Pages

@aimaniman |

Guru 69 vs Guru 09

69, guru dipandang tinggi, ibu bapa hormat akan guru tapi selepas tahun 09, guru hilang wibawa, ibu bapa lebih percaya akan anak-anak, ibu bapa sanggup menyalahkan guru... Siapa guru 69, boleh buktikan gambar diatas? Mama guru 09, memang betul perkara di atas berlaku. Anak tak siap kerja, anak tak fokus belajar, anak malas dll, bila periksa gagal, ibu bapa menyerang cikgu dek anaknya gagal! Patutlah anak-anak zaman sekarang naik lemak, setuju?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tentera Maut Dipanah Petir Tak Sama Murid Mati...

Semalam kita terbaca kisah anggota tentera maut dipanah petir ketika memasang khemah sewaktu hujan lebat yang hanya diketahui oleh rakan sepasukan pada waktu berbuka. Kejadian tersebut diangap sebagai kecelakaan dan keluarga redha atas pemergian ahli keluarga. Ada tak terdengar pot pet pot pet.. ahli keluarga bakal menyaman pegawai tentera terbabit ataupun kementerian pertahanan atas kematian tentera tersebut? Berbeza pula jika yang mati tu budak sekolah, waima atas apa-apa sebab sekalipun! Minggu lepas, sewaktu Selangor heboh dengan kes murid makan di bilik persalinan, ada satu kes kematian murid berlaku disebabkan terhempap tiang gol. Murid Cina tu tiba-tiba saja keluar bersendirian ke padang sewaktu murid Melayu lain di kelas kerana pada waktu Ramadhan tiada PJK di padang, lalu dia bergayut pada palang tiang gol tetapi tidak semena-mena tiang gol terbalik menghempapnya. Kematian murid tersebut diletakkan 100% pada bahu guru yang mengajar, pengetua, ppd, jpns dan kementerian atas alasan cuai. Tak sama ke kisah dengan tentera tadi, yang matinya seorang sedangkan beratus-ratus tentera lain yang tidak memasang khemah ketika hujan terselamat, begitu juga murid tu, yang matinya seorang sedangkan beribu-ribu lagi murid lain akur dengan arahan guru agar berada di dalam kelas. Manalah kita tahu, mungkin budak itu sudah sampai 'seru' dan tiang gol menjadi penyebab dia mati? Itulah bezanya tugas guru, kematian yang tidak disangka-sangka berlaku sewaktu di sekolah terus dilabel sebagai kecuaian guru, sedangkan faktor lain langsung tidak diambil kira. Sudah tiba waktunya guru 'dilindungi' dengan terma-terma tertentu agar pihak ibu bapa tidak sewenang-wenangnya menuding jari ke arah guru. Terma murid sentiasa 'betul' ketika di sekolah perlu diubah bergantung pada situasi bagi melindungi hak guru. Bayangkan, ibu bapa pun kadang-kadang terlepas pandang anak-anak yang tak sampai sedozen, sedangkan guru perlu menjaga, memantau dan memastikan kebajikan 40 murid pada satu-satu masa! Lebam dicubit pun kena saman, inikan pula ada yang meninggal! Kadang-kadang perlu juga pak menteri yang pernah duduk di kerusi panas guru sebelum duduk di kerusi empuk menteri, macam yb kalamanathan tuuu..

*** Siapa sokong tugas guru lebih berat daripada profesyen lain dari segi tanggungjawab aarrr...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Dayana Wan Sakinah Berbaik-baik? Hebat Asyraf!

