Pages

@aimaniman |

Ladap 1 2013 2 : Boss Pengangkat Tahi

Kisah pengangkat tahi menjadi topik hangat semasa Ladap 1 2013 yang lalu...

di Google tiada tahi...

"Cikgu terima kalau muka cikgu macam muka pengangkat tahi?"...
???? Semua mata berpandangan, isu sensitif ni, penceramah Melayu menuding jari ke arah guru India dan mendakwa mukanya seperti muka pengangkat tahi! Seperti yang kami jangka, guru itu menidakkannya. Malah, cikgu-cikgu lain pun berkata tidak. Maknanya, semuanya tidak menerima bahawa muka mereka seperti muka pengangkat tahi!!
Penceramah pun mula bercerita pada zaman kecilnya iaitu pada tahun 50-an, rumah orang Melayu tinggi-tinggi agar mereka boleh 'membuang' ke bawah rumah. Pada tahun 60-an, wujud kerjaya ATM "Angkat Tahi Malam"..Tong tahi diangkut di atas bahu pada waktu malam. Pada tahun 80-an dan 90-an, sistem pembuangan najis semakin maju, tiada lagi istilah 'tahi terbang', 'tahi bergerak' dan 'ATM' kerana di rumah masing-masing sudah ada tandas yang sempurna. Pada zaman milineum ni, lain pula jenis tandas yang wujud. Kita tidak perlu lagi membuka paip untuk membasuh, malah punggung kita 'dibasuh' oleh pancutan air yang keluar tepat dari mangkuk tandas ke arah punggung sipembuang hajat hanya dengan menekan satu punat kecil. 
Menurut sipenceramah, pada tahun 2020 nanti, anak salah seorang guru menjadi jurutera pencipta pancutan air automatik terpancut setiap kali hajat dibuang diikuti dengan alat seolah-olah tangan yang bakal 'mengusap' punggung sipembuang hajat. Hasil ciptaannya bukan sahaja dibeli oleh syarikat di Malaysia, malah oleh semua syarikat di dunia. Hasilnya, anak guru itu menjadi jutawan 'Boss Pengangkat Tahi'. Pada masa tu, jika ditanya muka kamu macam muka pengangkat tahi, adakah kita akan kata 'ya' atau 'tidak'. Baru terdiam semua orang.. Rupa-rupanya ada makna tersirat di sebalik kisah tersebut. 


Menurut penceramah, kita sebagai guru jangan mudah mengecap murid sebagai 'putih' atau 'hitam' kerana mungkin kitalah 'sihitam' yang tidak bijak menilai antara 'putih' dan 'hitam'.....

busuk oh busuk..

Selepas publish entry, mama pun cuba 'ping' di busuk.org. Malangnya, entry mama terpaksa dikuarantin. Haii.. ini le contoh terbaik kalau kita menilai 'seseorang' hanya dari luarannya sahaja.. alahai..


Sudah baca sila komen

4 comments:

PORUMAN said...

hehehe.. x pasal2 kene kuarantin..

Saya Wann said...

Wann datang singgah n follow..waa,cantinya blog akak :)

Iffah Afeefah said...

ohh mendalam maknenye tu

Nora Karim said...

Negara makin maju... teknologi pun makin canggih... masa tu org dah x malu nak ngaku Jika dia mencipta sesuatu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012