanpa hitam putih. Mesejnya, bagi bakal2 pengantin perlulah berwaspada jangan sampai 'dimalukan' akibat kealpaan diri. Kan orang tua2 dah kata, orang bertunang tu berdarah manis, syaitan sibuk berusaha utk melalaikan mereka sebelum step seterusnya yg membuatkan mereka menangis apabila lafaz akad diputuskan,,
Pada mama, LJ ke sesiapa je, x perlu melatah, akur dengan kesilapan diri dan jangan ulangi lagi ye,,

Published with Blogger-droid v2.0.9

William Yau : Kehilangannya Pengajaran Berharga

Cikgu Iza | January 27, 2013 | 6 Komen |
Kisah tragis William Yau betul-betul membuka mata mama....

antara akhbar yang memaparkan kisah william...

Mama tak tahu tujuan dan kisah sebenar ibu bapa William meninggalkannya bersama-sama adik-beradik yang lain, sedangkan ibu bapanya keluar ke kedai. Pada mama, walau apa-apa pun alasan, tindakan ibu bapa William bukan satu tindakan yang bijak. Pada mama, walau sesukar mana pun menjaga anak-anak, almaklumlah anak-anak kecil akan menunjukkan 'belang' mereka ketika ibu bapa sibuk menawar untuk membeli barang, anak-anak tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirian di dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa. 

Muhd Darwish Aniq

Kebetulan pada masa yang lebih kurang sama, kisah Muhd Darwish Aniq 3 tahun juga dilarikan ketika ibu bapa keluar ke bilik air. Baca kisahnya di sini http://www.sinarharian.com.my/semasa/budak-dilarikan-70km-ibu-bapa-ke-tandas-tinggal-anak-dalam-kenderaan-1.124553. Kalau mama berjalan jauh, terutama balik kampung, abah akan bawa 2 anak ke tandas dulu dan mama akan tinggal di dalam kereta dengan Yaya dan pastikan kereta berkunci. Setakat ni, dan mama berdoa seterusnya.. agar mama tidak lupa untuk bergilir-gilir keluar ke tandas. Mama teringat kisah 2 tahun lepas, sewaktu bibik lari dari rumah mama. Di sekolah semua kawan mama kata ruginyaa... Tapi mama jawab, syukur kerana bibik hilang boleh diganti, tapi jika anak-anak yang hilang? Tak mungkin mama dapat cari penggantinya..
Semoga kisah tragis kehilangan William Yau menjadi pengajaran maha berharga buat ibu-ibu dan bapa-bapa agar tidak lalai dalam menjaga anak-anak. Mama takut..... 


Ladap 1 2013 2 : Boss Pengangkat Tahi

Cikgu Iza | January 26, 2013 | 4 Komen |
Kisah pengangkat tahi menjadi topik hangat semasa Ladap 1 2013 yang lalu...

di Google tiada tahi...

"Cikgu terima kalau muka cikgu macam muka pengangkat tahi?"...
???? Semua mata berpandangan, isu sensitif ni, penceramah Melayu menuding jari ke arah guru India dan mendakwa mukanya seperti muka pengangkat tahi! Seperti yang kami jangka, guru itu menidakkannya. Malah, cikgu-cikgu lain pun berkata tidak. Maknanya, semuanya tidak menerima bahawa muka mereka seperti muka pengangkat tahi!!
Penceramah pun mula bercerita pada zaman kecilnya iaitu pada tahun 50-an, rumah orang Melayu tinggi-tinggi agar mereka boleh 'membuang' ke bawah rumah. Pada tahun 60-an, wujud kerjaya ATM "Angkat Tahi Malam"..Tong tahi diangkut di atas bahu pada waktu malam. Pada tahun 80-an dan 90-an, sistem pembuangan najis semakin maju, tiada lagi istilah 'tahi terbang', 'tahi bergerak' dan 'ATM' kerana di rumah masing-masing sudah ada tandas yang sempurna. Pada zaman milineum ni, lain pula jenis tandas yang wujud. Kita tidak perlu lagi membuka paip untuk membasuh, malah punggung kita 'dibasuh' oleh pancutan air yang keluar tepat dari mangkuk tandas ke arah punggung sipembuang hajat hanya dengan menekan satu punat kecil. 
Menurut sipenceramah, pada tahun 2020 nanti, anak salah seorang guru menjadi jurutera pencipta pancutan air automatik terpancut setiap kali hajat dibuang diikuti dengan alat seolah-olah tangan yang bakal 'mengusap' punggung sipembuang hajat. Hasil ciptaannya bukan sahaja dibeli oleh syarikat di Malaysia, malah oleh semua syarikat di dunia. Hasilnya, anak guru itu menjadi jutawan 'Boss Pengangkat Tahi'. Pada masa tu, jika ditanya muka kamu macam muka pengangkat tahi, adakah kita akan kata 'ya' atau 'tidak'. Baru terdiam semua orang.. Rupa-rupanya ada makna tersirat di sebalik kisah tersebut. 