Terbaca di akhbar online 2-3 hari lepas mengisahkan akhirnya Asyraff membuka mulut juga akhirnya setelah 2 minggu kisah kawin larinya hot di pasaran. Mama terbaca dia menafikan istilah kawin lari, kerana ibu bapa dan ibu bapa mertua keduanya ada sewaktu pernikahan di Thailand. Tapi yang mama tak boleh tahan, kisah Dayana sudah berbaik dengan Wan Sakinah dan pada masa Asyraff ditemubual, mereka sedang 'dating' dan keluar bersama! Wow, mudah lembutnya hati Dayana kan. Mama bukan nak mengapi-apikan, tapi semudah itu ke hati yang luluh dipulih semula? Itulah pada mama kehebatan yang ada pada Asyraff, bukan setakat wajahnya yang mampu mencairkan hati wanita dan imej Islamiknya yang meruntun hati para gadis! Alasannya berpoligami juga begitu mudah, seperti skrip drama yang disusun indah, bukan kerana zuriat tetapi takut terrrr,, maka lebih baik kawin. Maka 'naik' mencanak-canak saham Asyraff yang selama ini merudum, keikhlasanya berkahwin demi menyelamatkan nafsunya yang membuak-buak takut tak terkawal. Oh, lelaki, kau memang bijak memanipulasi 1 nafsumu yang kuat itu... Mama juga terbaca yang Asyraff tak mengizinkan madu Dayana berlakon, tetapi untuk mengacara akan difikirkan. Wanita zaman sekarang, tambah-tambah yang berkerjaya dan lincah seperti Sakinah mampu ke berdiam diri dan akur? Entahlee, di situ terletaknya kebijaksanaan Asyraff mengatur langkah, jangan nanti sebab tak mahu 'ikut kata' membuatkan Sakinah turut dimadu? Biasanya, kalau kita buat orang, nanti orang akan buat kita balik...Entahlee. Pada Dayana, mama harap tetap kuat, tabah dan tunjukkan kita ni golongan wanita yang profesional, tidak mudah goyah dek hanya 'kehebatan' sang suami bermain kata-kata mempositifkan ketidakbetulannya. Kita ada kerjaya, in sha allah kita mampu berdiri sendiri. Tunjukkan pada madu kamu bahawa Dayana jauh lebih hebat dan tindakan Asyraff menduakan Dayana satu kesilapan besar.

***Rasanya, ramai ke yang sanggup menerima dan berbaik dengan produk poligami suami? Fikir-fikirkan lee...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bonus Raya : Sebulan Gaji

Tahniah untuk kakitangan awam ..opps negeri Selangor saja ye. Untuk kakitangan awam pusat, tunggu dan berdoa la semoga teka-teki kerajan terjawab dengan berita gembira. Setakat 24 Julai, kerajaan masih jata binus raya dalam pertimbangan dan bayang-bayang tiada bonus raya makin kuat apabila mereka kata kerajaan sudah beri kenaikan 1 tangga gaji pada bulan ini. Jadi kakitangan awam pusat bersyukur je le dengan bonus rm95 - rm 270 ikut gred gaji. Kalau anak ada 3, campur mama 4 orang, ada ke baju raya cantik yang harganya 50 dan belanja kuih plus ayam cukup 60 hengget? Tak pa le, tahun ni raya ala kadar je le, mungkin tiada bonus raya, almaklum nak bagi bonus kat orang felda, orang felcra yangnlebih memerlukan.. Lagipun, swasta tak dapat bonus raya, kerajaan kan adil... Bersyukurlah kita. Tapi untungkan jadi kakitangan negeri Selangor, penduduk Selangor tak dapat juga ke?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Malaysia Menang lawan Chelsea!

Pada mama, Malaysia tetap menang apabila bertarung dengan Chelsea malam tadi.

Chelsea vs Malaysia

"Untuk tiga aksi menentang skuad Blues sebelum ini, 
keputusan terbaik yang dilakar Pilihan Malaysia apabila kalah tipis 0-1 pada tahun 2011, 
selepas kecundang 0-2 pada 2008 dan 4-1(2003)"  sumber

Pada mama, keputusan malam tadi merupakan kemenangan bagi Malaysia. Almaklum, pasukan pilihan Malaysia dengan The Blues ibarat langit dengan bumi. Tambah-tambah, The Blues juga mengalahkan Thailand dengan skor 1-0. Thailand yang rankingnya lebih baik daripada Malaysia pun gagal merobek gawang Chelsea, tapi Malaysia mampu! So, betullah mama kata, sebenarnya Malaysia menang dari segi moral malam tadi apabila berjaya merobek gawang The Blues. Setidak-tidaknya, Fadhli Sas berjaya 'menyuruh' goal keeper Chelsea pungut bola dalam jaring! Tahniah Malaysia!

Kenapa tiada live game malam tadi?

Kematian Nawal Iris : Kemuliaan Tugas Guru

Takziah mama ucapkan pada keluarga Cikgu Nor Zatusy Hazwa Abd Rahim. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Kehilangan adik Nawal pasti dirasa...
Kasihan siibu.. Takziah dan semoga tabah...

Kematian adik Nawal diklasifikasikan sebagai terdapat unsur kecuaian dan menurut pakar, kematiannya disebabkan oleh kehilangan air yang banyak dalam badan akibat suhu panas terkunci dalam kereta selama 5 jam dan kemungkinan adik Nawal menangis dengan kuat sebelum kematiannya, 2-3 jam setelah ditinggalkan di dalam kereta - intipati daripada sumber BH. 

Memang benar, kematiannya ada unsur kecuaian dan memang benar baby tu 'tersiksa' sebelum kematiannya, namun para pengarang akhbar seolah-olah tidak sensitif dengan kepiluan dan kesedihan yang dialami oleh ibu mangsa. Ibu mana yang tak sayangkan anaknya? Mama pasti cikgu Nor Zatusy tidak sengaja dan tiada niat langsung untuk 'menyiksa' anaknya. Sebenarnya, jika dilihat dari sudut lain, terutama dalam profesyen keguruan, Cikgu Nor Zatusy merupakan guru yang komited terhadap tugas. Oleh sebab tugas, walaupun dalam kes ini dia terlambat hadir dan tergesa-gesa, namun dalam mindanya hanya untuk tugas, dan selain bermesyuarat, dia juga mengajar di kelas sehinggakan terlupa akan anaknya. Jika pekerja yang suka 'tuang kerja', apa hal la dengan mesyuarat.. apa hal dengan pdp, anak aku lebih penting, ambil MC saja atau uruskan anak dan lambat ke sekolah!. Namun demi anak bangsa, demi tugasnya yang mulia, cikgu ini tetap ke sekolah sehinggakan terlupa akan zuriatnya sendiri!. Kes guru terlupa atau tertinggal anak di dalam kereta bukan sekali kita dengar. Sebelum ini, ada juga kes guru 'terlupa' anaknya lalu meninggalkan anak di dalam kereta hanya kerana kedatangan nazir!. Sebenarnya, salah siapa dalam hal sebegini? Jika kita nak tuding jari terhadap siibu memang tidak adil sama sekali. Semua perkara ini rentetan daripada kealpaan pihak tertentu 'menjaga' kebajikan para guru. Guru dianggap profesyen paling 'mudah' kerana masuk kerja pukul 7.30 dan balik pukul 2. Petang boleh bersama-sama anak. Keadaan ini mungkin sesuai untuk takrifan guru zaman 70-an dan 80-an. Guru sekarang... guru juga ibu, guru juga kerani, guru juga doktor, guru juga polis, guru juga peguam,.. pendek kata guru serba boleh sehinggakan anak-anak guru sendiri terabai. Jika ada pusat jagaan kanak-kanak di setiap sekolah, pasti kejadian sebegini tidak akan berlaku!. Malah, jika kita baca, adik Nawal meninggal akibat kehilangan air dalam badan kerana suhu panas akibat kereta ibunya diletakkan di kawasan panas dan tidak berbumbung. Mama rasa, kalau di jabatan lain, siswazah DG41 atau DG44 mempunyai tempat letak kereta khas bernombor. Tapi guru? Kereta mereka diparking nun di tengah panas dan kadang-kadang menjadi bahan 'torehan' anak murid. Hal ini menunjukkan satu lagi kepincangan dalam sistem pelajaran kita. Kebajikan guru sentiasa terpinggir, sudahlah keringat dan tenaga guru ditagih namun kebajikan mereka dipandang sepi. Berapa banyak ibu yang juga guru terpaksa menghantar anak di pusat asuhan yang jauh, sebelum ke sekolah sepanjang hari dan meredah kesesakan lagi untuk mengambil anak setelah tamat bekerja yang biasanya hari sudah menjelang malam! Berapa banyak guru siswazah yang mendapat 'keistimewaan' seperti siswazah dalam sektor lain, duduk di bilik berhawa dingin, kerusi meja tidak perlu berebut dan tempat parking khas? Itulah guru... Kami dianaktirikan atas alasan guru 'ramai'!

