Pages

@aimaniman |

Video Harlem Shake ada kaitan dengan Hutan?


macam-macam dunia ni...

Demam ‘Gangnam Style’ nampak tidak berakhir d sini sahaja, jika sebelum ini tarian ala-ala menaik kuda ini menjadi fenomenan dunia, kini tiba pula giliran tarian yang semakin menjadi perhatian ramai iaitu tarian yang dipanggil ‘Harlem Shake’. Tarian ni sudah bermula sejak 1981 tetapi popular semula pada tahun 2013. 
Apa itu Harlem Shake? Jika dikaji sejarah terciptanya tarian Harlem Shake, tarian ni merupakan satu tarian yang cukup popular pada tahun 80-an di sebuah kawasan bernama Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.
Tarian ini nampak lebih mudah dan tidak seperti Gangnam Style yang sedikit rumit untuk dilakukan. Anda hanya perlu perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake. Tarian ini dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama.
Pada tahun 2011, pemuzik elektronik, Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake sebagai tajuk lagu muzik ciptaannya dan dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake.
Video viral tarian Harlem Shake pertama telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Harlem Shake dapat ditonton menerusi laman YouTube.
Jadi mahu tahu lebih lanjut tentang tarian Harlem Shake? Jom tonton beberapa versi video tarian Harlem Shake yang menarik ini di website Astro Gempak ni. 
Sebenarnya, mama nak cerita tentang kisah lawak ni. Semalam, ketika di dalam kelas berlaku perbualan yang tidak dirancang ni.
- Masukkan baju dalam seluar!
- Zip rosak cikgu..
- Mari sini saya tengok, tak payah malu-malu anak saya pun lelaki, sama je kan..
- Tak sama cikgu.. anak cikgu tak ada hutan, saya punya ada hutan!
-Haaa?
Beraninya budak-budak sekarang. Mama rasa kalau zaman sekolah dulu, bila cikgu suruh, terus je buat, jangankan nak menjawab, nak angkat muka pun tak berani.  Tapi budak-budak sekarang? Bukan saja berani menjawab, malah berani mengeluarkan perkataan berbaur lucah!. Mungkin video Harlem Shake di atas ni yang 'membantu' murid-murid sekarang lebih berani tak bertempat!. Inikah kejayaan hasil sistem pendidikan kita? Tepuk dada, tanyalah akal fikiran yang waras...

Sudah baca sila komen

1 comment:

atuk said...

Assalamualaikum Mama

nak cuba belajar tarian ini la...he he

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012