Menurut penceramah, kita sebagai guru jangan mudah mengecap murid sebagai 'putih' atau 'hitam' kerana mungkin kitalah 'sihitam' yang tidak bijak menilai antara 'putih' dan 'hitam'.....

busuk oh busuk..

Selepas publish entry, mama pun cuba 'ping' di busuk.org. Malangnya, entry mama terpaksa dikuarantin. Haii.. ini le contoh terbaik kalau kita menilai 'seseorang' hanya dari luarannya sahaja.. alahai..

LADAP 1 2013 : Tayang pangkal?

Cikgu Iza | January 24, 2013 | 5 Komen |
Ladap 1 2013 bertajuk "Motivasi untuk Peningkatan Profesionalisme Guru"...

ladap 1 di pusat sumber

mama sibuk menanda.. apa he ni??

orang sibuk pandang ke depan mama ke belakang?

Kredit untuk Cikgu Zaki coz jadi cameraman untuk Ladap 1 ni. Kalau tak, tentu mama yang kena jadi camerawoman pulak,.. bukan tak mahu tapi malas nak ke sana ke mari.Ladap hari ni, kira ok la jika nak dibandingkan dengan Ladap yang lalu kerana beberapa sebab :

1.  Mama kena ke hadapan dan berkokok serta 'mengibas' punggung macam ayam!
- Tapi sorry la mama nak buat, bukan mama 'terjal' tapi pada mama tak sepatutnya kami yang sudah 3, 4 dan 5 series ni dipaksa melakukan sedemikian walau atas apa tujuan sekalipun. Penceramah kata tujuannya jika ada cctv, murid akan rasakan guru mereka evergreen, fleksible dan sporting. Logik ke, untuk masuk ke dunia mereka.. guru-guru perlu 'jadi' seperti mereka?  Pada mama, kita perlu masuk dalam dunia mereka tetapi secara 'terhormat', bukan dengan cara yang membolehkan mereka 'mengejek' kita pulak. Misalnya, masa mengajar membina ayat, guru boleh memberikan contoh ayat tentang isu yang 'dekat' dengan mereka seperti game bola sepak ke... Bar mereka tahu cikgu mereka tidak boleh ditipu... Ni yang mama naik hot kat penceramah tu, mentang-mentang le dia kaunselor kat JPN, dia bukannya tahu situasi sebenar di kelas, konon nak jadi guru serba boleh sampai menjatuhkan air muka guru???

2.  Ladap air mata..
-  Kebetulan di sekolah mama ada pasangan guru suami isteri so penceramah ambil kesempatan main simulasi. Dia minta cikgu perempuan tu bersalam dengan sisuami lalu menyatakan "abanglah suami yang terbaik buat saya, yang terbaik buat anak-anak saya..." Apa lagi, cikgu2 perempuan pun menangis le, macam minta maaf hari raya la pulak!! Penceramah kata cikgu perempuan jangan jadi "cikgu, polis dan hakim".. nak tau? baca le entri mama nanti yer...

3.  Ladap Boss Pemindah Tahi...
-  Semua cikgu tak mahu jadi pemindah tahi.. tapi bila dirasionalkan, wow.. syok juga jadi pemindah tahi...sebabnya? jom baca entri mama nanti2 yer...

4.  Ladap Lelaki kering..
-  Penceramah kata : perempuan suka tayang pangkal dada dan pangkal punggung... tak da respons pun!! Kata penceramah, patut pun sebab kat sekolah mana ada perempuan yang tayang pangkal dada... rugi atau untung? entahlee...

ok le, sambung dalam entri lain... jangan lupa taw..

Cash Out Earning Nuffnang 2013

Cikgu Iza | January 19, 2013 | 8 Komen |
1st time cashout earning Nuffnang selepas hampir 2 tahun 4 bulan berblog..

setelah tekan butang cashout..

Setelah berfikir berkali-kali, mama ambil keputusan untuk keluarkan aja RM 129.87 aka seratus dua puluh sembilan ringgit lapan puluh tujuh sen hasil berblog mama selama 2 tahun 4 bulan ni kerana serius nak kata mama dah mula nak rasa bosan berblog. Kalau nak kata tujuan berblog untuk dijadikan diari maya untuk mama, mama memang malas menulis.. jadi tak mungkin diari maya akan bertahan lama. Kalau nak dikata berblog untuk memenuhi waktu senggang, mama rasa waktu senggang semakin menghilang dari kamus hidup mama. Sebab tu, blog ni pun semakin bersawang. Cuma weekend je, macam malam ni mama mampu menulis. Waktu lain, mama hanya mampu 'skodeng' je,.. Jadi, sebelum duit seratus lebih tu jadi tukun, lebih baik mama keluarkan. Dapat juga mama belanja anak-anak dan cerita dengan 'bangganya' .. inilah hasil mama berblog!!. Untuk kesekian kalinya... mama nak ucapkan terima kasih buat kru Nuffnang kerana menjadikan mama antara insan yang ada income dengan berblog. 

List tugasan sehingga 7 Februari :
-  LADAP haru biru memalukan mama --> settle
-  Dokumentasi majlis penyerahan Wang Bantuan Persekolahan RM 100 --> Isnin
-  Mesyuarat Agung Persatuan Fotografi --> Selasa
-  Hantar surat permohonan menerbit Majalah sekolah pada JPNS --> asap
-  Kertas kerja majalah dan mesyuarat Inersia --> asap
-  Buku Program Mesyuarat Agung PIBG --> 3 Februari
-  Teks ucapan YDP PIBG & Pengetua Majlis Ikrar Murid --> 7 Februari

bye bye blog...

Tips Mencari Pembantu Rumah

Cikgu Iza | January 12, 2013 | 3 Komen |

Yang ikut kata tuan
Yang tak banyak songel
Yang sanggup buat apa-apa saja demi tuan
Malangnya tak ada pembantu sebaik. .kucingku..
sorry entri tak ada motif
hanya entri pengubat rindu pd blog yang dah seminggu bersawang...
cuma hari ni, kelas mama tak bersawang lagi..
puas rasanya bergoyong-royong mega tahun ni..
terima kasih utk ina kerana berikan mama ahli kelas yg 'ok'tahun ni..
tp dengarnya.. 21 hb januari ni ramai yg akan ke teknik...
hanya doa mama panjatkan buat bekalan di sekolah baru..
pandai-pandai bawa diri..
itulah nasib kami.. 'membina' dari yang 'sederhana' upsr menjadi 'terbaik' pmr tapi akhirnya 'sekolah' lain yang 'menuai' hasilnya.,
mama rasa ini dilema biasa yg dihadapi kebanyakan guru kannn..
tapi demi masa depan mereka..relakanlah mereka ke teknik, sbp, mrsm dan sekolah2 elit yg lain..,in sha allah mereka tak akan melupakan sekolah 'kerdil'ni.,
issh apa kaitannya dengan bibik aka pembantu rumah ni?


