Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Guru Tukang Fitnah?

Sedih rasanya tapi blog ni merupakan diari yang paling 'rapat' dengan mama..

nasib baik koyok tak nampak...

Situasi xx
Seorang pesalah, tertangkap, dipenjara, dibuang negeri dan selepas membuat akujanji atas belas ihsan sipesalah diterima balik di negeri atas kayangan. Sipesalah mengakujanji akan berubah sikap, akan menjadi baik, akan menjadi 'orang baru'. Janji ditabur di depan pegawai polis, pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai KBS. Namun, pada masyarakat awam, sipesalah masih mengekalkan sikap lamanya, dia pandai bermuka-muka di hadapan para pegawai tadi. Satu hari, orang awam berasa 'terpukul' apabila niatnya untuk menegur, dipermain-mainkan oleh sipesalah. Malah sipesalah yang 'agak hensem' ni menunjukkan sesuatu yang tidak sepatutnya dengan niat untuk memprovok orang awam. Orang awam naik angin lalu bertindak melaporkan kelakuannya kepada pihak polis agar tindakannya diadili. Sipesalah naik angin, lalu mengugut akan melontarkan sesuatu yang berbahaya terhadap orang awam. Sipenagih yang bijak lari dari tempat kejadian lalu menangis meminta simpati daripada ketua polis. Hasilnya, semua pegawai polis menyoal siasat orang awam meminta kepastian sama ada sipesalah yang 'baik' itu benar-benar melakukan sedemikian. Orang awam berasa tertekan lalu menulis sesuatu dalam hebahan maya seolah-olah sesuatu yang tersirat, tetapi disalah ertikan lalu dikatakan sengaja memfitnah si'pesalah', dan diminta bertaubat kerana memfitnah lebih buruk daripada membunuh.. Persoalannya, jika orang awam tu guru, dan sipesalah tu murid dan polis serta ketua polis tu rakan guru.. adakah hanya kerana si'pesalah' membuat akujanji dan buat baik dengan sesetengah orang, tidak mustahil ke dia hanya bermuka-muka? Mengapa dengan mudah je semua orang membuat keputusan murid tu betul-betul sudah berubah dan siguru betul-betul memfitnah? Segala kesalahannya mengugut guru sehingga ingin membaling benda yang besar dan keras aka stapler gun.. terus di'padam' tetapi guru pula dituduh 'memfitnah'? Sedih rasanya.. tapi apakan daya.. 

Tolong komen untuk up up up mood yang down down down ni...



Sudah baca sila komen

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum mama

tak baik memfitnah....

norhidana miswan said...

kes menfitnah mmg bahaya tp kes bermuka2 n pandai belakon pun bahaya...

Knor said...

orang dah takut dosa dah skrg ni..diorg sgt kebal ni..


minta di jauhkan perkara yg buruk2

Mas Zull said...

assalamualaikum aimaniman....sedihnya bahaya bila sebut bab fitnah2 ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012