Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Susahnya Bayar Bil Unifi Online

Cikgu Iza | February 07, 2013 | 9 Komen |
Siapa pernah membayar bil Unifi online?

tak mesra pelanggannya...

Semenjak register Unifi pada Oktober 2012, mama bayar bil di kaunter TM. Hari ni mama cuba untuk membayar secara online melalui website Unifi. Mula-mula terperanjat le mama bila tengok bil.. dua kali ganda! Rupa-rupanya bil tu ialah bil semasa dan bil bulan akan datang. Mama memilih untuk membayar bil semasa je. Bila mama klik, paparan seterusnya membuatkan mama rasa geram sangat-sangat. Pilihan cara membayar amat terhad! Pelanggan hanya berpeluang untuk membayar menerusi RHB ebanking, CIMB clicks dan kad kredit!.. Apa daa.... Memang tak mesra pelanggan betul, sebab betul-betul menyusahkan. Masa daftar cara membayar bil dulu, orang TM cadangkan mama membayar secara online. Konon memudahkan, tapi?.. Bukan semua orang ada akaun RHB dan CIMB dan bukan semua orang suka sangat nak guna kad kredit. Pesanan mama pada orang TM, berikan pilihan yang lebih banyak cara membayar bil kepada pelanggan. Mama biasanya bayar bil guna Maybank2u dan mama rasa ramai pelanggan lain yang menghadapi masalah sama. Nampaknya, terpaksale mama menapak untuk ke kaunter TM esok untuk bayar bil. Tak pe le, sekurang-kurangnya dapat jumpa 'orange' dan mama memang suka warna oren... 

9 comments:

  1. Haha bayar secara online mmg payah sikit

    ReplyDelete
  2. Hihihi... xde unifi. Selalunya kalo online payment ni, byk pilihan. Mmg payah kalo itu je pilihannya. Patut pelbagaikan bank

    ReplyDelete
  3. aah lahh x mesra pelanggan langsung ! hhuh

    ReplyDelete
  4. salam kenal kak...singgah sini, jenguk2 dan follow akak balik... ^_^

    ReplyDelete
  5. apa boleh buat...kena jugak la ke kaunter hehehee

    ReplyDelete
  6. Susahnya..saya sokong akak, walaupun tak pakai unifi tapi kalau nak bayar bil online tak ada akaun bank tu dah menyusahkan pengguna. Betul, bukan semua ada RHB dan CIMB.


    p/s: Saya singgah sini dan follow balik..terima kasih kak sebab sudi singgah dan follow blog saya. ^___^

    ReplyDelete
  7. setuju...ramai org lebih gemar pakai Maybank2u...terbaik! :)

    ReplyDelete
  8. Online...susah sikit...kaunter je...hihi
    Salam kenal : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, boleh semak tutorial bayar unifi secara online di sini

    http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2013/01/tutorial-bayar-bil-unifi-guna-maybank2u.html

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com