Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Adam Adli : Simbol Jebat Moden?

Kisah Adam Adli begitu hangat sekarang ni. Jom kenali Adam menerusi penulisannya di blognya, Agak2lah!!!

Mama tertarik

Dulu-dulu, mama ada komen tentang 'perangai' Adam Adli ni seperti 'anjing menyalak bukit', bukit tak goyah tapi diri kita yang 'hancur'. Itulah ibarat Adam Adli, tanpa sebarang 'kuasa', keinginannya untuk cuba 'mengubah sesuatu' hanya akan menyusahkan diri dan keluarganya. Masa hadapannya mungkin gelap apabila dia digantung pengajian dan harapan ibu bapanya mungkin punah akibat sikapnya yang sebegini. 
Namun, sebenarnya inilah simbol pejuang tulen. Tanpa keberanian dan semangat juang yang tinggi, tidak mungkin Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Kalau kita baca, para pemimpin sekarang, rata-rata merupakan pemimpin mahasiswa yang lancang dan berani ketika di kampus. Sama seperti penulisannya dalam blog tentang pendidikan percuma dan ptptn.
Mama dulu belajar atas tiket pinjaman berubah JPA, selepas mendapat keputusan kelas 2 atas, pinjaman bertukar menjadi separa biasiswa dan mama hanya perlu membayar 1/3 daripada keseluruhan pinjaman. Mama tak tahulah bagaimana konsep pinjaman PTPTN sekarang ni. Tapi yang pasti, peminjam akan mula dibelenggu hutang seawal tahun satu pengajian lagi! Sedangkan mama mula berhutang hanya setelah tamat pengajian dan gatal-gatal nak membeli tv pada masa itu. Tapi adik mama, hutang ptptn untuk diploma dan juga untuk ijazah dah boleh membeli sebuah kereta! Cuba bayangkan apabila tamat pengajian nanti, mana nak beli kereta, mana nak kahwin, mana nak beli rumah, walaupun tak beli tv macam keinginan pertama mama ketika dapat gaji pertama dulu-dulu!
Sebagai guru, mama lihat semenjak kerajaan menghapuskan yuran persekolahan, anak-anak menjadi semakin 'terbiar' dan ibu bapa semakin 'tidak ada anak'! Apa tak nya, ibu bapa hanya menjejakkan kaki ke sekolah masa mendaftar anak semasa tingkatan satu dan selepas itu langsung tak tahu anaknya di kelas mana, kecuali sejak dua tahun lepas, nampak juga muka ketika mengambil duit bantuan persekolahan rm 100!. 
Seingat mama, dulu-dulu abah dan emak bukannya kaya, tapi mampu' menyekolahkan' 6 anak sehingga ke universiti. Semasa di universiti, jangankan telefon bimbit, makan KFC,MCD, malah makan di luar pun tak mampu. Baju baru hanya dapat sepasang sorang time raya. Berbeza dengan anak-anak moden hasil 'bantuan' PTPTN, mampu membeli hp canggih, mampu bersarapan di MCD, mampu berpeplum kaler block dan mampu segala-galanya. Dulu-dulu, nak menaip kena p makmal fakulti tapi sekarang mahasiswa ke hulu ke hilir mengendong laptop, tab, iPad dan note! Dulu mama menapak ke fakulti dan kenderaan mewah mama hanyalah bas sambung-sambung, tapi mahasiswa sekarang malu nak naik motor, sekurang-kurangnya mesti ada viva!. Itulah bezanya kami dengan adik-adik seangkatan Adam Adli. Bezanya ibu bapa kami dengan ibu bapa anak-anak seangkatan Adam Adli!. 
Pada mama, yuran sekolah perlu ada supaya ibu bapa tahu akan tanggungjawab mereka, yuran SPM dan PMR pun perlu ada supaya ibu bapa tahu pentingnya duit untuk pendidikan anak-anak. Apabila di peringkat universiti pula, peranan kerajaan pula menyediakan pinjaman berubah menerusi agensi-agensinya seperti JPA, MARA, TELEKOM, anak negeri dan lain-lain. Soal makan minum, tempat tinggal dan kebajikan anak-anak masih tanggungjawab ibu bapa. Mama rasa, ramai yang mampu tapi 'buat-buat lupa' hanya kerana 'kemudahan' pinjaman PTPTN!. Jadilah nanti rakyat Malaysia rakyat yang bijak berhutang kerana budaya berhutang sudah dipupuk sejak alam pengajian lagi! Kos pengajian tinggi adalah tanggungjawab bersama yang harus dipikul oleh kerajaan dan ibu bapa kerana anak-anak adalah amanah-Nya kepada ibu bapa dan mahasisawa merupaka amanah buat para pemimpin. Mama tak sokong pengajian percuma 100% tetapi perlu ditanggung oleh kerajaan menerusi agensinya seperti dulu-dulu, bukannya diletak 100% kepada satu pihak untuk memberi 'pinjaman berharga' buat mahasiswa. 
Adakah Adam Adli ni ibarat Jebat Moden? Berani 'membinasakan' diri 'menentang' pemimpin hanya semata-mata untuk menegakkan keadilan? Sudah terkubur ke keadilan di Malaysia?  Sedihnya....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sudah baca sila komen

1 comment:

norhidana miswan said...

semua pemimpin kite dulu ada cerita zmn muda nyer, mungkin kite tak tau apa jd pd adam 20thn lg...mana tau dia blh jd mcm tun M, yang dana tahu pinjaman ptptn tu boleh jd free kalu kite boleh dptkan keputusan yg cemerlang mcm anugerah dekan ngn pointer 3.7 ke atas... mmg ptptn free tanpa perlu bayaran, jd nyer kalu nk ptptn free student kene betul2 study hard....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012