Sorry, mama emosional
kerana.. mama juga guru dan mama juga ibu
Kematian adik Nawal sepatutnya 'membuka' mata banyak pihak


Published with Blogger-droid v2.0.10

Hot : Kisah Ashraf Muslim vs Dayana vs Wan Sakinah

"Sucinya aku, kau miliki di Makkah,
Hebatnya dia, kau sembunyikan di Thailand"....

Indahnya....
Cantik ke?
Kontroversi kisah Puisi Dayana...
Dayana nafikan nukilannya..

Pada mama, jika puisi tu nukilan Dayana pun tak apa. Sebenarnya, nukilan tu tak memburukkan sesiapa, cuma luahan hati seorang isteri yang sedih atas tindakan sang suami. Dayana tak memburuk-burukkan sesiapa, dia cuma insan kerdil yang berhak untuk bersedih dan terkilan dengan keterlaluan sang suami. Luahan hati bapa Dayana, Haji Lokman dalam Harian Metro semalam pun amat menyentuh perasaan mama. Intipati luahan hati sang ayah, "Alasan Ashraf untuk berkahwin lagi kerana tiada zuriat, tidak boleh diterima kerana mereka baru berkahwin 2 tahun. Dayana baru sahaja menamatkan pengajian.." Biasa kan kita dengar, orang yang berkahwin menangguhkan untuk mengandung semasa masih dalam pengajian dan mungkin Dayana dah berbincang dengan Ashraf tentang ini. Lagipun, mereka baru berkahwin dua tahun, bukan jangka masa lama,sedangkan ada pasangan yang belum dikurniakan zuriat walaupun usia perkahwinan sudah menjangkau puluhan tahun, namun mereka masih setia. Mama ada juga terbaca, Ashraf memang sudah memperkenalkan Wan Sakinah ni ketika dia dan Dayana masih lagi bertunang. So, kalau ada orang ketiga, mengapa teruskan saja ikatan dengan Dayana. Pada mama, walau apa-apa pun alasan, sikap Ashraf memang tidak boleh diterima. Cuma, tabik mama pada Dayana kerana masih mampu cool, berpakaian sedondon dan berpegangan tangan apabila keluar dari Mahkamah Syariah. 

Hot : Pelancaran Sambutan Kemerdekaan 2013 Sekolah

Merdeka Raya lagi tahun ini..

Perarakan Jalur Gemilang
Deklamasi Sajak Patriotik
Pelancaran Roket Air
Roket Air pembawa Jalur Gemilang

Laporannya ala-ala macam ni le, copy n paste je dari majalah sekolah..

