William Yau : Kehilangannya Pengajaran Berharga

January 27, 2013

Kisah tragis William Yau betul-betul membuka mata mama....


antara akhbar yang memaparkan kisah william...

Mama tak tahu tujuan dan kisah sebenar ibu bapa William meninggalkannya bersama-sama adik-beradik yang lain, sedangkan ibu bapanya keluar ke kedai. Pada mama, walau apa-apa pun alasan, tindakan ibu bapa William bukan satu tindakan yang bijak. Pada mama, walau sesukar mana pun menjaga anak-anak, almaklumlah anak-anak kecil akan menunjukkan 'belang' mereka ketika ibu bapa sibuk menawar untuk membeli barang, anak-anak tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirian di dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa. 

Muhd Darwish Aniq

Kebetulan pada masa yang lebih kurang sama, kisah Muhd Darwish Aniq 3 tahun juga dilarikan ketika ibu bapa keluar ke bilik air. Baca kisahnya di sini http://www.sinarharian.com.my/semasa/budak-dilarikan-70km-ibu-bapa-ke-tandas-tinggal-anak-dalam-kenderaan-1.124553. Kalau mama berjalan jauh, terutama balik kampung, abah akan bawa 2 anak ke tandas dulu dan mama akan tinggal di dalam kereta dengan Yaya dan pastikan kereta berkunci. Setakat ni, dan mama berdoa seterusnya.. agar mama tidak lupa untuk bergilir-gilir keluar ke tandas. Mama teringat kisah 2 tahun lepas, sewaktu bibik lari dari rumah mama. Di sekolah semua kawan mama kata ruginyaa... Tapi mama jawab, syukur kerana bibik hilang boleh diganti, tapi jika anak-anak yang hilang? Tak mungkin mama dapat cari penggantinya..
Semoga kisah tragis kehilangan William Yau menjadi pengajaran maha berharga buat ibu-ibu dan bapa-bapa agar tidak lalai dalam menjaga anak-anak. Mama takut..... 


You Might Also Like

6 Comment

  1. Mcm2 la zmn skg ni.. Tkut plk.. Kn super duper protection ;)

    ReplyDelete
  2. Moga jadi iktibar buat saya dan semua ibu bapa...

    ReplyDelete
  3. alahai mmg takut seriau dibuatnya.. betul tu,sbgai ibu bapa awasilah ank2 kita,lindungi mereka.. moga semua kisah benar tu benar2 jd iktibar buat kt..moga keluarga n ank2 kt dilindungi..

    ReplyDelete
  4. Smoga jd iktibar utk kite semua. Ape pon situasi, priority adalah pd anak.

    http://lalakidswear.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. kena saling ingat dan menjaga sesama keluarga....fikirkan kesan buruk dahulu sebelum bertindak.

    ReplyDelete
  6. bila baca cerita mcm ni... mmg takut di buatnya..... kejadian mcm ni ... di sebabkan kecuaian kita ... hati2 dan beringatlah

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels