Setia Hujung Nyawa

January 31, 2013

syahdunya...

Follower...

Sekarang demam Ersalina dgn Zain..,
Kalau nak tau kisah mereka, jom la tengok tv kerana mama x mau la nak ulas cerita ni, baik tengok sendiri baru puas kan...
Setia hujung nyawa...
Mama teringat kisah petang tadi, di sekolah mama didatangi parents student 5k. Alkisahnya, mama rampas spec dia sebab budak2 lelaki kelas tu yg memang 'femes' digantung dan dibuang tapi 'dipungut' semula, telah diberi pinjam spec oleh budak ni. Mama yg tercegat di depan mcm ayam berkokok ni, tak dihirau, tapi mereka lebih berminat dgn mamat berspec ni. Mama pun rampas le spec tu dan minta student ni jumpa guru disiplin utk mengambil spec semula. Budak perempuan ni pun menangis gila2, mama tegur dia suruh berenti menangis dan pandang mama tapi x diendah.. Mama pun rasionalkan sebab mama rampas spec tu, 1 kerana spec tu fancy x sesuai untuk ke sekolah dan 2 spec tu dia pass pd budak2 lelaki, kalau betul2 dia rabun, dia x kan bagi2 pinjam spec, 3 spec tu jd bahan mainan budak2 'super baik' kat kelas tu...
Fuuih semput nak cerita ni...
Parents dia pun mula marah2, mama pun bagi le sebabnya..
Alasan anak dia bagi spec kat budak lelaki ialah dia budak baru dan x mau digelar sombong! Masya Allah.. dlm hati mama, kalau itulah reason yg mama bagi kat abah dulu2, bukan abah datang sekolah serang guru tapi teruk mama kena pukul pulak.. Itulah mentaliti ibu bapa dulu yg sayang anak dan mahu anak berjaya, x seperti sebahagian ibu bapa sekarang yg 'sayang' anak tapi 'membinasakannya'! Bukan saja dia 'buat hal' di kelas, tapi dia berani tidak datang apabila dipanggil dan menjawab dgn nada tinggi pd guru disiplin, sedangkan ibu dan ayah senyap je.,. Dalam hati mama, patutlah budak ni besar kepala, tunjuk lagak pd guru depan ibu bapa pun dia berani! Malah, parent ni kata sebab mama rampas spec anak dia menyebabkan budak tu malu besar dan nak berhenti sekolah! Dalam hati mama, kesian parent sebab tunduk dgn karenah anak, patutlee anak 'berani'..
Pada mama, walau sebesar mana rintangan... setia mama pd profesion keguruan setia hujung nyawa... x pa le org kutuk... yg penting niat mama murni tau...
Satu lagi,.... mama nak ucapkan terima kasih banyak2 pd folower yg sudi follow blog ni, dah 999 tau.., siapa lah follower ke 1000 tu ye,.. x sabar mama nak tunggu, dan harap sangat2 semoga semuanya setia hujung nyawa pd blog ni... tqvm..

Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

7 Comment

  1. setia hujung nyawa memg best... !

    ReplyDelete
  2. citernyer memang best..

    yeeehaaaa...

    Gadis folower yang ke 1000...^_^

    ReplyDelete
  3. tak tengok citer setia hujung nyawa tu..... cabaran guru skrg ni mmg mencabar kan mama.... harap mama bersabar ye...

    ReplyDelete
  4. Tahniah dan tqvm gadis....

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels