Sedih Menyambut Tahun Baru 2013...

January 02, 2013

Siapa pernah ke Tanjung Harapan aka Tanjung Lembu aka Muara? Jom layan kehebatan pemandangan di 'pusat pelancongan' dan destinasi ikan bakar yang amat terkenal ni...


kakak Iman merenung 'kejernihan' air laut...

di sini merpati dua sejoli menikmati panorama indah suasana senja..

haa... 'donut' kata Syahmi

Tangga yang 'bersih'

Antara kejernihan yang tercemar...

Dah lama mama tidak menjejakkan kaki di Muara aka Tanjung Harapan aka Tanjung Lembu kerana sepanjang cuti sekolah mama berada di Batu Pahat, Johor. Petang tadi baru bawa anak-anak menikmati 'keindahan' di sini. Konon-kononnya nak mengambil gambar matahari terbenam menggunakan sijantung hati mama. Tapi, alangkah sedihnya mama apabila melihat keadaan di sana, tak perlulah mama nak bercerita panjang-panjang kerana gambar di atas menerangkan kesedihan mama..
Tapi, .... hati mama lagi sedih mengingatkan 1st day sekolah pada tahun 2013 ni. Mama bukan main sibuk menyiapkan segala tugasan untuk menyambut 'anak-anak' baru di tingkatan 4 dan 5 sekolah mama, sedangkan anak-anak mama yang bakal masuk ke Taski 6 tahun dan 5 tahun, tiada sesiapa yang ambil pusing!. Apa taknya, 2nd Januari mama kena pergi sekolah dan di'haramkan' untuk mengambil MC. Sedangkan kawan mama yang dengan muka kesian berjumpa dengan big boss untuk memohon cuti menghantar anak untuk pendaftaran darjah 1 diherdik, inikan pula mama yang hanya menghantar anak ke Taski... Sedih rasanya tau,.. entah macam mana kakak Iman dan Syami menghadapi hari pertamanya di sekolah tanpa mama dan abah datang melihat. Mama tengok bukan main ramai ibu bapa murid Tingkatan 1 di sekolah mama yang turut sama 'menemani' anak-anak mereka,.. tapi mama? Itulah 'specialnya' anak cikgu... kena berdikari dalam apa-apa jua keadaan pun... Mama hanya berharap, bagaimana mama 'menjaga' anak orang, begitu juga cikgu-cikgu 'menjaga' anak-anak mama...
Tadi pukul 3.00 petang, mama terima call dari cikgu kakak Iman dan Syami..
"Cikgu... tadi saya check beg Syami, ada baju 4 pasang.. cikgu nak tukar ke?"
Haaa.... mesti bapa Iman tak serahkan surat yang mama karang pukul 12 malam tadi!
"Cikgu... boleh tak berikan nombor surat beranak anak-anak, saya check dalam beg dia orang tak ada surat beranak pun!"
Haaa...... Kesian anak-anak mama....
Tapi geram juga dalam hati kerana mama dah siapkan surat untuk cikgu kakak supaya dihantar oleh abah ke sekolah.... haii orang lelaki mesti lupa kan??
Akhirnya, mama bacakan saja no surat beranak anak melalui hp... kesian anak mama...
Sedih rasanya, ingatkan mama dapat merasa sama-sama 1st daay kakak dan Syami bersekolah, tapi..
Maafkan mama ye sayang, dan mama tahu kakak dan Syami faham dan kakak dan Syahmi dah semakin matang....
Ada anak-anak cikgu lain menghadapi masalah sama?
Kesian kan kita?

You Might Also Like

7 Comment

  1. Saya anak cikgu... tapi, saya dh besar la... hhaha... x ingat kes2 taski/darjah 1. Tapi, MA masuk ke asrama sorang diri. Nasib baik form 4. Naik flight sorang, naik cab sorang dan ke sekolah baru sorang2 dgn beg yang banyak. Tpt baru, terasa juga sbb semua org ada yang menemani. Tapi, MA faham kesusahan parents MA pada masa itu.

    ReplyDelete
  2. haihh..cenggitu la kan.
    biasanya kbykn ofis akan lengang sbb mak bapak hntr anak first day ke sekolah. tapi boss ni...haishh..xtau nak ckp apa

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru :)

    terima kasih sudi singgah blog sy yg xseberapa tu.. hehe.. rajin2 update blog ok ;)

    ReplyDelete
  4. Kalau semua cikgu g anta anak 1st day sekolah, nnt bdk2 xde cikgu plak 1st day.. hehe..gurau je
    sabar ye kak.
    smga anak2 akak jd anak2 yg matang dan berdikari.

    ReplyDelete
  5. Memang sedih bila terpaksa biarkan diaorang sendirian. tapi jangan risau .. segala yang berlaku hari ini akan membentuk jatidiri mereka di kemudian hari.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...seronoknya berada ditepian tanjung...:)

    ReplyDelete
  7. insyaallah mereka faham akan kerjaya sis..

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels