Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Teknik Menulis Karangan Murid Galus

Cikgu Iza | February 27, 2013 | 2 Komen |
Murid cikgu murid galus atau halus?
Atau adakah anda kategori murid galus ataupun halus?
Jika anda kategori 1 atau 2, teknik ini sesuai untuk menghasilkan karangan yang baik ...


Biasanya mama sukar nak dapatkan hasil karangan yang lengkap, tetapi setelah menggunakan kaedah ni, hasil karangan yang lebih baik mama terima. Tapi, untuk murid yang baik, jangan pula menggunakan kaedah ini kerana kaedah ini seolah-olah menggalakkan murid menghafal dan tidak melatih mereka untuk mengembangkan idea. Namun, guru-guru faham-faham saja le bagaimana tersiksanya jiwa dan raga kita menanti idea murid-murid yang tak kembang-kembang pun. Lainlah kalau kita mengajar di SBP atau MRSM, masalah sebegini tidak akan timbul. Tapi mama percaya, pengalaman akan mengajar kita untuk melatih murid-murid kita menghasilkan karangan yang terbaik tau... Tapi faham-faham tau, terbaik pada tahap anak-anak murid kita yang halus dan galus tu...


kadang-kadang mereka lebih suka 'disuap' ....

Tarikh Keputusan SPM 2012

Cikgu Iza | February 26, 2013 | 2 Komen |

gambar tiada kaitan?

Tarikh keputusan SPM 2012 sama hot dengan tarikh PRU ke-13?
Sana-sini Nujum Pak Belalang mempamerkan kehandalan masing-masing meneka 2 tarikh maha penting ni..
Tekaan terkini PRU ke-13 ialah selepas LIMA iaitu sekitar April 2013..
Kalau April bermakna PRU mungkin tidak diadakan sewaktu cuti sekolah? Kalau bukan cuti, bermakna ada le 'cuti' percuma nanti kerana sekolah bakal menjadi tempat mengundi, untuk penyediaan tempat bermakna sekolah terpaksa bercuti la, kan rugi tuuuu... Mahu tak mahu, PRU perlu diadakan semasa cuti sekolah, tapi sebelum LIMA? Biarlah rakyat terus berteka-teki...
Tarikh keputusan SPM juga melahirkan Nujum Pak Belalang instant di Malaysia.,
Ada yang kata 28 Februari.. tapi memang mustahil la..
Banyak blog yang buat entri keputusan SPM 2012 boleh diperoleh secara online pada 20 Mac, tapi agak mustahil juga kerana 20 Mac hari Sabtu, sekolah tutup, pejabat tutup., mana boleh calon SPM dapat keputusan secara online sebelum mengambilnya di sekolah! Entah dari sumber mana le entri blog tu agaknya..
Pada mama keputusan SPM antara 22 - 25 Mac iaitu antara Isnin hingga Khamis sebelum cuti sekolah.. Jumaat, 26 Mac juga tidak kerana Kelantan dan Kedah cuti..,
Betul ke tekaan Nujum satu ni?
Yang pasti tarikh PRU ke-13 dan result SPM 2012 adalah pada Mac dan selewat-lewatnya April 2013, tungu saja le..
Sabar tu kan separuh dpd iman?

ooppps abaikan cerita mama
bila tengok kalender 20 Mac hari Rabu!
Betullah tekaan Nujum Pak Belalang tu,... sorry ye
mungkin mama tengok kalender 2011 kot?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tidak bersyukurkah kami?

Cikgu Iza | February 25, 2013 | 5 Komen |
Tidak bersyukurkah kami?

