PRU 13 : Penamaan Calon

April 20, 2013

Hari ini bermula lah medan tempur perebutan kerusi untuk PRU 13. Mama cuma ikuti berita di Astro Awani, Mynewshub dan Sinar Harian je, malas nak tekan TV 1 dan TV 3 kerana faham-faham je le, kita nak berita yang telus, bukannya yang memihak mana-mana. Walaupun ketiga-tiga sumber tu tak da lah telus mana, tapi sekurang-kurangnya itulah sumber yang lebih baik. Nak pi Harakah dan Keadilan online atau Tranung Kite Online (tko) pun malas juga sebab macam condong ke sana pulak, akhir-akhir malas nak buka mana-mana saluran tv kerana berita yang disajikan tak neutral langsung... Kadang-kadang pelik, apalah tujuan mereka nak berebut kerusi ni, seronok ke jadi pemimpin? Kalau mama, lebih rela jadi guru cabuk berbanding jadi pentadbir! Yang heran tu, ada yang sanggup membelakangkan parti yang dipuja2 semata-mata nak jadi pemimpin atas tiket bebas. Ada pulak yang sanggup berebut sesama sendiri walaupun selama ini bermati-matian kata dalam puak yang sama, semata-mata untuk jadi pemimpin! Best sangat je jadi pemimpin, atau ada udang di sebalik batu je?...

Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

1 Comment

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels