Seronoknya Bidadari Mengaji Teknik Al-Baghdadi

March 10, 2013

Hari ini dari pukul 10.00 hingga 12.00 Iman belajar asas al-Quran teknik al-Baghdadi tau...

seronoknya iman dengan ketuk-ketuk dia

haaa.. ketuk lagi

ala-ala duck face konon

jom tengok video iman..

Sebenarnya dah daftarkan kakak iman sejak januari lagi tapi Mac baru dapat belajar. Kononnya kata cikgunya kelas awal dah penuh, kena tunggu kelas akan datang.. tunggu punya tunggu, akhirnya pertengahan Mac dapat juga kakak Iman belajar teknik al-Baghdadi ni. 

Seronoknya Mengaji di Oasis

Selain daripada melihat iklan di Giant, kakak iman meronta-ronta nak belajar teknik ni bila dia tengok rancangan Seronoknya Mengaji di Astro Oasis. Setiap hari dia tanya bila kelasnya akan bermula dan hari ni, kakak Iman bangun awal-awal pagi untuk pergi ke kelas. Time mama tinggalkan kakak dengan ustazahnya tadi, mama curi-curi dengar apa yang berlaku di kelas.  Ustazahnya kata, ada seorang 'bidadari' baru dan diminta 'bidadari' memperkenalkan dirinya. Nampaknya tercapailah hasrat kakak Iman nak jadi princess setiap kali tengok Barbie kerana hari ini dia dah menjadi 'Bidadari'... Keluar je dari kelas, 'Bidadari' bercerita macam tak cukup mulut dan yang pasti dia tak sabar-sebar nak menunggu Ahad minggu hadapan..

Jom baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Teknik Al-Baghdadi... dan modul-modul yang ada..


Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

6 Comment

  1. Nak jugak anta aydin belajar ngaji cara al-baghdadi nie...

    ReplyDelete
  2. bagusnya iman..
    rajin2 mengaji ye iman.. sejuk hati mama dia.. :)

    ReplyDelete
  3. munna pun suka tgk rancangan tu kat astro.....

    ReplyDelete
  4. nak jugak hantar anak2 ni ke tmpt tu.

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels