AddMeFast

Klik@Lazada

nuff

Tidak bersyukurkah kami?

Cikgu Iza | February 25, 2013 | 5 Komen |
Tidak bersyukurkah kami?

masih bergelap dan bersauna

Ingat lagi kisah mama bergelap tidak boleh cocok? Kisah tu dah jadi sejarah kerana berlaku pada Jumaat lepas. Mama juga kurang 'bersumpah' kerana kebetulan pada hari tersebut merupakan kejohanan Merentas Desa di sekolah, jadi mama tak le menghabiskan masa yang banyak di bilik guru. Tapi, kejadian yang sama berlarutan hingga ke hari ini, Isnin.. hari pertama persekolahan bagi minggu ni. Malah, ketiadaan elektrik ni menjangkit ke 3 blok sekolah! Bila tiada elektrik, bermakna air tidak dapat dipam, jadi bekalan air juga terputus! Bayangkan le, dah le kami bersauna tanpa elektrik, malah kami terpaksa menahan perut untuk membuang hajat! Malah kata akak cleaner, semua tandas termasuk tandas guru tidak boleh digunakan kerana semuanya sudah ada lepat! Bayangkan le daifnya kami. Dengar cerita pihak JKR sudah datang memantau, namun tindakan belum ada sehingga ke pukul 2 petang sewaktu kami balik tadi! Maknanya, esok kami masih perlu melalui mimpi ngeri ni lagi ke? Bukan setakat mimpi, malah igauan ngeri kerana kerja tak siap. Almaklum, kerja sekarang memerlukan penggunaan elektrik, cuba bagikan contoh printer tanpa sambungan elektrik, mungkin printer guna kuasa bateri, tapi ada ke?

tadi mama buat ni...

senyuman yang manis

Tapi malangnya, mama 'disambut' dengan muka masam pegawai di kaunter hadapan. Mama rasa macam pegawai ni minta mama balik kerana dia kata proses tukar kad mengambil masa yang lama, mungkin sehingga 2 atau 3 jam. Tapi mama tetap berkeras untuk menukar kad dan yang pasti air muka pegawai tu bertambah masam. Semasa menunggu, mama sengaja menelefon abah menggunakan Note mama dan sementara menunggu mama 'bermain' tab. Tujuan mama, biar pegawai 'sombong' tu 'buka mata' kerana pelanggan yang berselipar buruk ni 'berduit' sebenarnya. Bila nama mama dipanggil, pegawai tadi mula menekan keyboard dengan kasar tanda protes kot. Tapi dalam hati mama, bertuahnya kamu. Kalaulah kamu berada di tempat mama. Mungkin kita serupa, kita sama-sama ada degree tapi kamu? Tempat kerja kamu beraircond, kamu ada kerusi dan meja sendiri, kamu ada pc dan printer sendiri, kamu ada yang mama tiada... tapi kamu masih nak 'tunjuk lagak'. Kalaulah kamu berada di tempat mama? Mungkin berpiket atau boikot kerja kot? Tapi mama.. kami guru-guru? Kami tetap ketepikan sauna, kami ketepikan semua kekurangan, kami adakan kemudahan yang tiada guna duit poket kami dan kami tetap bekerja dengan sepenuh hati walaupun kebajikan tidak terbela... 

Masih tidak bersyukurkah kami?

Dengar kata ada peruntukan 10 juta untuk sekolah2 di Pensiangan, Sabah... 
betulke??? hanya panjatkan doa agar semuanya bukan fantasi..

5 comments:

nurbijen said...

common situation bila berurusan di kaunter... jgn ambil hati sgt :)

salam ukhwah :)

faraherda.razalan said...

Eh, akak mengajar kat Sabah ke? Huuu~

Seksanya hidup klu blackout mcm ni. Smpi tempias pd bekalan air. Aduhai....manusia biase mcm kite kan? Rasa marah tu tetap ade. Klu sy pun, mst dah mengeluh je.

Bab frontliner bank yg sombong tu, persetankan je kak. Org mcm tu, tekanan perasaan. Mgkn takde motivasi kot keje kat situ. Sudahnye, customer yg die bt hal.

LiYa HaNiF :: said...

kadang2 memang sakit hati dgn mereka yg buat muka sombong kat kaunter.. tp tak pe lah allah je yg membalasnya..

thanks ye kak dtg ke blog liya... dah follow dah blog akk...

akk mengajar di sabah? asal org port klang ke?? hehe

lieyalatif said...

Ish!!! Rase nak tampa plak org tu kak....kenape kene mcm tu...septutnye ape customer nak ko kene layan....org di sektor private septutnye xdeyg peel mcm ni.....

Cikgu Ma said...

tukar debit kad tu kira kad kredit ke kak? kalo cimb bleh x? nak buat la..senang nak usha tiket mas plak lepas ni

Post a Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com