Offer @ Lazada

>

nuff

Juara Masterchef Selebriti 2013

Cikgu Iza | June 25, 2013 | 6 Komen |
Tentu ramai tertanya-tanya siapakah bakal dinobat sebagai Juara Masterchef Selebriti 2013, sama ada Syura atau Celina kan.. Akhirnya, ramai le Nujum Pak Belalang yang akan muncul kerana tidak sabar nak menunggu malam.

rasa-rasa Celina la kan..

Tentu ramai yang memilih Celina selepas Cik Ta terkeluar dalam peringkat semi final semalam. Kira Syura ni muncul sebagai underdog la malam ni kan kerana selama ni tentu tidak ramai yang 'memandang' Syura. Komen Chef pun lebih terarah pada Cik Ta dan Celina, tapi tup tup Syura yang ke final! Pada mama, tak kisah siapa menjadi juara, tetapi penilaian dan tugasan perlulah adil dan saksama. Sejak Final Masterchef Selebriti 1 dan 2 dulu, time Dr Ezani dan Dr Fazlie menjadi juara, mama lihat 'ada yang tak kena' dengan rancangan ni. Masa Tugasan 4 terbaik hari tu, tugasan yang disediakan oleh Dr Fazlie memang tidak adil. Menu barat sahaja yang disediakan mestilah memberi kelebihan pada Celina dan Cik Ta kerana kedua-duanya memang arif sedangkan Syura dan Kenchana terkial-kial. Tugasan tu jelas tak adil bagi mereka berdua, pendek kata, belum berjuang dah kalah! So, malam ni, mama amat-amat berharap agar tugasan yang diberikan adil seadil-adilnya. Berikan Syura dan Celina peluang untuk memasak makanan barat dan timur dan diadili oleh Chef masakan barat dan timur supaya tidak bias. Pihak Astro perlu faham, selebriti merupakan idola masyarakat, jadi inilah jalan terbaik untuk mempromosi masakan Malaysia. Mama tak faham kenapa masakan barat juga yang dipuja-puja. Jika masakan Malaysia yang dipertandingkan, ditonton oleh ribuan mata, tidak mustahil cabaran untuk mempromosi masakan dan menu Malaysia akan lebih mudah, betul tak?


antara yang menjadi tumpuan tahun ini

kisah pak Nil pun kan?

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com