Rahsia Murid Sayang Cikgu Lelaki..

January 03, 2013

Hari ini mama jadi photographer tak bertauliah lagi. Tapi mama gembira kerana secara tak langsung, mama tahu rahsia murid-murid sayang cikgu lelaki.

LCD tak lupa...

Suara mencengkam jiwa raga...

Handout mesti ada..

Berbekalkan air liur je..

Murid terpegun...

Murid buat...

Selama ni mama tertanya-tanya, apa lagi yang tak mama buat... handout mesti ada punya, paparan LCD sanggup bersengkang mata nak dibuat.. tapi hasilnya? Murid masih bising dan tak ambil peduli. Tapi, bila cikgu lelaki, bukan saja senyap malah budak teruja nak buat. Gambar-gambar yang sempat mama snap tadi menjelaskan segala-galanya. Cikgu perempuan memang work hard tapi... cikgu lelaki work smart... Mama dapat lihat semasa minggu orientasi murid tingkatan 1. Cikgu perempuan masih dengan gaya 'pensyarah' menyebabkan murid-murid hanya melihat dengan mata bukan dengan akal. Tetapi, cikgu lelaki sampaikan ceramah secara '2 hala'.. cikgu sendiri jadi model spontan dan murid-murid 'meniru' gaya cikgu. Kalau mama pun suka... Dalam hati mama, patutlah murid-murid suka cikgu lelaki, kerana kelas mereka 'hidup' dan disulami dengan unsur humor... Kelas cikgu perempuan? Stress dan menjurus kepada peperiksaan. 
Namun, cikgu lelaki seakan-akan hampir pupus sekarang ni. Misalnya di sekolah mama saja, tak lebih 10 orang guru lelaki, sedangkan guru perempuan melebihi 60 orang! Mungkin Kementerian Pelajaran patut memikirkan cara bagaimana menarik minat golongan lelaki untuk menjadi guru. Mungkin menerusi insentif dan gaji yang lebih baik. Takut-takut nanti 'produk' sekolah lebih tipikal kepada prinsip feminin, bukan lembut ye.. tapi hanya serius tetapi 'mati' dan 'dingin'... Kita sedia maklum bahawa,  proses sosialisasi anak-anak yang hanya di'besarkan' oleh ibu tanpa kehadiran ayah jelas nampak kepincangan, tentu saja produk sekolah yang hanya 'diajar' oleh kebanyakan guru perempuan tanpa guru lelaki pasti akan pincang juga.  Renung-renungkan lah....

You Might Also Like

7 Comment

  1. Btl jgk tu kak..
    Tp tgk cikgu jgk..
    Kalau mata nk tido tu, cikgu laki ke pempuan ke.. saya tetap tido dlm kelas. Hehe..
    Masa sekolah menengah, saya suka tgk baju cikgu matematik saya(perempuan berbangsa cina). Mcm2 fesyen baju dia, menarik.
    Rasanya cara cikgu lelaki tu mmg buat murid2 x ngantuk. Ye la, ada pergerakan yg kene buat. :) Kalau dgr je..mmg tdo.

    ReplyDelete
  2. **akak, td saya komen tapi kuar yg nuffnang...akak ada pasang bnda tu yea?

    ReplyDelete
  3. Hihi..l mmg cikgu lelaki hampir pupus. Kalo cikgu lelaki kt sekolah, mmg mahal. Pengetua sayang. Hhihihi...
    Rasanya bukan faktor gaji lot. Gaji cikgu sekrang ni, kompetitif apa. Mungkin lelaki lebih sukakan cabaran di luar sekolah

    ReplyDelete
  4. assalamualaiakum..selamat bertugas kembali..;)

    ReplyDelete
  5. Ouh, belajar cara nak ikat tie eh kak? Heee! Comel!

    ReplyDelete
  6. akak seorang guru.. ^_^ cool..

    ReplyDelete
  7. yeka mama??? hukhukhukhuk. kena belaja banyak neh dari cekgu laki. heheheh. tapi cekgu laki waktu sekolah laa banyak buat masalah. huhuhuhu

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels