AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Mata Juling : Pro vs Kontra

Cikgu Iza | February 16, 2013 | 3 Komen |

Terbaca kisah halimah jongang kemudian fatimah juling..
Dua drama yang mengajak orang gelak tapi kesannya amat mendalam bagi sesiapa yang menghadapi masalah jongang dan juling, terutamanya perempuan..
Yaya juling?
Itu yang mama takutkan sebab doktor di klinik meminta mama bawa yaya ke HTAR untuk pemeriksaan.. Macam2 prosedur dilakukan dan kenyataan doktor yang mama tak boleh terima :
⊙ umur anak
=) 2 tahun 3 bulan
⊙ dah lambat ni, kalau juling setahun dah kena ubat!
Geram mama, kerana doktor di klinik tak kata apa2 time pemeriksaan 12 bulan dan setahun setengah, cuma diberikan appoitment ke HTAR dan biasalah 6 bulan waktu menunggu.. dan itu yang doktor kata!
Kalau doktor klinik kata 'macam-macam' dah lama mama bawa yaya berubat, bukan mama tak mampu nak pergi ke hospital swasta, cuma mama fikir tak serius...
Mama tahu dilema simata juling kerana waktu remaja mama dihantui dengan masalah ini...
Mama hanya mampu 'keluar' dari igauan sijuling setelah 'merelakan' mata ini dioperate.. dan hasilnya kini harga diri mama mencanak tinggi.
Kisah si fatimah juling..
Sinopsis kata fatimah juling tak kisah..
Betul ke?
Bagi mama, mama kisah jika juling..
Jadi mama tak mahu yaya juling..
Doktor HTAR kata, alhamdulillah yaya x perlu memakai cermin mata kerana powernya ok, cuma matanya kadang-kadang 'lari'..
Enam bulan lagi appointment seterusnya di HTAR..
Betullah, kalau orang nazak..mati dulu sementara menunggu tarikh appointment akan datang!
Itulah namanya hospital kerajaan..
Kata Malaysia prihatin, kenapa masalah anak kecil, generasi masa depan dipandang enteng..

Published with Blogger-droid v2.0.9

3 comments:

Haryati Faizal said...

risau jugak ye klu anak juling...

Diana Azis said...

Kan..risau la pulak..apapun semoga tak ada apa2 yang serius.. :)

munna said...

semoga takde yg serius pada mata yaya ... insyaallah ok nanti....

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com