Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Tugasan Online : Guru Dilema vs Bersyukur

Cikgu Iza | January 07, 2013 | 9 Komen |
Macam bagus je kan....
Awal-awal tahun dah mengomel, awal-awal tahun dah merana... 

www.sekolahmalaysia.com

http://sapsnkra.moe.gov.my

Tugasan online untuk guru-guru ini adakah satu dilema atau suatu benda yang harus kami syukuri? Seingat mama dulu, zaman abah dan mak mama jadi cikgu, tak ada semua website 'khas' untuk guru ni, tapi keputusan peperiksaan murid tetap tepat pada masa dan bantuan susu dan makanan tambahan untuk murid miskin tidak pernah tercicir. Namun, cikgu-cikgu sekarang, selain sibuk dengan pelbagai borang yang perlu diisi, malah dibebankan pula dengan tugasan online. Cuba angkat tangan cikgu-cikgu yang mampu menyiapkan semua tugasan online ni di sekolah? Yang pastinya, kami ada dateline yang harus dipatuhi dan tugasan ini terpaksa kami curi masa berharga kami bersama-sama anak-anak untuk disiapkan! Ramai yang kata, gaji guru sekarang jauh lebih 'besar' berbanding gaji guru dulu-dulu... tapi mama rasa tiada tugas lain yang memerlukan pekerjanya 'mencuri' masa di rumah untuk menyiapkan kerja masing-masing, malah kami menggunakan waktu tengah malam, iaitu semasa tidak ramai guru yang online, semata-mata untuk menyiapkan tugasan!... Kalau pegawai bank balik pukul 9 malam untuk menutup akaun, kami pula kena bangun pukul 2 atau 3 pagi untuk menyiapkan tugasan online, kerana pada waktu dinihari inilah bilangan yang online kurang, jadi 'line' agak lancar...

Dilema atau Disyukuri?
Cuba jawab secara ikhlas....

9 comments:

  1. huhuhuhu. mata luar memandang. senangnyaaa tugas seorang guru.balik awal! gaji banyak! nak jadi cikgu laaaaa. kan?? hakikatnya?? hanya para cekgu yang tahu dan rasa. hukhukhuk

    ReplyDelete
  2. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ tinggalkan jejak..follow Pesona pula...

    ReplyDelete
  3. faham sgt kak.... banyaknya kerja guru skrg ni... sebab munna ada 4 org guru dlm keluarga ....

    ReplyDelete
  4. Ish....tugasan online tu mcm ne kak?

    ReplyDelete
  5. kalau disebabkan bilangan yg online menyebabkan cikgu2 terpaksa online tgh2 malam, maknanya, performance server & aplikasi tugasan online tu perlu dinaik taraf dan line internet kene la laju. kalau x, mmg merana la..
    sian cikgu2.. sabar je la..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum aimaniman...memang betul tu ...:)

    ReplyDelete
  7. contoh tugasan online yg kne dibuat tu apa?

    ReplyDelete
  8. Ish22222,..
    Pbs online, saps online, e-disiplin online, smm online.. tu br sikit.. baanyaaakkk lg.,

    ReplyDelete
  9. tang banyak cuti tu syukur tapi tang banyak tugasan online tu dilema, jawapan ikhlas dari saya ni kak ;)

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com