masih bergelap dan bersauna

Ingat lagi kisah mama bergelap tidak boleh cocok? Kisah tu dah jadi sejarah kerana berlaku pada Jumaat lepas. Mama juga kurang 'bersumpah' kerana kebetulan pada hari tersebut merupakan kejohanan Merentas Desa di sekolah, jadi mama tak le menghabiskan masa yang banyak di bilik guru. Tapi, kejadian yang sama berlarutan hingga ke hari ini, Isnin.. hari pertama persekolahan bagi minggu ni. Malah, ketiadaan elektrik ni menjangkit ke 3 blok sekolah! Bila tiada elektrik, bermakna air tidak dapat dipam, jadi bekalan air juga terputus! Bayangkan le, dah le kami bersauna tanpa elektrik, malah kami terpaksa menahan perut untuk membuang hajat! Malah kata akak cleaner, semua tandas termasuk tandas guru tidak boleh digunakan kerana semuanya sudah ada lepat! Bayangkan le daifnya kami. Dengar cerita pihak JKR sudah datang memantau, namun tindakan belum ada sehingga ke pukul 2 petang sewaktu kami balik tadi! Maknanya, esok kami masih perlu melalui mimpi ngeri ni lagi ke? Bukan setakat mimpi, malah igauan ngeri kerana kerja tak siap. Almaklum, kerja sekarang memerlukan penggunaan elektrik, cuba bagikan contoh printer tanpa sambungan elektrik, mungkin printer guna kuasa bateri, tapi ada ke?

tadi mama buat ni...

senyuman yang manis

Tapi malangnya, mama 'disambut' dengan muka masam pegawai di kaunter hadapan. Mama rasa macam pegawai ni minta mama balik kerana dia kata proses tukar kad mengambil masa yang lama, mungkin sehingga 2 atau 3 jam. Tapi mama tetap berkeras untuk menukar kad dan yang pasti air muka pegawai tu bertambah masam. Semasa menunggu, mama sengaja menelefon abah menggunakan Note mama dan sementara menunggu mama 'bermain' tab. Tujuan mama, biar pegawai 'sombong' tu 'buka mata' kerana pelanggan yang berselipar buruk ni 'berduit' sebenarnya. Bila nama mama dipanggil, pegawai tadi mula menekan keyboard dengan kasar tanda protes kot. Tapi dalam hati mama, bertuahnya kamu. Kalaulah kamu berada di tempat mama. Mungkin kita serupa, kita sama-sama ada degree tapi kamu? Tempat kerja kamu beraircond, kamu ada kerusi dan meja sendiri, kamu ada pc dan printer sendiri, kamu ada yang mama tiada... tapi kamu masih nak 'tunjuk lagak'. Kalaulah kamu berada di tempat mama? Mungkin berpiket atau boikot kerja kot? Tapi mama.. kami guru-guru? Kami tetap ketepikan sauna, kami ketepikan semua kekurangan, kami adakan kemudahan yang tiada guna duit poket kami dan kami tetap bekerja dengan sepenuh hati walaupun kebajikan tidak terbela... 

Masih tidak bersyukurkah kami?

Dengar kata ada peruntukan 10 juta untuk sekolah2 di Pensiangan, Sabah... 
betulke??? hanya panjatkan doa agar semuanya bukan fantasi..

Hari Tadika Selangor 2013

Cikgu Iza | February 24, 2013 | 5 Komen |
masa baru tiba..
pancing ikan jom...

syami.. zasss..

kaburrr....

Hari ni mama pergi ke Hari Tadika Selangor 2013..
Best ke?
Entahlah kerana mama keciwa tahap gila..
Bukan kerana mama tak dapat beg dan goodies serta makanan..
Semua tu mama boleh dapatkan, .. melambak2 makanan kat food stall Giant kat sebelah Stadium Melawati tu..
Yang mama frust kerana hajat mama nak beli buku untuk kakak Iman terbantut! Kan biasanya kalau program macam ni, tentu ada jualan buku....
Mama rasa semua taska, taski, pasti, pusat asuhan dan apa-apa pun namanya macam berlumba-lumba nak jadi yang terbaik sampaikan tak mahu berkongsi kepakaran yang ada!
Anak-anak mama sekolah di Taski alFirdaus Abim, so mama dengan ringan mulut p le ke booth Pasti, Abim. Mama kata mama nak beli buku latihan bm, bi, mate dan jawi supaya kakak iman ada latihan tambahan. Jawapannya,, maaf kak, buku ni khas untuk pelajar Pasti!.. ok le, mama p pula ke booth tadika swasta ni, ada kit belajar matematik dan bi yang menarik, so mama tanya soalan yg sama dan jawapannya pun sama, khas untuk pelajar kami! Akhirnya, mama p ke boothTaski Abim, dan anak-anak bermain di sana.
Dalam hati mama, buat apa buka booth dan tayang buku serta kit pelajaran jika tak mahu jual..
Lain kali tukar nama program : Pemilihan Tadika Anak-anak Selangor 2013..
Haa., barulah korang boleh berlumba-lumba nak tarik parent supaya menyekolahkan anak masing-masing di tadika anda...
Bukan dengan cara tadi, lebih pada menjealouskan parent saja melihat buku yang ada di depan mata tetapi tak dapat dibeli!
Yang peliknya., Taski dan Pasti kan bawah Abim.. peristiwa tadi seolah-olah 'abang irihati kat adik'... abang dan adik bergaduh, anak-anak kecil jadi mangsa?
Pihak pengurusan Abim kena check benda ni,.. tak kan le bawah satu 'payung' pun buku tak boleh kongsi?
Mama terkilan tau...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Superhero Hentai Kamen : malangnya anak-anakku!

