Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Parlimen Bubar - Tarikh PRU 13 dan Hari Mengundi

Hari ini pukul 11.30 pagi (lebih kurang le) akhirnya parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 diadakan. Mama tahu tarikh pembubaran parlimen ni pun dah terlambat kerana time pukul 11.30 tu ada kelas, habis kelas je pukul 2 terus buka tab terbaca tentang berita ni dan mama termenjerit, tapi tak best sangat le kerana semua kawan lain dah tahu pun! 

saat pengumuman dibuat...

Buka blog kawan dan cari di Google, semua berkobar-kobar berborak tentang pembubaran parlimen. Selepas parlimen dibubarkan, tentu ramai tertanya-tanya pula bila PRU 13. Mama terjumpa kronologi tarikh yang berkaitan dengan PRU 13. Tapi, tertanya-tanya juga, betul ke? Logik ke?

betul ke tarikh ni?

Kalau Sabtu, 27 April dijadikan tarikh PRU 13 aka Hari Mengundi, banyak perkara yang menjadi tanda tanya :
1. PRU biasa diadakan pada cuti sekolah, cuti sekolah start 22 Mei, jadi PRU bukan pada cuti sekolah?
2. Jika tak cuti sekolah, bermakna ramai yang tidak dapat balik untuk mengundi? Almaklum, Jumaat hari bekerja, Sabtu mungkin cuti umum tapi sompat ke balik untuk mengundi pada Sabtu?
3. Bagaimana program sekolah yang telah dirancang, yang dah ada dalam takwim 2013 - terpaksa dibatal dan ditangguhkan semata-mata kerana PRU 13?

Atau tarikh di atas cuma gimik?
Tungguuuuuu....

Sudah baca sila komen

5 comments:

Khai♥Rin : anies said...

marilah kita mengundi!

atuk said...

Assalamualaikum mama

kita memilih pemimpin mengikut sunah Nabi

Anonymous said...

Itu yg paling afdhal

Ciara Cordelia said...

Salam & respect to all
Entri yang menarik. PRU13 memang key yang hot sekarang ni. Jentera Perang Poster dan Kempen kat luar sana just tunggu semboyan aje nak bermula. Harap-harap segalanya berjalan lancar untuk kali ke 13 ni. Yang dah layak undi jangan tak undi! Itu hak kita..

• Laman terakhir dilawati: Hootoh Blog
• Track Entri: Kata-Kata Semangat Hari Pilihan RayaPilihlah calon yang terbaik demi Agama dan Negara. "Ahli-ahli politik seperti lampin. Mereka perlu berubah dan selalu ditukar ganti demi menjaga kebersihan."

Kesuma Angsana said...

tak sabar dah nak mengundi ni, hak kita & buat pilihan sebaik mungkin yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012