Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Karies Botol Susu : Iman Malu nak senyum!

 Siapa tahu karies botol susu?...


dah kena opperate buang gigi yang rosak dan berkuman,...


Apa dia Karies Botol Susu?
Kalau nak maklumat lebih lanjut boleh google je...
Mama cuma nak pesan pada ibu bapa yang anak-anaknya masih ada gigi yang cantik, hargailah gigi tu dengan jangan biarkan mereka menghisap botol susu ketika tidur, kerana time tidur tu bakteria bermaharajalela makan segala cebisan manisan daripada susu yang dihisap.. Akibatnya? Tengok je le model karies botol susu kat gambar tu..
Ciri-cirinya, kebiasaannya gigi hadapan bahagian atas akan rosak teruk dan tinggal tungul hitam berbanding gigi bawah kerana gigi bawah dilindungi oleh lidah. Tq lidah kerana menyelamatkan gigi bawah iman dan syamie dan membolehkan mereka mengunyah!
Kesannya, bukan setakat malu nak senyum dan susah nak mengunyah, malah mulut juga akan dijangkiti kuman! Masa raya 2012 mama terpaksa beraya di wad kerana mulut syamie dijangkiti kuman menyebabkan lidahnya berubah jadi hitam! Takut tauuu
Akibatnya? Semua gigi terpaksa dikorbankan, jadi syami dan kakak iman terpaksa le rongak sehinga gigi kekalnya tumbuh masa umur 6 tahun nanti! Kesiankan..
Bukan setakat tu je, bila dah tumbuh gigi nanti, kemungkinan gigi untuk tumbuh merata, senget2, tumbuh ikut suka hati dia pun besar kerana gigi yang tumbuh tiada 'acuan', almaklum 'jiran' sebelahnya dah x ada!
Sebab tu kita kena jaga gigi anak-anak sebelum terlambat kerana kesannya bukan satu tapi berterusan sampai besar,.. kena pasang braces pulak kata doktor! Kesian anak mama,..
Sorry ye mama biarkan kamu minum susu time tidur...
Ingatkan senang, nak elak anak menangis malam sumbat je botol...
Tapi? Tak payah le nak menyesal ...  nasi dah jadi bubur, askar dalam mulut dah terkorban pun..
Cara nak atasi? Gosok gigi anak seawal umur 2-3 tahun dan bawa mereka jumpa doktor gigi time tak sakit supaya mereka tak takut dengan doktor.. jom sama2 kita buat ...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sudah baca sila komen

2 comments:

faraherda.razalan said...

Aduhai...menakutkan. Aydin mmg msg mtk susu memalam. Isau gak ni...

munna said...

meya gigi dia ok... tapi yasmin agak teruk juga ... tapi bukan sebab susu tapi sebab suka makan coklat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012