Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Lawak Jerebu

Lawak sungguh pagi ni, alahai jerebu...

ala-ala macam ni le pagi tadi dek jerebu..

Pagi tadi dah la terlewat, anak-anak pulak macam tak mahu bangun-bangun. Dalam kecoh-kecoh tu, mama berjaya juga 'menyumbat' anak-anak dalam kereta dan menghantar mereka ke Taska. Dalam hati ni, dah lambat betul ni sebab tak ada langsung kelibat budak-budak sekolah! Habislah, punch kad merah la gamaknya ni. Nak masuk pintu pagar sekolah, akak Guard teriak dari jauh, cikgu terkena juga ye? Hari ni tak sekolah, jerebu! Haaaa.... Punya lah penat kecoh pagi-pagi, rupa-rupanya tak sekolah! Tambah hot lagi, bila ada mak budak ni kata "malam tadi dalam FB dah kecoh cikgu". Alamak, mak budak ada FB, cikgu? Bukan tak ada, tapi tak ada masa ye nak layan FB. Tolong sikit, cikgu wajib ada FB ye!

tolong ye, tak sempat layan FB sebab nak isi markah anak korang juga ye...

Balik rumah, salin baju, terus mama keyin markah di Saps.gov.my. Cikgu-cikgu tentu tahu kan, website ni 'demam' beberapa minggu ni. Kalau nak keyin lebih awal, kena bangun pukul 4 pagi kerana pada tengah malam 'dia' tak 'demam'. Yang peliknya, website ni 'demam' siang hari je. Disebabkan cuti jerebu hari ni, dapat juga mama keyin markah.. legaaaaa...  

ok lah, esok cuti jerebu lagi ke di selangor?


Sudah baca sila komen

9 comments:

lia said...

kelam kabut d buat nyer dek kerana jerebu kan...

Nurzakiah Hanum said...

sabar je la

Sue-Rya Qistina said...

kalau tgk keadaan jerebu skang ni, makin teruk. mungkin selangor akan diberi cuti lagi. semoga Allah makbulkan doa kita agar hujan diturunkan dgn segera...amin

Khai♥Rin : anies said...

nasib baik bleh nmpk...kalu x nmpk? heheheh

Deq's Qienz said...

boleh wat lawak lg oke la..kite kt kedah ni pon rsau je dgaq jerebu tuh..hehee

Kesuma Angsana said...

hehehe cikgu2 !

aizamia3 said...

hehehe.. bukan sengaja kan cikgu.. tu pasal nak key in markah.. belum bab HRMIS lagi.. ;)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Hehehe cikgu pun terkena ye ;)

smbotak said...

aha, malam ni kena peka. awasi bila perkataan `cuti' akan keluar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012