Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Ping Entri Terbaik...

Macam-macam cara nak tingkatkan trafik ke blog kita. Mama ni tak arif langsung, tapi mama suka 'belajar' dan ikut apa-apa yang terbaik daripada blog orang lain. Antaranya, jom kita belajar dari blog ni , blog yang ini pun ok, nanti-nanti mama nak ping kat group FB macam dalam blog Fiza tu,.. Sebenarnya banyak lagi tempat kita nak ping entri terbaru dan tercanggih kita, cuma rajin tak rajin je kita nak menggoogle... 

Mama nak ceritakan 'sikap' sesetengah ping aggeregator yang macam 'pilih bulu'? Dah beberapa kali mama terkena, apabila ping je, terus dikuarantin kerana tajuk entri mama. Kadang-kadang tajuk tu tak ada benda apa-apa, tapi tetap ditolak, dan mama cuba ping lain, ok je...

antara tempat mama ping blog...

gila ping ok je...

kartikel pun ok je

tang ni yang mama geram..

Mama ping entri yang sama, Tips Sabun Basuh Terbaik busuk.org, kartikel.com, dan gilaping.com.  Di kartikel.com dan gilaping.com, entri mama berjaya diping, tapi di busuk.org terpaksa dikuarantin dan apabila mama ping kali kedua busuk.org kata duplicate. Memang le duplicate sebab mama ping kali kedua tapi dah dia kata dikuarantin, dan cuba lagi.. so mama cuba le lagi..

Mama tak pasti apa salahnya entri ini sehinggakan dikuarantin oleh busuk.org.  Kalau nak dilihat daripada tajuk, apa yang sensitifnya.. Lainlah kalau mama tulis Bersih Terbaik ke... Mama hot juga kerana penat-penat ping entri, tak diterima pulak. Kalau boleh mama nak tahu le kriteria entri yang dikuarantin ni supaya mama tak melanggar syarat... mama rasa syarat-syaratnya jelas, tiada isu sensitif dan tiada unsur lucah.. habis tu sensitif dan lucah ke entri ni? Kadang-kadang mama rasa, 'orang kita' ni mudah melatah, takut pada bayang-bayang sendiri dan mudah melabel seseorang. Sampai bila kita nak 'disegani' kalau sikap negatif ni masih menebal.. 

Pada busuk.org, mama akur dengan kekerdilan blog mama, dan mama masih mengharap trafik dari ping ke busuk.org tapi harap-harap lepas ni lebih telus la ye. Kalau masih takut-takut, dan nak bersikap adil pada semua blog, kuarantinkan dulu semua entri yang diping, baca oleh 'penilai yang adil dan saksama' dan terima le entri kami dari blog kerdil ni. Ada idea lain nak ping entri ke mana?

(mama nak renew le account kat sini sebab lama x aktif, boleh ke??)



Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012