Pages

@aimaniman |

Cash Out Earning Nuffnang 2013

1st time cashout earning Nuffnang selepas hampir 2 tahun 4 bulan berblog..

setelah tekan butang cashout..

Setelah berfikir berkali-kali, mama ambil keputusan untuk keluarkan aja RM 129.87 aka seratus dua puluh sembilan ringgit lapan puluh tujuh sen hasil berblog mama selama 2 tahun 4 bulan ni kerana serius nak kata mama dah mula nak rasa bosan berblog. Kalau nak kata tujuan berblog untuk dijadikan diari maya untuk mama, mama memang malas menulis.. jadi tak mungkin diari maya akan bertahan lama. Kalau nak dikata berblog untuk memenuhi waktu senggang, mama rasa waktu senggang semakin menghilang dari kamus hidup mama. Sebab tu, blog ni pun semakin bersawang. Cuma weekend je, macam malam ni mama mampu menulis. Waktu lain, mama hanya mampu 'skodeng' je,.. Jadi, sebelum duit seratus lebih tu jadi tukun, lebih baik mama keluarkan. Dapat juga mama belanja anak-anak dan cerita dengan 'bangganya' .. inilah hasil mama berblog!!. Untuk kesekian kalinya... mama nak ucapkan terima kasih buat kru Nuffnang kerana menjadikan mama antara insan yang ada income dengan berblog. 

List tugasan sehingga 7 Februari :
-  LADAP haru biru memalukan mama --> settle
-  Dokumentasi majlis penyerahan Wang Bantuan Persekolahan RM 100 --> Isnin
-  Mesyuarat Agung Persatuan Fotografi --> Selasa
-  Hantar surat permohonan menerbit Majalah sekolah pada JPNS --> asap
-  Kertas kerja majalah dan mesyuarat Inersia --> asap
-  Buku Program Mesyuarat Agung PIBG --> 3 Februari
-  Teks ucapan YDP PIBG & Pengetua Majlis Ikrar Murid --> 7 Februari

bye bye blog...

Sudah baca sila komen

8 comments:

Pn. Sheila said...

allhamdulillah mama... rezeki anak2... hehe...

kak nora said...

alhamdulillah..

Cikgu Ma said...

tahniah kak...jelesnya...brapa riban kak? hehehe

Mas Zull said...

assalamualaikum ...bestnya dpt BE...:)

Mama Adam said...

Hihihihi...
Tulis la pasal anak2.. insya allah x bosan menulis. Ada juga kenangan mereka stlh besar. Seminggu sekali pun ok :)

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

tahniah..
blh dh list out ape yg soping tu..
heheh

munna said...

at least ada juga tu mama.... wah!.. sibuknya mama... semoga semua kerja berjalan lancar ye mama

Haryati Faizal said...

tahniah... jan la frust...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012