Cikgu Iza | February 23, 2013 | 2 Komen |
Di Disney XD macam-macam watak superhero yang anak-anak mama kenali, antaranya Tron, Spider Man, Iron Man dan ramai lagi..

siapa yang tak kenal mereka kan...

Sambil membaca akhbar online, mama terbaca kisah menarik ni iaitu Kegilaan Baru Remaja Jepun. Pada pandangan mama, remaja Malaysia tidak lah sampai 'segila' remaja Jepun ni rasanya. Almaklum, benda yang digunakan untuk menutup muka tu merupakan benda yang sensitif, yang perlu disimpan, yang kotor terutama jika sudah terpakai, lainlah jika masih baru dan tentu sekali menyimpang jauh daripada budaya masyarakat Melayu. Mungkin remaja Jepun ni terpengaruh oleh watak superhero dalam komik Hentai Kamen kegilaan ramai masyarakat muda di sana. 

lihatlah betapa bangganya superhero dalam komik ni memakai ______!

Menurut akhbar online ni, pada bulan April akan siap movie superhero Hentai Kamen ni. Macam mana lah agaknya jika DVD movie ni tersebar meluas di Malaysia tanpa sekatan?

tonton dengan kawalan dan ambil iktibar

Dalam hati mama, di sinilah peranan ibu bapa amat-amat dituntut. Kita perlulah sentiasa peka dengan sebarang perkembangan diri anak-anak kita, terutama jika anak-anak sudah semakin membesar. Laman Youtube juga boleh kita setting safety mode on, supaya sebarang unsur lucah dapat ditapis sebelum sampai ke paparan mata anak-anak kita. Almaklum, kanak-kanak seusia kakak Iman yang baru 6 tahun dah biasa menonton filem di Youtube sedangkan zaman dulu kanak-kanak seusianya hanya pandai main pondok-pondok. Itulah kehebatan dunia teknologi sekarang, yang menuntut lebih pengorbanan ibu bapa. Sama-samalah kita berwaspada.  

setting safe mode pada Youtube

Missed Call yang Berbahaya

Cikgu Iza | February 23, 2013 | 3 Komen |

Berhati-hati apabila menerima missed call daripada nombor yang aneh.. yang berpangkal +371 dan +375
Ada kemungkinan duit kita akan disedut antara $15 - $30!
Apabila kita call balik, senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat..
Malah maklumat tentang akaun bank dlm handset juga boleh disalin!
Pendek kata, kita harus berhati2 dengan sebarang nombor aneh yang ada dlm handphone kita, kalau perlu jangan call balik..
Jika ada kepentingan, pasti mereka akan call balik kan...
Mama selalu abaikan je nombor2 aneh ni..
Buat perabis kredit je kalau call balik kan...
Maklumat lanjut boleh diperoleh di mynewshub
Sama-samalah kita berhati-hati sebelum terkena.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Bergelap Tak boleh Cocok