sorryPublished with Blogger-droid v2.0.8

Tugasan Online : Guru Dilema vs Bersyukur

Cikgu Iza | January 07, 2013 | 9 Komen |
Macam bagus je kan....
Awal-awal tahun dah mengomel, awal-awal tahun dah merana... 

www.sekolahmalaysia.com

http://sapsnkra.moe.gov.my

Tugasan online untuk guru-guru ini adakah satu dilema atau suatu benda yang harus kami syukuri? Seingat mama dulu, zaman abah dan mak mama jadi cikgu, tak ada semua website 'khas' untuk guru ni, tapi keputusan peperiksaan murid tetap tepat pada masa dan bantuan susu dan makanan tambahan untuk murid miskin tidak pernah tercicir. Namun, cikgu-cikgu sekarang, selain sibuk dengan pelbagai borang yang perlu diisi, malah dibebankan pula dengan tugasan online. Cuba angkat tangan cikgu-cikgu yang mampu menyiapkan semua tugasan online ni di sekolah? Yang pastinya, kami ada dateline yang harus dipatuhi dan tugasan ini terpaksa kami curi masa berharga kami bersama-sama anak-anak untuk disiapkan! Ramai yang kata, gaji guru sekarang jauh lebih 'besar' berbanding gaji guru dulu-dulu... tapi mama rasa tiada tugas lain yang memerlukan pekerjanya 'mencuri' masa di rumah untuk menyiapkan kerja masing-masing, malah kami menggunakan waktu tengah malam, iaitu semasa tidak ramai guru yang online, semata-mata untuk menyiapkan tugasan!... Kalau pegawai bank balik pukul 9 malam untuk menutup akaun, kami pula kena bangun pukul 2 atau 3 pagi untuk menyiapkan tugasan online, kerana pada waktu dinihari inilah bilangan yang online kurang, jadi 'line' agak lancar...

Dilema atau Disyukuri?
Cuba jawab secara ikhlas....

Rahsia Murid Sayang Cikgu Lelaki..

Cikgu Iza | January 03, 2013 | 7 Komen |
Hari ini mama jadi photographer tak bertauliah lagi. Tapi mama gembira kerana secara tak langsung, mama tahu rahsia murid-murid sayang cikgu lelaki.

LCD tak lupa...

Suara mencengkam jiwa raga...

Handout mesti ada..

Berbekalkan air liur je..

Murid terpegun...

Murid buat...

Selama ni mama tertanya-tanya, apa lagi yang tak mama buat... handout mesti ada punya, paparan LCD sanggup bersengkang mata nak dibuat.. tapi hasilnya? Murid masih bising dan tak ambil peduli. Tapi, bila cikgu lelaki, bukan saja senyap malah budak teruja nak buat. Gambar-gambar yang sempat mama snap tadi menjelaskan segala-galanya. Cikgu perempuan memang work hard tapi... cikgu lelaki work smart... Mama dapat lihat semasa minggu orientasi murid tingkatan 1. Cikgu perempuan masih dengan gaya 'pensyarah' menyebabkan murid-murid hanya melihat dengan mata bukan dengan akal. Tetapi, cikgu lelaki sampaikan ceramah secara '2 hala'.. cikgu sendiri jadi model spontan dan murid-murid 'meniru' gaya cikgu. Kalau mama pun suka... Dalam hati mama, patutlah murid-murid suka cikgu lelaki, kerana kelas mereka 'hidup' dan disulami dengan unsur humor... Kelas cikgu perempuan? Stress dan menjurus kepada peperiksaan. 
Namun, cikgu lelaki seakan-akan hampir pupus sekarang ni. Misalnya di sekolah mama saja, tak lebih 10 orang guru lelaki, sedangkan guru perempuan melebihi 60 orang! Mungkin Kementerian Pelajaran patut memikirkan cara bagaimana menarik minat golongan lelaki untuk menjadi guru. Mungkin menerusi insentif dan gaji yang lebih baik. Takut-takut nanti 'produk' sekolah lebih tipikal kepada prinsip feminin, bukan lembut ye.. tapi hanya serius tetapi 'mati' dan 'dingin'... Kita sedia maklum bahawa,  proses sosialisasi anak-anak yang hanya di'besarkan' oleh ibu tanpa kehadiran ayah jelas nampak kepincangan, tentu saja produk sekolah yang hanya 'diajar' oleh kebanyakan guru perempuan tanpa guru lelaki pasti akan pincang juga.  Renung-renungkan lah....

