Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

Rahsia Artis KPop Diminati Ramai..

Cikgu Iza | May 30, 2013 | 5 Komen |

Rahsianya.. tentu sahaja pada ketampanan wajahnya, kalau tidak masakan banyak remaja Malaysia tergila-gilakan artis kpop ni walhal senikata lagunya sepatah haram kita x faham.Tapi pada mama, mungkin rahsianya terletak pada kekuatan strategi industri seni negara tersebut juga. Terutama dari segi strategi pemasaran dan promosi artis-artis mereka. Berbanding di Malaysia, artisnya sibuk dengan masalah peribadi yang merimaskan, misalnya kisah Saiful Apek yang berbakat tetapi 'tewas' dengan dadah. Kisah artis yang sibuk naik turun mahkamah menguruskan hal rumah tangga juga merimaskan peminat. Semua masalah peribadi ni tentu sahaja membantutkan usaha mereka untuk 'mempromosikan' diri, malah penerbit pun muak dengan karenah mereka. Di Malaysia pun orang semakin 'melupakan' inikan pula nak dikenali di luar negara kan? Tak perlulah Zed Zaidi 'berkokok' ke sana sini nak membela nasib artis, jika artis sendiri tidak menghargai bakat yang mereka ada. Pendek kata jangan nak salahkan kelebihan artis kpop tu hensem sangat menyebabkan remaja Malaysia tergila-gilakan mereka tapi 'cermin' diri sendiri dulu. Sudah kuat ke diri ni untuk di'gilai' peminat? Atau artis Malaysia hanya kuat dengan masalah peribadi saja. Bilalah kita dapat melahirkan seniman agung seperti TS P Ramlee lagi? Peminat kini dah bijak, tidak perlu nak salahkan 'lantai yang senget' jika memang bakat kita nil sebenarnya!

Published with Blogger-droid v2.0.10

5 comments:

  1. artis k pop nih walaupun hensem sbb plastik sugery tp diaorng jaga betul2 disiplin diaorg, betul2 ikut kata manager... itu yg paling penting nyer

    artis malaysia, popular skit lupe diri huhuhui

    ReplyDelete
  2. dari segi rupa mmg hensem. selain tu lagu + drama + movie = mantop...bkn main tnagkap muat je...so artis m'sia kn belajar dr situ..just my 2 cent ;-)

    ReplyDelete
  3. mmg disiplin tu plg penting utk berjaya kalau rupa ada disiplin nan hado, jawablah sendiri kan

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com