Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Panduan dan Manual Mengisi Borang UPU Online

Debaran menanti keputusan SPM telah berakhir. Para lepasan SPM 2012 tentu saja sedang berkira-kira untuk mencari tempat yang paling sesuai untuk menyambung pelajaran. Kalau dulu-dulu, lepas saja keputusan SPM keluar, pejabat pos akan penuh dengan para lepasan SPM yang ingin membeli borang UPU. Sekarang ni, mereka tidak perlu lagi berpeluh dan berpanas beratur untuk mendapatkan borang secara manual kerana segala-galanya boleh diisi secara online. 

1.  layari laman web ini


3. Klik di sini





Pendek kata semuanya mudah, hanya perlu klik dan klik dan tunggulah dengan penuh harapan agar permohonan diterima, in sha allah. Untuk mendapatkan panduan lebih detail, boleh rujuk panduan lengkap di sini.

Untuk para lepasan SPM yang tidak memperoleh keputusan yang membanggakan, peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Politeknik, Kolej Komuniti ataupun ILKA juga boleh dibuat di sini. Begitu juga dengan para lepasan STPM,STAM,Matrikulasi, Diploma dan lain-lain boleh juga melayari laman web ini untuk memilih destinasi pengajian seterusnya.

Untung kan anak-anak zaman sekarang, semua maklumat berada di hujung jari. Hanya terserah pada hendak atau tak hendak dan rajin atau malas sahaja. Pada mama, walau apa-apa pun keputusan SPM yang diperoleh, bukan noktah dalam kehidupan sebenarnya. Banyak lagi peluang yang menanti di hadapan bagi orang yang tidak mengenal erti putus asa. Malah, mama dengar daripada Kaunselor, lepasan SPM yang tidak lulus pun ada peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran, asal pandai membaca, menulis dan mengira. Tu dah kira syarat paling minimum la tu. Terdetik dalam hati mama, apa hal pula dengan calon SPM 2013 yang tak pandai membaca dan yang pandai tapi tak faham langsung apa yang dibaca? Itulah cabaran yang kami di sekolah hadapi, 'meluluskan' iaini sekurang-kurangnya membolehkan mereka memperoleh sijil SPM dengan apa-apa cara sekalipun! Adil ke bagi kami guru di sekolah harian biasa berbanding dengan guru-guru di MRSM, SBP, sekolah berprestasi tinggi dan sewaktu dengannya? Itulah dilema saban tahun yang kami hadapi.. 

Sudah baca sila komen

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

semoga mereka2 yang terlibat dapat jadikan panduan entri ni...great piece of sharing kak...

Sue-Rya Qistina said...

dunia semakin maju, maka semakin mudahlah anak2 zaman sekarang. kalau kita dulu, kena beratur panjang utk dapatkan borang. mujur masa tu abah saya kerja di pej pos. abahlah yg tlg belikan borang utk anak2nya :)

Dear Bella said...

betul tu betul...
semoga budak2 zaman sekarang menghargai dan menggunakan sebaik-baiknya kemudaha yang ada... :)

faraherda.razalan said...

Dulu, pakai borang. Tebal tidak. Leceh. Skg ni, hujung jari je. Tak yah susah2 g. Sikit ms g, tak yah nak attch dgn sijil2 seme. Sbb seme result dah boleh import terus dr sekolah. Canggih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012