Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Keputusan SPM 2012 : 21 Mac 2013

Cikgu Iza | March 21, 2013 | 3 Komen |
       Kepada calon-calon SPM 2012, mama nak ucapkan tahniah kerana melakar keputusan yang cemerlang..Tadi mama tengok Buletin Utama.. ada temubual calon cemerlang SPM dari Melaka, katanya kejayaannya hasil group study dan banyak resepi lain.. Temubual dengan calon cemerlang Terengganu pula, seorang calon Cina anak pekerja kilang papan dan seorang calon Melayu anak seorang peguam.. sianak cina kata, terima kasih buat guru-guru, ibu bapa bla bla bla.... kata sianak melayu, kejayaannya hanya pinjaman, terima kasih buat ibu bapa, guru-guru, guru tuisyen dan datuk serta neneknya... Daripada temubual tu je kita tahu, resepi kejayaan mereka apa.. entahlah tepuk dada tanyalah akal..

             Mama tak mahu membebel panjang, cuma gambar je yang mengisahkan warna-warni 21 Mac 2013 buat mama dan anak-anak 5B 2012...

Khugan yang over confident... frust tau..

 kaunter tumpuan.. dapat duit saham koperasi maa

tak sempat nak melegakan ponggong ...

Hari ni dapat RM 2175.00 dalam masa 2 jam je..

Berdiri dari kiri.. 5A, Azuan (ketua 5B), Izzat, Acap
Depan : ntah, Amar dan Amirulnizam

malu nak ngaku bekas cikgu, seksi sangat anak2 ku..

Kaunter majalah hasil tangan mama...

Duduk tepi longkang je ke...

Hai anak-anakku... apa le nak jadi?
Sikuning tu namanya Rasul tau !

SPM 2012 hanya tinggal kenangan, post mortem untuk kelas mama, 5B alhamdulillah semuanya lulus BM walaupun kualitinya ke langit. Untuk 5 K... Kumareswaran, Kartik, Kishen, Sharmila, dan Steven serta Sahul gagal BM. Tahun ni, mama menyumbang 6/11 orang calon gagal SPM sekolah.. malang betul.  Apalah agaknya persepsi pengetua, salah mama atau salah mereka yang masih tidak tahu membaca dan faham akan BM walaupun dah berusia 17 tahun?  PBS sepenuhnya yang bakal menguburkan PMR pada 2014 mampu ke menjadi talian penyelamat dan kompleks persediaan bagi calon-calon SPM 2016 nanti? Tahun 2016 nanti kami tiada kayu pengukur PMR untuk menentukan tahap kesediaan calon. Entahlah, hanya masa yang akan menentukan... moga-moga calon SPM 2016 mampu melepasi syarat lulus BM, Sejarah dan BI.. kalau tak, makin ramai le bangsa Melayu yang hanya memohon kerja berbekalkan UPSR, almaklum.. PMR pun dah terkubur.. entah le labi...


3 comments:

  1. Aduhai...bile baca entri akak ni, terbayang dilema yg akak hadapi. Tapi, tak pelah kak. Nak bt mcm ne. Bukan kite tak jlnkan tggjwb kite. Mgkn mrk dah berusaha juga. Cuma, takde rezeki. Hrpnya, adalah lagi usaha utk mrk perbaiki apa yg dah gagal tu.

    =D

    ReplyDelete
  2. sebagai ibu bapa naik risau bila baca n3 macm ni.. tapi ttp doakan kejayaan buat anak2 ...

    ReplyDelete
  3. teringat masa ambik result SPM 19 thn yg lalu.. mak kata kalau fail mak nak kasi kawen hehehe

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com