Cikgu Iza | February 23, 2013 | 16 Komen |

Hari bergelap 2013 tiada kaitan langsung dengan 'hijau'atau misi sayangi bumi ya..
Semalam kami bergelap lagi, mula pukul 9 pagi pulak kami bersauna original dengan kepanasan maksimum daripada panahan matahari di kawasan tepi pantai..
Malangnya, siapa yang sudi mengasihani kami?
Kalau di jabatan lain, mama rasa situasi macam ni tak mungkin berlaku!
Para graduan semestinya ada bilik berhawa dingin..
Tapi kami?
Dalam bilik yang bergelap, bersesak dan bersauna ni menempatkan 50 orang para graduan yang berhempas pulas pula untuk melahirkan beribu-ribu bakal graduan!
Itulah nasib kami,,
Kalau bilik sendiri berhawa dingin tu rasanya permintaan 'gila'..
Ruang yang ada partition memisahkan antara kami.. 'mustahil'
Bilik berkongsi 50 orang tetapi beraircond .. 'datuk mustahil'
Bilik berkongsi 50 orang hanya berkipas yang 'ok' .. pun mustahil!
Yang kami ada?
Bilik tanpa kipas, tanpa api letrik., tanpa semuanya!
Kalau ada letrik pun macam 'chipsmore'..
Kontraktor eletrik yang datang umpama 'tikus membaiki labu!'
Kalau semalam ada elektrik chipsmore, hari ni langsung tiada!
Kesian tak kami?
Tapi, hakikatnya itulah kami.. alasan kebajikan kami 'kurang' dijaga kerana kami 'ramai' ...
Atau ada 'sebab'lain yang lebih utama?
Kalau orang ofis boleh dapat dari sekecil2 pen sampailah ke pc dan printer sendiri, tapi kami?
Logiknya, kamilah pengguna pen merah terbanyak di dunia!
Tapi, sebatang pen merah percuma pun tak pernah diberi, apatah lagi pc dan printer..
Segala2nya atas inisiatif kami untuk mengorek poket sendiri agar kerja siap...
Tapi semua alatan tu boleh berfungsi ke kalau tidak dicocok  ke plug?
Jangan sampai nanti guru terpaksa bawa 'generator' sendiri ke sekolah!
Nasib kami la tu...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rumusan Tingkatan 4 : Percuma tau

Cikgu Iza | February 22, 2013 | 2 Komen |
Rasanya hari ini nak berkongsi sesuatu..
Pada sesiapa yang berminat bolehlah ambil, kerana mama berikan secara percuma tau...

carian di google

Alamak, jangan percaya akan gambar di atas kerana siapalah mama sehinggakan boleh sponsor barangan simply siti.  Tapi, buat ibu bapa di sekitar Selangor, bolehlah pergi ke Stadium Malawati, Ahad 24 Februari ni. Ada sambutan Hari Tadika Selangor 2013, dan dengarnya ada car boot sale. Jom la kita menjamu mata sambil menemani anak-anak ke majlis tersebut. Opps, jangan sempitkan pemikiran kata itu dan ini ok. Mama merupakan ibu di Selangor dan berasa 'terpanggil' untuk mengikuti setiap program yang dianjurkan demi pembangunan diri anak-anak. Jika nawaitu kita betul, pasti tindakan kita juga betul. Sebab tu, pada mama tak salah jika ibu bapa pergi ke program tersebut. Betul tak? Jangan sempitkan pemikiran kita ok, kesian anak-anak tak dapat apa yang menjadi hak mereka... 

Mama cuma mampu berkongsi benda ni. Jom la sudi2kan download ye....



Jangan risau, khas untuk cikgu, tekan je kerana bukan link Nuffnang atau Says atau churp22 ye...

SAPS DOT MOE DOT GOV

Cikgu Iza | February 21, 2013 | 0 Komen |

Guru-guru tentu dah biasa dengan website SAPS.moe.gov ni
Kalau lambat mesti website ni susah nak masuk
Jadi mama cadangkan agar masuklah sekarang, gerenti tak ada masalah langsung
Masa mama masuk tadi, yang online cuma 136 je..
Jadi mama dapat daftar mata pelajaran yang diajar dan tov serta etr dengan laju..
Kalaulah program ni mudah dimasuki pada bila2 masa, tentu guru2 tak tensyen..
Satu lagi cara nak mudah masuk, guna le tab.. time tidurkan anak pun boleh daftar.. kan work smart tu namanya walaupun tak smart pocket time beli tab tu...
Mama harap program ni lebih mesra guru untuk tahun 2013 ni..
Kalau tak, kena key in markah pukul 2 pagi la lagi..
Kesian la kami.. kami tak minta banyak, gula2 pru pun tak perlu, yg guru2 tagih hanya permudahkan kerja kami, perbaiki kepincangan sistem, kurangkan karenah birokrasi, pertingkat kelajuan wifi, perbanyak zon boleh guna wifi dan...
Cukup la tu je, kami dah bersyukur, betul tak?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Video Harlem Shake ada kaitan dengan Hutan?

