Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Harga Asus Memo Pad ME172V vs Acer Iconia Tab B1

Hari-hari marah, hari-hari hot dengan kakak Iman. Sebabnya, Note mama dijadikan game dia 24 jam dan yang paling mama hot, Ahad 23 Jun lepas dia godek-godek setting Note, guna mobile data untuk main game! Sedangkan mama dah kata, di rumah kakak Iman cuma guna unifi sebab free tapi dah perangai budak-budak suka explore....Petang tu mama dapat sms daripada mr Celcom talian sudah diblock kerana penggunaan melebihi RM314!!. Punyalah mama hot, tapi kakak Iman tu anak mama, takkan nak dicekik kot... 

Asus memo pad dan Acer Iconia

Pagi ni dia buat hal lagi kerana minta bawa Note ke taska kerana kata kakak Iman, mama dah ada Tab. Puas mama fahamkan kakak, Note untuk call sedangkan tab untuk kerja, tapi masih blurrrrr. So mama google la tab yang murah-murah tapi berjenama. Apa yang mama dapat, Asus memo pad harganya RM 499 dan Acer Iconia harganya RM399. Ok la tuh kan, banding jika beli tab China. Petang ni mungkin mama kena p Alam Central nak cari tab untuk kakak. Sebelum ni, mama pernah beli tab China tapi jangka hayatnya tak panjang dan memang lembab, almaklum budak-budak tu dah biasa guna galaxy tab dan Note yang laju, maka tab China tu lembab la pada dia orang. Budak-budak sekarang memang demand kan!!
Spesifikasinya : Asus - 7in, 1ghz mali-400 (entah apa entah), memori 1gb dan Android 4.1 jelly bean. Acer Iconia pula, 7 in juga, 1.2 ghz, 512 mb, 8gb, dan Android jelly bean 4.1. Harganya, Asus RM499 dan Acer RM399. Info daripada sini pula kata, Asus more ram tapi Acer faster cpu makna lebih lancar, Asus camera lebih baik dan support HD video. Acer pula lebih ringan dan support GPS. Pening mama, tapi apa susah kerana mama nak tab yang berkualiti (berjenama tu berkualiti la kot banding tab China) dan boleh digunakan untuk main game. Mama rasa macam nak pilih Acer Iconia, ok tak? Moga-moga ada la tab ni di Alam Central dan masalah mama selesai.....

untung anak2 zaman sekarang
kalau dulu, mama tera main ceper je
sampai emak mama kata "ko ni boleh jadi juara dunia kalau ceper dipertandingkan!'


Sudah baca sila komen

3 comments:

Khai♥Rin : anies said...

cari bateri yg tahan lama la kak... kalu main game sekejap je da nk putus nyawa, x syok jg

ieja amieja said...

assalam..budak2 sekarang mmg advance..paling x tahan demand lak tu..

Farah Waheda Wahid said...

gadget ibarat satu kemestian di zaman ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012