Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Tips Sabun Basuh Terbaik

Mama rasa semua ibu menghadapi masalah serupa apabila membasuh baju sekolah anak-anak terutama pada bahagian belakang lengan, tepi-tepi kocek, leher dan keseluruhan baju le apabila anak-anak dah mula pandai 'membeli-belah'.  Misalnya kuah roti canai, coki coki, waima apa-apa makanan atau kotoran sekalipun. Kebiasaannya, anak-anak akan dibebel berkati-kati sebelum ibu-ibu tetap menyental juga baju mereka. Betul kan? Tambah-tambah bagi ibu yang bekerja, tahap ketensyenan tu berkali-kali ganda terutama menjelang weekend, apabila kena basuh baju dan kasut anak-anak. 

Mama nak kongsi tips ni yang kawan mama kongsikan pada mama... ok, nak tau sabun apa yang terbaik?

Attack? Tak payah... kalau duit kocek banyak ok le... bagus tapi mahal ooi...

Vanish? boleh le,.. tapi tetap mahal..

Daia.. mama guna untuk baju-baju mama je kerana mama suka keharumannya
Tak percaya.. test le..

Sikenit ni, boleh le kalau basuh tudung... lepas tu rendam dalam softener..

Ini le rahsianya...

Pewangi... siapa kata softlan love wangi?

Mama kata softener Daia lagi ok.. tambah2 gabungkan dengan sabun Daia..

Mama berikan beberapa senarai sabun yang mama guna... Tapi kan, semenjak mama berjumpa dengan sabun cap Buruh aka cap Kapak hasil perkenalan singkat setelah diperkenalkan oleh kawan mama, Zila.. mama rasa mama tolak dah vanish dan attack.  Cuba bayangkan, nak beli vanish sebotol dah makan RM 20 ++ dan attack 2.5 kg dah RM 24, tapi sabun cap kapak tu, sebatang panjang cuma RM 3.90 je tau. **Tu pun mama dapat free daripada Zila.. tq... Sental je sabun ni, tapi potong dulu le pada ketulan-ketulan kecil dan jauhkan daripada air apabila tidak digunakan (simpan di tempat tinggi le) kalau tak cair le sabun ni...  Lepas sental ala-ala 'mak datin' bukan sentalan 'superman' baru le campak dalam mesin basuh dan masukkan le sabun Daia dan softener Daia.. gerenti kotoran degil hilang dan baju wangi sangat-sangat tau... 

Cuba le sabun cap kapak ni, kalau dulu-dulu warna hijau, sekarang ni warna kuning macam dalam gambar. Lepas ni, ibu-ibu mesti tersenyum je walaupun nampak baju anak-anak yang kotor. sabun ni bukan takat nak basuh baju je, kasut yang lepas kena selut pun gerenti putih bersinar-sinar. Lepas tu, kata cikgu India ni, kalau di celah-celah paha tu dah nampak macam kusam, sental je dengan sabun cap kapak ni, boleh putih! Pendek kata, powernya kuat tapi lembut di kulit, jadi jangan takut le tangan akan mengelupas.  

Tapi kan, pelik juga kenapa tak ada sabun ni dalam iklan di tv kan. Mungkin sabun ni bukan dari 'kasta Brahmin' almaklum harganya yang murah, jadi tak berbaloi le kalau nak 'beli' iklan yang mahal-mahal. Lagipun petua nenek moyang ni hanya tersimpan dalam ingatan dan disebarluaskan melalui bualan mulut je kan.  Mama rasa banyak lagi petua dan tips lain yang tak ada dalam iklan tv, jom le kongsi?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sudah baca sila komen

6 comments:

NM03 said...

sental periuk pun mujarab... selalu ada kat kenduri kawen kampung2...

Azmatun Ismail said...

dulu pernah guna sabun ni tapi agak melekit kalau betul boleh hilangkan kotoran terutama pada baju sekolah bolehla cuba...tq diatas info

Mas Zull said...

assalamualaikum aimaniman...betul tu yg lama tu yg bagusnya tanggal semua kotoran tu...:)

Haryati Faizal said...

mak mertua suke beli sabun cap kapak ni...

Nuryn Iberahim said...

Salam, kat mana nk dptkan sabun cap kapak ni yer? Tq

izz thaqif said...

Dl masa join nursing senior petua guna sabunnila utk hilangkn kotor pd uniform.sll beli sabunni di kedai kg blkg hostel area sp..bl dh kawin, ada anak lelaki br msk sek tp hari2 blk bj mcm belacan, so terfikirlah nk cari sabun cap kapakni tp sshnya nk jumpa.. aritu scr kebetulan tgh cari sabun apa nk guna utk gantikan vanish yg agak mahaltu sy terjumpa la dgn sabunni.. rupanya di mydin ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012