Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 1-13

Sebenarnya Saya Isteri Dia... Fuuuiiihhh...

curi dari Youtube je

Mama baru saja 'terminat' dengan drama SSID ni. Sebelum ni, 'iman' mama kuat, tak mahu 'terjebak' dengan segala mak datuk cerita di tv. Almaklum, anak-anak semakin membesar, kalau mama sibuk menonton tv, bila nak 'tengok' anak-anak. Siang anak-anak di taska, malam? Sampaikan Yaya tang baru 21/2 tahun tu pun asyik-asyik nak pegi rumah kakak Mimi, pengasuh Taska. Ada dia nak dengan mama dia? Haram tak ada, sedih tau sebab anak-anak nampaknya lebih rapat dengan pengasuh berbanding ibu sendiri!
Dua minggu lepas, 'iman' mama tak kuat betul sebab ter'tengok' SSID ni, tapi dah episod ke-10!. Minggu ni pun mama tengok lagi episod 11. Tapi hati ni meronta-ronta nak tengok sejak awal, jadi mama pun google laa SSID ni. Jom kita tengok SSID episod 1-13 di sini. Kalau tengok di Youtube pun ok juga, tapi ada yang cuma seminit dua, tak syok la. Nak tengok yang penuh, siap boleh asyik masyuk lagi, tengok je di sini ye. Tapi kalau tak ada Unifi di rumah, batalkan je niat tu. Duduk je kat depan tv setiap Jumaat pukul 9 malam kerana almaklum, jika line internet slow, maka cerita pun terhenti-henti. Nak tengok SSID tanpa gangguan, langgan je Unifi, ya.


Sebenarnya SSID ni popular kerana apa ye?
1. jalan ceritanya
2.Raja Ahmad Alaudin yang bijak mengarah
3.Fenomena drama adaptasi daripada novel
5.Gila bayang dengan Syaf dan Firash??

** hot dengan lhdn : potongan pcb mama bulan ni rm 572.50!
di mana nak mengadu ni?


Sudah baca sila komen

3 comments:

eLL said...

SSID ni digemari sbb rakyat malaysia terutama perempuan suka isu/cerita kahwin kontrak, mcm cite ombak rindu, adam hawa. jd trend. sy sempat tonton 1 episod je

norhidana miswan said...

heheheh sama lah kak, mule2 dana tak tgk gak, lama2 eh... best lah pulak... tp novel nyer dana lum dpt lg

Kesuma Angsana said...

angah je yg minat sungguh citer ni !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012