Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 12 : Syaf Mengandung?

SSID hanya tinggal 1 episod sahaja iaitu episod ke-13 pada Jumaat malam, 5 Julai 2013. Rasa tak sabar nak tunggu saat tu kerana nak tahu kesudahan kisah cinta tapi malu Syaf-Firash

SSDI

Episod 12 dan semua episod 1-11 SSDI boleh ditonton di sini. Alhamdulillah, mama dah berjaya Qada' menonton semua episod tu di sini. Malam tadi ditayangkan episod ke-12 SSDI. Rasanya macam sekejap saja drama ditayangkan, yang lebih-lebih tayangan iklan pulak sebenarnya. Itulah 'kehebatan' saluran tv di Malaysia, amat 'bermurah hati' menayangkan iklan, seolah-olah hanya mahu mengejar keuntungan sahaja. Bukan sahaja TV3, malah TV berbayar seperti Astro pun sekarang seperti dah mengutamakan iklan berbanding kepuasan penonton. 
Episod ke-12, tidak banyak menayangkan aksi pasangan Syaf-Firash yang sebenarnya sudah mula mencintai  pasangan mereka, namun ego yang menebal menyebabkan masing-masing tidak mahu mengaku. Akibatnya, Syaf 'melarikan' diri daripada Firash. Waktu inilah Firash menyedari perlunya Syaf di sisi tetapi sudah terlambat. Syaf pula seakan-akan mahu menjauhkan diri dengan berhenti kerja dan menggunakan nombor telefon baru. Namun, yang tak syoknya, Syaf rapat dengan Raimi. Sepatutnya, sebagai isteri yang 'baik', kan dalam cerita ni Syaf bertudung dan bersembahyang, tak kan dia tak tau hukum dia meninggalkan suami dan 'melayan' pula lelaki lain. Tapi, seperti drama Melayu yang lain, mesti berakhir dengan happy ending. Misalnya, dalam episod ke-12 ni menunjukkan ibu dan ayah Firash berbaik semula. Cuma Firash dan Syaf yang belum berbaik semula, tapi bibit-bibit happy ending tu dah ada terutama bila cerita berakhir dengan persoalan dalam kepala ibu Firash... adakah anaknya yang selama ini tidak suka akan tempoyak patin, tiba-tiba saja berselera menandakan yang Syaf mengandung? Firasat ibu biasanya kan betul.... Syoknya, dalam tak suka dan tak mahu tu, 'berjaya' juga Firash 'memujuk' Syaf....... he he he...

Sudah baca sila komen

6 comments:

Maria Firdz said...

Terlepas tgk episod kali ni..tapi rasa tak kn tgk sbb tkut sakit hati...

Khai♥Rin : anies said...

Xlyn cite ni tp tau ianya tgh hot skrg :-)

Haryati Faizal said...

syaf pregnant la tu... kan ke bj dia pun dah makin sempit, cuma dia je yg tak tau.... tak sbr nak tgk ending dia...

Mama Adam said...

Mybe... padan muka aida n raniya

LYAfrina said...

lya x pnh tgk pon drama ni.. nnti nk tgk online je la..

Ira said...

layan jgk citer ni. x sabar nk tgk last episod

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012