Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

MB Selangor : PAS atau PKR?

Ibarat rumah siap pahat berbunyi?
Almaklum, senario keputusan PRU 13 tidak sama dengan keputusan PRU 12 apabila PAS memperoleh 15 kerusi, DAP 15 kerusi dan PKR hanya 14 kerusi. Nasib baik perlembagaan Selangor hanya membenarkan orang Melayu Islam menjadi MB, kalau tak perbalahan 3 penjuru la pulak!

dengar jangan tak dengar...

Dengar kata, dalam PKR pun YB Khalid mendapat saingan daripada YB Azmin untuk menjadi MB. Dalam PAS pula, saingan antara Dr Abd Rani dan Ir Mohd Khairuddin Othman. Azmin pula berlatar belakangkan Master Math dan Ekonomi sementara YB Khalid juga mempunyai Ijazah dalam bidang Ekonomi. Untung rakyat Selangor kan, bakal MB mempunyai latar belakang yang hebat-hebat. Tapi, walau sehebat mana pun latar belakang akademik mereka, namun jika tiada pengalaman untuk mentadbir sebuah negeri, pada firasat mama agak sukar untuk menjadi MB yang baik. Kita lihat saja pengalaman Kedah, apabila PAS mentadbir hanya sepenggal mereka diberi peluang. Bukan mama kata PAS tidak boleh menjadi MB kerana Kelantan telah membuktikannya. BN beberapa kali mencuba untuk menjadi kerajaan di Kelantan namun tetap gagal. Kes Kelantan berbeza kerana rakyatnya sudah 'biasa' dengan cara kehidupan ala-ala PAS. Namun di negeri lain, keterbiasaan itu perlu dipupuk. Mama takut, apabila 'tidak biasa' rakyat akan 'bertindak' dengan menolak kerajaan Selangor kini. Jadi, untuk 'membiasakan' rakyat negeri lain, terutama rakyat di Selangor, pemipin PAS perlulah 'mengalah'. Jangan yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran pada PRU14 nanti. Khalid Ibrahim sudah ada track record yang baik sepanjang 5 tahun lepas, jadi apa salahnya jika beliau terus diberikan peluang. Betul tak? Azmin Ali pun bukannya tak ok, tapi 'cerita' dia yang tak berapa nak ok, dari kisah isterinya dan kisah ibu serta adik-beradiknya. Tapi, mama harap walau sesiapa pun MB Selangor, rakyat wajib menerimanya dengan lapang dada dan yang penting ahli politik juga wajib menerima keputusan ramai. Jangan ibarat rumah siap, pahat berbunyi. Nanti siapa yang rugi? Ini Kalilah tak berapa nak jadi, PRU14 kalilah!!!

Sudah baca sila komen

12 comments:

Nurzakiah Hanum said...

:)

Kakzakie said...

Selangor dah berjaya mengekalkan kuasa. Johor ada sedikit perubahan - doakan kami utk PRU14.

Kami di Johor pun akan ada MB baru..

Daddy Ziyyad said...

saya sendiri malas nak fikir...biarlah yg terbaik dilantik....:)

Farah Waheda Wahid said...

kita tunggu dan lihat siapa bakal MB Selangor...

norhidana miswan said...

mungkin pkr kot kak, sbb dap kt penang, pas kt kelantan, pkr boleh kt selangor...

wantie said...

kat penang ni sama je. BNpegang ke PR pegang ke. dua dua pun menteri CINA...huhuhuhu...


Nazayiena Ayiena said...

Tunggu dan lihat siapa MB tu nanti.

Kesuma Angsana said...

kita tunggu dan lihat ajelah !

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kesian pd mantan MB Johor tu mcm terpaksa jer bertanding Di Gelang Patah tu...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sesiapa pun yg jd MB Selangor... mentadbirlah dgn tggjwb Dan amanah sbgi pemimpin ;-)

lieyalatif said...

Moga siape yg dipilih dpt menjlnkan tugas dgn baik...masih hot lagi kisah pru13 ni....lat wall fb pun masih hangat lagi ....lieya plak dah due kali mengundi....hope lg 5 tahun dpt peluang tu lg....in sha Allah...

Ummu Muhammad said...

MB KHALID GOGOGO!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012