Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Tarikh PRU 13 : semasa cuti sekolah Penggal 1?

Menjelang hari-hari terakhir ahli DUN dan ahli Parlimen, semakin ramai Nujum Pak Belalang Milenium yang muncul. Namun begitu, tilikan terakhir ni yang paling hampir tepat iaitu tilikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.  Menurut beliau, PRU 13 bakal diadakan selepas LIMA 2013 kerana LIMA telah dirancang sejak 2 tahun yang lalu dan ramai pelabur asing akan menarik diri jika PRU diadakan sebelum LIMA 2013. Isshhh macam tahu-tahu je??

Tarikh akhir pembubaran DUN berperingkat-peringkat dimulai oleh DUN Negeri Sembilan, pada hari ini, 26 Mac 2013. Sebelum ni, banyak blog menyatakan DUN Johor merupakan DUN pertama bakal terbubar secara automatik iaitu pada 21 Mac 2013, namun sebenarnya DUN Johor hanya terbubar pada 21 April 2013. Hai... betapa tak sabarnya orang Johor kan nak memangkah, tak pa.. tak kan lari gunung dikejar.

banyak blog papar jadual ni
tarikh bubar DUN Johor sebenarnya pada 21 April 2013..

Jika DS Najib masih tidak membubarkan parlimen, parlimen bakal terbubar secara automatik pada 28 April 2013 bermakna +- 60 hari selepas itu, iaitu pada akhir Jun akan wajib diadakan PRU ke-13. Biasanya PRU akan diadakan pada cuti sekolah, bermakna PRU ke-13 bakal diadakan pada 24-25/5/13 hingga 8-9/6/13?  Mama rasa tilikan ini yang benar-benar tepat kot? Lain lah kalau DS Najib nak mencipta kelainan demi kelainan. 

Rekod DS Najib :

1. Beliau menjadi Perdana Menteri hasil penyerahan kuasa oleh mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009 tanpa mandat dalam pilihanraya.
2. Enggan membubarkan parlimen walaupun sudah ada DUN terbubar secara automatik (DUN NS)
3. Bakal atau Wajib membubarkan parlimen pada tarikh terakhir parlimen iaitu pada 28 April 2013
4. Kemungkinan akan membubarkan parlimen pada 4 April 2013 sempena genap 4 tahun menjadi PM - hanya menjadi PM selama 4 tahun walaupun PRU diadakan genap 5 tahun.

Tapi yang pasti, rakyat Malaysia tertanya-tanya sebab DS Najib sengaja melewat-lewatkan pembubaran parlimen. Bak kata para bijak pandai,.. DS Najib seolah-olah sudah anti klimaks??


Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012