Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Dulu Kini dan Selamanya Kucinta

Dua tahun setengah yang lalu dia terlalu kecil dalam dakapan mama..
Hampir 5 hari dia hanya dibelai oleh insan lain lengkap beruniform putih..
5 hari dia tidak mengenali mamanya..
Selepas menjawab 'perempuan' dalam keadaan mamai selepas melahirkan,  dia 'dibawa lari' oleh sibaju putih
5 hari mama merinduinya
5 hari mama hanya mangirim susu tanpa dibenarkan mendakap dan menciumnya, mama hanya tahu dia ada melalui abah
5 hari mama bertanya, dan 5 hari sibaju putih kata dia ada masalah pernafasan.. serius ke? Tak.. tapi kenapa mama tak boleh mendakapnya?
Hari ke-5 mama gagahkan diri, berjalan tanpa kerusi roda..
Mama ingin sangat2 mencium dan mendakapnya ..
Ya Allah.. pipinya lebam betul2 di bawah mata!
Dibawah katilnya beberapa keping x-ray telah diambil!
Terdetik di hati mama, tak profesionalnya sang doktor!
Maklumat lain diberi untuk menutup kesalahan!
Patutlah bila diajak ke wad nicu, nurse semua sibuk memanjang..
Rupa2nya mama ditipu..
Akibat kecuaian mereka, mama tak dapat mendakap baby mama..
Takut forsep terkena mata atau otak atau patah mana2 tulang, anak dix-ray tanpa memberitahu ibu!
Rasa macam nak saman je, tapi sebab yeya sihat walafiat niat dibatalkan, tapi serius mama x puas hati dengan sikap  mereka..
Sepatutnya mama orang pertama yang tahu keadaan yeya..
Bukan ditipu kata ada masalah lain!
Selepas 2 tahun setengah peristiwa ni tak mungkin mama lupakan,..
Dulu, kini dan selamanya mama akan dan tetap mencintai Yeya.,
Bagi ibu2, sentiasa peka terhadap semua keganjilan yang ada dan jangan mudah sangat percaya cakap orang .. percaya pada naluri keibuan yg ada dalam diri..
Semoga kisah mama jadi teladan berguna.,

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sudah baca sila komen

2 comments:

Mas Zull said...

assalamualaikum aimaniman...comelnya tembam pipi...:)

munna said...

comelnya... kesian yeya... sampai lebam kat bawah mata tu.... apa2 pun... alhamdulillah takde yg teruk berlaku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012