Cikgu Iza | February 20, 2013 | 1 Komen |

macam-macam dunia ni...

Demam ‘Gangnam Style’ nampak tidak berakhir d sini sahaja, jika sebelum ini tarian ala-ala menaik kuda ini menjadi fenomenan dunia, kini tiba pula giliran tarian yang semakin menjadi perhatian ramai iaitu tarian yang dipanggil ‘Harlem Shake’. Tarian ni sudah bermula sejak 1981 tetapi popular semula pada tahun 2013. 
Apa itu Harlem Shake? Jika dikaji sejarah terciptanya tarian Harlem Shake, tarian ni merupakan satu tarian yang cukup popular pada tahun 80-an di sebuah kawasan bernama Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.
Tarian ini nampak lebih mudah dan tidak seperti Gangnam Style yang sedikit rumit untuk dilakukan. Anda hanya perlu perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake. Tarian ini dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama.
Pada tahun 2011, pemuzik elektronik, Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake sebagai tajuk lagu muzik ciptaannya dan dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake.
Video viral tarian Harlem Shake pertama telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Harlem Shake dapat ditonton menerusi laman YouTube.
Jadi mahu tahu lebih lanjut tentang tarian Harlem Shake? Jom tonton beberapa versi video tarian Harlem Shake yang menarik ini di website Astro Gempak ni. 
Sebenarnya, mama nak cerita tentang kisah lawak ni. Semalam, ketika di dalam kelas berlaku perbualan yang tidak dirancang ni.
- Masukkan baju dalam seluar!
- Zip rosak cikgu..
- Mari sini saya tengok, tak payah malu-malu anak saya pun lelaki, sama je kan..
- Tak sama cikgu.. anak cikgu tak ada hutan, saya punya ada hutan!
-Haaa?
Beraninya budak-budak sekarang. Mama rasa kalau zaman sekolah dulu, bila cikgu suruh, terus je buat, jangankan nak menjawab, nak angkat muka pun tak berani.  Tapi budak-budak sekarang? Bukan saja berani menjawab, malah berani mengeluarkan perkataan berbaur lucah!. Mungkin video Harlem Shake di atas ni yang 'membantu' murid-murid sekarang lebih berani tak bertempat!. Inikah kejayaan hasil sistem pendidikan kita? Tepuk dada, tanyalah akal fikiran yang waras...

Kosong... Kosong... Kosong...

Cikgu Iza | February 20, 2013 | 3 Komen |
earning Nuffnang yang masih kosong kosong kosong...

Follower ada ler....
makna : yang klik ke blog ada
tapi earning kosong kosong kosong...


Kosong... kosong... kosong
Tetiba je lagu Najwa Latif terngiang-ngiang di telinga apabila melihat angka kosong...
Rasa-rasanya kenapa le Nuffnang lokek sangat dengan mama..
Update entry.. buat walaupun tak selalu
Tepek iklan kat blog ... ada
Update survey kat website nuffnang ... buat
Tulis surat pd nuffnang ... buat
Jadi, kenapa le masih kosong.. kosong .. kosong?
Yang mama pasti
Iklan cpuv dah tak ada sejak april 2012
Iklan cpc mula tak ada sejak januari 2013
Mungkinkah kerana makeover blog, semua kod iklan jadi haru-biru?
Nak kata tak ada pengunjung.. follower blog ni dah >1000
Jadi, kenapa kosong.. kosong.. kosong?


