Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Peplum For Kids

Baju peplum begitu hot sekarang ni di FB, rata-rata banyak page yang menawarkan baju peplum sama ada untuk dewasa mahupun kanak-kanak.

peplum panas dari oven pos laju

sukanya dia dapat...

kakak iman saiz 6-7

adik yaya saiz 3-4 walaupun umur baru 21/2 tahun...

Dah lama mama cari peplum for kids ni. Mama kurang berminat dengan peplum yang ditempah online kerana saiznya belum tentu fit dengan badan anak-anak. Malah, harganya pun jauh lebih mahal, ada yang mencecah RM70-100. Kalau nak beli baju kurung, mama lebih suka pergi ALAminKids kerana potongan baju kurungnya memang fit kat badan anak, tak ada le jatuh bahunya atau nampak 'menggelebeh' je apabila dipakai. Peplum pula, mama beli di My Ainnur Collections. Peplum merah macam yang kakak Iman pakai tu saiznya 6-7 yr dan adik yaya 3-4 yr. Harganya cuma RM45 sepasang dan belanja pos RM7 untuk kedua-dua pasang. Jumlahnya RM 97 dan hasilnya memang puas hati sangat-sangat le, sebab memang nampak cantik dan terletak je kat badan. Banyak juga yang jual peplum yang sama di FB tapi yang mama hairan, harganya berbeza-beza pulak! Ada yang jual RM55 sepasang! Nasib baik mama terjumpa MyAinnur ni, jadi mama jimat RM 20 la. Tapi yang tak seronoknya, My Ainnur ni tak jual di luar, hanya jual secara online. Masa mama tunjukkan peplum ni pada kawan-kawan, terus ada yang call nombor MyAinnur, namun malangnya dia tak jual di rumah. Pada mama, untuk menarik lebih ramai pelanggan, pihak yang menjual secara online juga perlu meluaskan perniagaan di luar, kerana tidak semua orang percaya untuk membeli secara online. Almaklum, kita biasanya suka mencuba dulu sebelum membeli, mana lah tahu jika dah beli tapi tak berpuas hati, bukan mudah nak memulangkannya jika membeli secara online, kan? Contohilah cara kainohkain ni, selain menjual di FB, dia juga menjual kain dan baju di rumahnya di Shah Alam...  Strategi tu... Sampai bila kita nak malu-malu apabila berniaga, kan...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sudah baca sila komen

10 comments:

Khai♥Rin : anies said...

alamak! knape pic tu gelap? or PC sy ada prob?

Mama Adam said...

Gelap! Tapi dr bayang2 pun nampak cantik baju tu. Mmg bergaya budak2.. buat raya pun cantik!

ummiross said...

Salam kenal..

Alolo..dua2 comel sangat dengan peplum tu.

norhidana miswan said...

cantiknyer... sesuai utk dua anak dara tuh...

lia said...

mmg lawa sgt anak2 dara tu ber peplum...

sy setuju bebenor, online & kalau ada nak tgk kat umah, bole la sbb kalau baju anak kecik ni, x berani sgt nk beli online, tkot x muat jer

Ummi Iman said...

Puashati jika padan. Mmg kena survey sblm beli, kalau tahu ada yg lebih murah rasa rugi juga.

boni kacak said...

wah...budak-budak pun dah ada peplum dah..hehehe

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

wisata outbound said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Kesuma Angsana said...

cantik2 lah !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012