Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Superhero Hentai Kamen : malangnya anak-anakku!

Cikgu Iza | February 23, 2013 | 2 Komen |
Di Disney XD macam-macam watak superhero yang anak-anak mama kenali, antaranya Tron, Spider Man, Iron Man dan ramai lagi..

siapa yang tak kenal mereka kan...

Sambil membaca akhbar online, mama terbaca kisah menarik ni iaitu Kegilaan Baru Remaja Jepun. Pada pandangan mama, remaja Malaysia tidak lah sampai 'segila' remaja Jepun ni rasanya. Almaklum, benda yang digunakan untuk menutup muka tu merupakan benda yang sensitif, yang perlu disimpan, yang kotor terutama jika sudah terpakai, lainlah jika masih baru dan tentu sekali menyimpang jauh daripada budaya masyarakat Melayu. Mungkin remaja Jepun ni terpengaruh oleh watak superhero dalam komik Hentai Kamen kegilaan ramai masyarakat muda di sana. 

lihatlah betapa bangganya superhero dalam komik ni memakai ______!

Menurut akhbar online ni, pada bulan April akan siap movie superhero Hentai Kamen ni. Macam mana lah agaknya jika DVD movie ni tersebar meluas di Malaysia tanpa sekatan?

tonton dengan kawalan dan ambil iktibar

Dalam hati mama, di sinilah peranan ibu bapa amat-amat dituntut. Kita perlulah sentiasa peka dengan sebarang perkembangan diri anak-anak kita, terutama jika anak-anak sudah semakin membesar. Laman Youtube juga boleh kita setting safety mode on, supaya sebarang unsur lucah dapat ditapis sebelum sampai ke paparan mata anak-anak kita. Almaklum, kanak-kanak seusia kakak Iman yang baru 6 tahun dah biasa menonton filem di Youtube sedangkan zaman dulu kanak-kanak seusianya hanya pandai main pondok-pondok. Itulah kehebatan dunia teknologi sekarang, yang menuntut lebih pengorbanan ibu bapa. Sama-samalah kita berwaspada.  

setting safe mode pada Youtube

2 comments:

  1. Assalam, biasalah tu kak... sekarang kan dunia IT... dulu nak baca komik macam nie kena kumpul duit baru boleh beli buku komik dan baca... hehehe... Sekarang semua di hujung jari... ^_^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..salam ziarah kat sini ^_^ .huuii..bahaya sungguh..cabaran masa nie..x bukk lmn .. pun tetap ada benda2 y x elok.

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com