Sedih Menyambut Tahun Baru 2013...

Cikgu Iza | January 02, 2013 | 7 Komen |
Siapa pernah ke Tanjung Harapan aka Tanjung Lembu aka Muara? Jom layan kehebatan pemandangan di 'pusat pelancongan' dan destinasi ikan bakar yang amat terkenal ni...

kakak Iman merenung 'kejernihan' air laut...

di sini merpati dua sejoli menikmati panorama indah suasana senja..

haa... 'donut' kata Syahmi

Tangga yang 'bersih'

Antara kejernihan yang tercemar...

Dah lama mama tidak menjejakkan kaki di Muara aka Tanjung Harapan aka Tanjung Lembu kerana sepanjang cuti sekolah mama berada di Batu Pahat, Johor. Petang tadi baru bawa anak-anak menikmati 'keindahan' di sini. Konon-kononnya nak mengambil gambar matahari terbenam menggunakan sijantung hati mama. Tapi, alangkah sedihnya mama apabila melihat keadaan di sana, tak perlulah mama nak bercerita panjang-panjang kerana gambar di atas menerangkan kesedihan mama..
Tapi, .... hati mama lagi sedih mengingatkan 1st day sekolah pada tahun 2013 ni. Mama bukan main sibuk menyiapkan segala tugasan untuk menyambut 'anak-anak' baru di tingkatan 4 dan 5 sekolah mama, sedangkan anak-anak mama yang bakal masuk ke Taski 6 tahun dan 5 tahun, tiada sesiapa yang ambil pusing!. Apa taknya, 2nd Januari mama kena pergi sekolah dan di'haramkan' untuk mengambil MC. Sedangkan kawan mama yang dengan muka kesian berjumpa dengan big boss untuk memohon cuti menghantar anak untuk pendaftaran darjah 1 diherdik, inikan pula mama yang hanya menghantar anak ke Taski... Sedih rasanya tau,.. entah macam mana kakak Iman dan Syami menghadapi hari pertamanya di sekolah tanpa mama dan abah datang melihat. Mama tengok bukan main ramai ibu bapa murid Tingkatan 1 di sekolah mama yang turut sama 'menemani' anak-anak mereka,.. tapi mama? Itulah 'specialnya' anak cikgu... kena berdikari dalam apa-apa jua keadaan pun... Mama hanya berharap, bagaimana mama 'menjaga' anak orang, begitu juga cikgu-cikgu 'menjaga' anak-anak mama...
Tadi pukul 3.00 petang, mama terima call dari cikgu kakak Iman dan Syami..
"Cikgu... tadi saya check beg Syami, ada baju 4 pasang.. cikgu nak tukar ke?"
Haaa.... mesti bapa Iman tak serahkan surat yang mama karang pukul 12 malam tadi!
"Cikgu... boleh tak berikan nombor surat beranak anak-anak, saya check dalam beg dia orang tak ada surat beranak pun!"
Haaa...... Kesian anak-anak mama....
Tapi geram juga dalam hati kerana mama dah siapkan surat untuk cikgu kakak supaya dihantar oleh abah ke sekolah.... haii orang lelaki mesti lupa kan??
Akhirnya, mama bacakan saja no surat beranak anak melalui hp... kesian anak mama...
Sedih rasanya, ingatkan mama dapat merasa sama-sama 1st daay kakak dan Syami bersekolah, tapi..
Maafkan mama ye sayang, dan mama tahu kakak dan Syami faham dan kakak dan Syahmi dah semakin matang....
Ada anak-anak cikgu lain menghadapi masalah sama?
Kesian kan kita?

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com