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-54 peringkat SMK BBSS telah berlangsung pada Rabu, 17 Julai 2013. Majlis tersebut telah dimulakan pada jam 7.30 pagi sehingga 8.10 pagi di Dataran Perhimpunan.  Majlis pelancaran dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti oleh perbarisan masuk para pembawa Jalur Gemilang yang dianggotai oleh Pasukan Kadet Pertahanan Awam yang dipimpin oleh Puan Zubaidah bt Halim. Pelancaran Bulan Kemerdekaan SMK BBSS 2013 disempurnakan oleh Pengetua SMKBBSS, Puan Hajah Rohayah bt Hashim. Dalam ucapannya beliau berharap agar nikmat kemerdekaan yang diperoleh disyukuri dengan sungguh-sungguh dan salah satu tanda kesyukuran atas nikmat tersebut adalah dengan belajar bersungguh-sungguh demi kelangsungan kegemilangan negara Malaysia. Sebagai gimik majlis pelancaran, pasukan roket air sekolah dipimpin oleh Encik Hasri telah melancarkan roket air beserta Jalur Gemilang ke udara. Seterusnya, diadakan deklamasi sajak Kemerdekaan oleh Saudari Sabhatin dan Saudara Hanafi dari kelas 4 A di bawah pimpinan Encik Mutthiah. Suasana hening seketika apabila para hadirin turut bersama-sama menghayati sajak yang dideklamasikan dengan penuh semangat. Pada akhir perhimpunan tersebut, seluruh warga SMK BBSS bersama-sama menyanyikan lagu 'Jalur Gemilang' dengan penuh semangat. Lensa Inersia sekali lagi telah merakamkan detik manis sepanjang program berlangsung.
 

Bonus puasa?

Celik mata bila dengar dapat bonus. Dah heboh kata bonus 1/2bulan gaji atau minimum 1k untuk kakitangan awam yg bakal diberi pada 9 Ogos ni. Betulke? Kawan2 mama kata dah diumumkan di tv tapi mama x dengar la pulak. Harap2 ada la kerana sudah jadi budaya la pulak kakitangan awam akan dapat bonus raya,... ye! Cuma mama dapat bonus puasa la. Jadi, mama nak nasihatkan kawan2 agar isi e filing dan hantar. Tak kisahle kalau dah tamat tempoh, kerana dendanya cuma sedikit berbanding pulangan bayaran balik lebihan bayar! Tuuu..rm2612 ooi, berkat hantar e filing. Kawan2 dah hantar? Hantar tau jangan tak hantar kerana berbaloi2. Almaklum, lhdn ni biasanya mmg terpotong banyak dalam pcb. Misalnya, potongan pcb mama rm287 setiap bulan dan bila masuk tunggakan kenaikan gaji bulan lepas, potongan pcb mama ialah 587! Bayangkan banyaknya lebihan potongan, sedangkan potongan pcb mama hanyalah rm60+ saja sebulan! Tak tahu siapa yg silap, bila p lhdn dia kata kerani kewangan tak update, bila p kerani dia kata lhdn yg tentukan... entahlee labu. Tp yg pasti untuk 2013, mama akan isi e filing lagi,,.,, ...  Siapa menghadapi masalah sama?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jom Ubah!

Kesian mama tengok. Jom ubah mentaliti, ubah sikap, ubah persepsi terhadap pengangkutan awam. Bila lagi nak ubah? Memang betul, cuma orang yang kena yg tahu rasanya, walaupun mama x rasa 'nikmat' traffic jam, tapi mama rasa x ada ruginya kalau kita ubah. Bila lagi nak ubah? Jom ubah!

Published with Blogger-droid v2.0.10

DIY : SAMPUL DUIT RAYA CUN

Hot di pasaran... sesiapa yang mahu sampul duit raya lain daripada kebiasaan bolehlah diy sampul duit raya sendiri. Serius cantik dan mudah nak buat... Jom la kita ringan-ringankan tangan untuk buat..

mula-mula p drbprinting.com.my dan di sini

pas tu klik untuk besarkan..

pastu paste kat word dan touch up la sana sini ..

Sebenarnya, website tu menyediakan perkhidmatan membuat sampul duit raya dengan harga yang cukup menarik. Tapi untuk sesiapa seperti mama, yang duitnya agak-agak kurang, bolehlah buat sendiri macam yang mama buat. Tak susah, tapi remeh la sikit sebab ibu-ibu ni banyak lagi kerja lain, nak masak, nak membasuh, nak menggosok, dan banyak lagi, tapi kalau rajin tu, bolehlah mencuba untuk diy sampul duit raya. Biarlah raya tahun ni unik daripada tahun-tahun yang lain apabila kita menyerahkan sampul duit raya yang ada gambar famili kita sendiri.