Published with Blogger-droid v2.0.9

Mata Juling : Pro vs Kontra

Cikgu Iza | February 16, 2013 | 3 Komen |

Terbaca kisah halimah jongang kemudian fatimah juling..
Dua drama yang mengajak orang gelak tapi kesannya amat mendalam bagi sesiapa yang menghadapi masalah jongang dan juling, terutamanya perempuan..
Yaya juling?
Itu yang mama takutkan sebab doktor di klinik meminta mama bawa yaya ke HTAR untuk pemeriksaan.. Macam2 prosedur dilakukan dan kenyataan doktor yang mama tak boleh terima :
⊙ umur anak
=) 2 tahun 3 bulan
⊙ dah lambat ni, kalau juling setahun dah kena ubat!
Geram mama, kerana doktor di klinik tak kata apa2 time pemeriksaan 12 bulan dan setahun setengah, cuma diberikan appoitment ke HTAR dan biasalah 6 bulan waktu menunggu.. dan itu yang doktor kata!
Kalau doktor klinik kata 'macam-macam' dah lama mama bawa yaya berubat, bukan mama tak mampu nak pergi ke hospital swasta, cuma mama fikir tak serius...
Mama tahu dilema simata juling kerana waktu remaja mama dihantui dengan masalah ini...
Mama hanya mampu 'keluar' dari igauan sijuling setelah 'merelakan' mata ini dioperate.. dan hasilnya kini harga diri mama mencanak tinggi.
Kisah si fatimah juling..
Sinopsis kata fatimah juling tak kisah..
Betul ke?
Bagi mama, mama kisah jika juling..
Jadi mama tak mahu yaya juling..
Doktor HTAR kata, alhamdulillah yaya x perlu memakai cermin mata kerana powernya ok, cuma matanya kadang-kadang 'lari'..
Enam bulan lagi appointment seterusnya di HTAR..
Betullah, kalau orang nazak..mati dulu sementara menunggu tarikh appointment akan datang!
Itulah namanya hospital kerajaan..
Kata Malaysia prihatin, kenapa masalah anak kecil, generasi masa depan dipandang enteng..

Published with Blogger-droid v2.0.9

AURA PSY VS TOP ARTIS MALAYSIA 2012 DI CNY

Cikgu Iza | February 12, 2013 | 9 Komen |

PSY : oppa gangnam style vs top artis malaysia 2012...
Semasa menonton Buletin Tv3 semalam terdetik di hati mama.. patutke?
Tak kisahlah duit 2 juta tu datang dari mana tapi patutke?
Kesian top artis kita dianaktirikan sedangkan artis korea yang buta bm tu ditatang bagai minyak yang penuh.. patut ke?
Semalam pm kita pun berucap dlm bahasa inggeris sedangkan khalayaknya 'simata sepet dan sihidung kemek' sebelah rumah je, patutke?
Itulah 'orang kita' ... yang dari luar diagung2kan, tak kisahlah artis ke, bahasa ke, pokoknya 'orang punya' yang lebih bagus...
Teringat mama kisah di sekolah.. cikgu ni berebut nak ajar moral atas alasan mudah nak mengajar dan berinteraksi dengan bahasa ibunda., opppssss .. kan cuma matematik dan sains boleh diajar dalam bi, bukan bahasa ibunda ye!, tu pun secara soft landing akan diajar dalam bm sepenuhnya...
Kalau bukan pemimpin yang tunjukkan teladan, macam mana bm akan dimartabatkan? Macam mana artis tempatan akan dipuja?
Cuba sekali pemimpin kita dengan megahnya berucap dalam bahasa melayu di hadapan bangsa cina atau india, apa kisah mereka tak faham kerana memang tak sepatutnya mereka tak faham, kan malaysia sudah merdeka 55 tahun, tak kan masih tak boleh berbahasa melayu? Kalau bukan kita, siapa lagi nak bermegah dengan bm dan artis tempatan?
Tertanya2, bilalah kita nak jadi macam Indonesia, megah dengan bahasanya....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Susahnya Bayar Bil Unifi Online

Cikgu Iza | February 07, 2013 | 9 Komen |
Siapa pernah membayar bil Unifi online?

tak mesra pelanggannya...

