Offer @ Lazada

>

nuff

LADAP 1 2013 : Tayang pangkal?

Cikgu Iza | January 24, 2013 | 5 Komen |
Ladap 1 2013 bertajuk "Motivasi untuk Peningkatan Profesionalisme Guru"...

ladap 1 di pusat sumber

mama sibuk menanda.. apa he ni??

orang sibuk pandang ke depan mama ke belakang?

Kredit untuk Cikgu Zaki coz jadi cameraman untuk Ladap 1 ni. Kalau tak, tentu mama yang kena jadi camerawoman pulak,.. bukan tak mahu tapi malas nak ke sana ke mari.Ladap hari ni, kira ok la jika nak dibandingkan dengan Ladap yang lalu kerana beberapa sebab :

1.  Mama kena ke hadapan dan berkokok serta 'mengibas' punggung macam ayam!
- Tapi sorry la mama nak buat, bukan mama 'terjal' tapi pada mama tak sepatutnya kami yang sudah 3, 4 dan 5 series ni dipaksa melakukan sedemikian walau atas apa tujuan sekalipun. Penceramah kata tujuannya jika ada cctv, murid akan rasakan guru mereka evergreen, fleksible dan sporting. Logik ke, untuk masuk ke dunia mereka.. guru-guru perlu 'jadi' seperti mereka?  Pada mama, kita perlu masuk dalam dunia mereka tetapi secara 'terhormat', bukan dengan cara yang membolehkan mereka 'mengejek' kita pulak. Misalnya, masa mengajar membina ayat, guru boleh memberikan contoh ayat tentang isu yang 'dekat' dengan mereka seperti game bola sepak ke... Bar mereka tahu cikgu mereka tidak boleh ditipu... Ni yang mama naik hot kat penceramah tu, mentang-mentang le dia kaunselor kat JPN, dia bukannya tahu situasi sebenar di kelas, konon nak jadi guru serba boleh sampai menjatuhkan air muka guru???

2.  Ladap air mata..
-  Kebetulan di sekolah mama ada pasangan guru suami isteri so penceramah ambil kesempatan main simulasi. Dia minta cikgu perempuan tu bersalam dengan sisuami lalu menyatakan "abanglah suami yang terbaik buat saya, yang terbaik buat anak-anak saya..." Apa lagi, cikgu2 perempuan pun menangis le, macam minta maaf hari raya la pulak!! Penceramah kata cikgu perempuan jangan jadi "cikgu, polis dan hakim".. nak tau? baca le entri mama nanti yer...

3.  Ladap Boss Pemindah Tahi...
-  Semua cikgu tak mahu jadi pemindah tahi.. tapi bila dirasionalkan, wow.. syok juga jadi pemindah tahi...sebabnya? jom baca entri mama nanti2 yer...

4.  Ladap Lelaki kering..
-  Penceramah kata : perempuan suka tayang pangkal dada dan pangkal punggung... tak da respons pun!! Kata penceramah, patut pun sebab kat sekolah mana ada perempuan yang tayang pangkal dada... rugi atau untung? entahlee...

ok le, sambung dalam entri lain... jangan lupa taw..

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com