Puasa Ganti Jerebu

Tajuk bukan main gah... Baru puasa 4 hari sudah puasa ganti??

 puasa pun ada ladap...

serba biru..

Geram betul kerana IPU di Pelabuhan Klang kurang 3 saja lagi untuk diisytihar darurat!. Hal ini bermakna, cuti jerebu hari tu selama 3 hari perlu diganti! Tambah menyedihkan dan mebengangkan ialah setiap Sabtu puasa akan ada sekolah ganti! Berbeza dengan sekolah-sekolah di Johor, cuti jerebu tidak perlu diganti kerana dianggap sebagai cuti bencana. Bukan kami menolak untuk mengadakan sekolah ganti pada Sabtu tetapi sebenarnya sekolah ganti pada Sabtu, tambah-tambah pada bulan Ramadhan ni langsung tidak praktikal. Guru-guru ibarat syok sendiri, guru hanya menghadap kerusi dan meja kosong saja sedangkan murid-murid enak dibuai mimpi. Pada mereka, hari Sabtu merupakan hari untuk bercuti, tambahan pula ibu bapa mereka turut bercuti! Takkan pula ayah dan ibu pergi mebeli-belah keperluan raya, anak-anak nak ke sekolah? Lu pikir la sendiri...

betul ke ada pergaduhan kaum di Klang Utama
seram juga bila dengar daripada kawan, tapi dalam Buletin Utama ada ke?

Waktu Imsak dan Berbuka Klang : Layan Makan

Hari pertama berpuasa tahun ini ok juga kerana sekolah mama dibenarkan balik awal sepanjang bulan puasa ni. Seingat mama, inilah tahun kedua kami dibenarkan balik awal, iaitu pukul 12.50. Sebelum ini, pengetua dulu-dulu tidak benarkan waktu persekolahan dikurangkan atas alasan sekolah 1 sesi. Tambah manis, tahun ini cikgu-cikgu pun dibenarkan balik pukul 1.... tqvm pengetua...

google jumpa ni, buat rujukan mama kat Klang...

Pada mama, setiap boss kena prihatin dengan kebajikan anak buahnya. Sekolah rendah di kawasan sini merupakan sekolah 2 sesi, bermakna mereka akan balik pada pukul 1250 sepanjang bulan Ramadhan. Murid sekolah kebiasaannya akan menaiki bas yang sama, jadi tidak praktikal kalau murid sekolah rendah yang balik pukul 1250 terpaksa menunggu murid sekolah menengah yang balik pukul 230 petang. Nasib baik, setelah dimaklumkan, boss faham....  Lagipun, tahap tumpuan murid termasuk guru-guru terhadap pelajaran bukan makin meninggi waktu tengah hari ni, apalah salahnya jika kami dibenarkan balik awal.... Jadi, buat makluman semua, mama boleh balik pukul 1250 sepanjang Ramadhan,... harap jangan ada yang jealous...

perlu ke sekolah sampai ke petang pada Ramadhan?

 Keluarga besar kami 2003 - 2013
 10 tahun sudah usia kami... happy sedekad sekolahku...
Pengetua dulu pun dah jadi Pengarah Selangor...
Anak-anakku yang serba boleh...

Software Power Letupkan Jualan : Dr FB

Iklan? Jomlah kita mencuba, kalau tak cuba mana nak tahu kan... Selain tu, entri ni khas untuk mengurangkan tekanan selepas segala masalah yang bersarang dapat diselesaikan..



dapatkan maklumat Dr FB 

Harap-harap Software Dr FB ni mampu meletupkan jualan pada usahawan di FB. Mama hanya pembeli, bukan penjual, tapi apa salahnya kalau mencuba kan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012