Semenjak register Unifi pada Oktober 2012, mama bayar bil di kaunter TM. Hari ni mama cuba untuk membayar secara online melalui website Unifi. Mula-mula terperanjat le mama bila tengok bil.. dua kali ganda! Rupa-rupanya bil tu ialah bil semasa dan bil bulan akan datang. Mama memilih untuk membayar bil semasa je. Bila mama klik, paparan seterusnya membuatkan mama rasa geram sangat-sangat. Pilihan cara membayar amat terhad! Pelanggan hanya berpeluang untuk membayar menerusi RHB ebanking, CIMB clicks dan kad kredit!.. Apa daa.... Memang tak mesra pelanggan betul, sebab betul-betul menyusahkan. Masa daftar cara membayar bil dulu, orang TM cadangkan mama membayar secara online. Konon memudahkan, tapi?.. Bukan semua orang ada akaun RHB dan CIMB dan bukan semua orang suka sangat nak guna kad kredit. Pesanan mama pada orang TM, berikan pilihan yang lebih banyak cara membayar bil kepada pelanggan. Mama biasanya bayar bil guna Maybank2u dan mama rasa ramai pelanggan lain yang menghadapi masalah sama. Nampaknya, terpaksale mama menapak untuk ke kaunter TM esok untuk bayar bil. Tak pe le, sekurang-kurangnya dapat jumpa 'orange' dan mama memang suka warna oren... 

Kertas Kerja Memohon Bilik Majalah..

Cikgu Iza | February 07, 2013 | 0 Komen |
Pelamin anganku musnah begitu saja.....

sedihnya hati ini...

Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku
Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan
Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu
Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaanku selama ini
Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Engkau sanggup hapusi cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya... Semua musnah
Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya
Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih...
Bisa sungguh luka ini
Walau tak berdarah
Dah layan lirik lagu ni, baru hati mama tenang sikit.. Alkisahnya?
Kertas kerja mama dibakulsampahkan begitu saja. Idea mama ditolak bulat-bulat tanpa sebarang belas ihsan.  Memang mama tahu idea mama agak kurang logik, memang tidak relevan, namun apa salahnya jika titik peluh mama dihargai? Belum sempat dengar penjelasan, belum sempat plan A dan plan B mama bentang, belum sempat gambar yang mama snap dilihat.. terus saja idea mama dipatahkan. Almaklum, siapalah mama. Mesej? Jika kita di atas, tolonglah hargai orang bawahan. Walaupun idea tidak relevan, namun apa salahnya jika kata-kata ini yang diluahkan pada mama : "baiklah Za, saya simpan dulu kertas cadangan awak, saya study dulu, esok saya putuskan..." sekurang-kurangnya lebih manis berbanding terus ditolak bulat-bulat macam ni...

Gadis Ke-1000

Cikgu Iza | February 01, 2013 | 8 Komen |
Siapakah Gadis ke-1000...

My Photo
http://www.gadisathome.my/

Terima kasih pada Gadis sebab sudi menjadi follower mama ke-1000.  Akhirnya, sampai juga hajat mama untuk melihat follower mama mencecah 1000.  Ingatkan tak seramai itu follower mama, almaklum.. blog ini bukanlah blog yang famous yang menerima ramai pengunjung.  Dari hari ke hari, akhirnya 1 Februari 2013 merupakan tanggal keramat kerana follower mama dah 1000 tau! Pada Gadis, mama harap dapat berikan alamat emel pada mama kerana ada surprise buat Gadis. Lepas ni, mama bercadang nak beri suprise pada pengomen paling menusuk kalbu mama la. Mama harap agar ramai le yang ingin meninggalkan komen di ruang komen mama, supaya bolehlah mama memilih komen terbaik nanti. Mama akan umumkan pemenangnya nanti, tunggu ye...

1 Februari  --> surprise untuk Gadis follower ke-1000
10 Februari  -->  suprise untuk _____________________ , pengomen paling best...

oppps

Mama pernah berjanji untuk menghadiahkan car sign dari heartbeat di entri di sini tapi malangnya mama lupa dan hilang jejak kedua-dua blogger tersebut.Jika ada yang mengenali kedua-dua blogger, harap-harap dapat hubungi mama dan emelkan alamat untuk mama poskan hadiah. Hadiahnya masih mama simpan sampai ke hari ini tau... Janji tetap ditepati..

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com