Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Kematian Nawal Iris : Kemuliaan Tugas Guru

Takziah mama ucapkan pada keluarga Cikgu Nor Zatusy Hazwa Abd Rahim. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Kehilangan adik Nawal pasti dirasa...
Kasihan siibu.. Takziah dan semoga tabah...

Kematian adik Nawal diklasifikasikan sebagai terdapat unsur kecuaian dan menurut pakar, kematiannya disebabkan oleh kehilangan air yang banyak dalam badan akibat suhu panas terkunci dalam kereta selama 5 jam dan kemungkinan adik Nawal menangis dengan kuat sebelum kematiannya, 2-3 jam setelah ditinggalkan di dalam kereta - intipati daripada sumber BH. 

Memang benar, kematiannya ada unsur kecuaian dan memang benar baby tu 'tersiksa' sebelum kematiannya, namun para pengarang akhbar seolah-olah tidak sensitif dengan kepiluan dan kesedihan yang dialami oleh ibu mangsa. Ibu mana yang tak sayangkan anaknya? Mama pasti cikgu Nor Zatusy tidak sengaja dan tiada niat langsung untuk 'menyiksa' anaknya. Sebenarnya, jika dilihat dari sudut lain, terutama dalam profesyen keguruan, Cikgu Nor Zatusy merupakan guru yang komited terhadap tugas. Oleh sebab tugas, walaupun dalam kes ini dia terlambat hadir dan tergesa-gesa, namun dalam mindanya hanya untuk tugas, dan selain bermesyuarat, dia juga mengajar di kelas sehinggakan terlupa akan anaknya. Jika pekerja yang suka 'tuang kerja', apa hal la dengan mesyuarat.. apa hal dengan pdp, anak aku lebih penting, ambil MC saja atau uruskan anak dan lambat ke sekolah!. Namun demi anak bangsa, demi tugasnya yang mulia, cikgu ini tetap ke sekolah sehinggakan terlupa akan zuriatnya sendiri!. Kes guru terlupa atau tertinggal anak di dalam kereta bukan sekali kita dengar. Sebelum ini, ada juga kes guru 'terlupa' anaknya lalu meninggalkan anak di dalam kereta hanya kerana kedatangan nazir!. Sebenarnya, salah siapa dalam hal sebegini? Jika kita nak tuding jari terhadap siibu memang tidak adil sama sekali. Semua perkara ini rentetan daripada kealpaan pihak tertentu 'menjaga' kebajikan para guru. Guru dianggap profesyen paling 'mudah' kerana masuk kerja pukul 7.30 dan balik pukul 2. Petang boleh bersama-sama anak. Keadaan ini mungkin sesuai untuk takrifan guru zaman 70-an dan 80-an. Guru sekarang... guru juga ibu, guru juga kerani, guru juga doktor, guru juga polis, guru juga peguam,.. pendek kata guru serba boleh sehinggakan anak-anak guru sendiri terabai. Jika ada pusat jagaan kanak-kanak di setiap sekolah, pasti kejadian sebegini tidak akan berlaku!. Malah, jika kita baca, adik Nawal meninggal akibat kehilangan air dalam badan kerana suhu panas akibat kereta ibunya diletakkan di kawasan panas dan tidak berbumbung. Mama rasa, kalau di jabatan lain, siswazah DG41 atau DG44 mempunyai tempat letak kereta khas bernombor. Tapi guru? Kereta mereka diparking nun di tengah panas dan kadang-kadang menjadi bahan 'torehan' anak murid. Hal ini menunjukkan satu lagi kepincangan dalam sistem pelajaran kita. Kebajikan guru sentiasa terpinggir, sudahlah keringat dan tenaga guru ditagih namun kebajikan mereka dipandang sepi. Berapa banyak ibu yang juga guru terpaksa menghantar anak di pusat asuhan yang jauh, sebelum ke sekolah sepanjang hari dan meredah kesesakan lagi untuk mengambil anak setelah tamat bekerja yang biasanya hari sudah menjelang malam! Berapa banyak guru siswazah yang mendapat 'keistimewaan' seperti siswazah dalam sektor lain, duduk di bilik berhawa dingin, kerusi meja tidak perlu berebut dan tempat parking khas? Itulah guru... Kami dianaktirikan atas alasan guru 'ramai'!

Sorry, mama emosional
kerana.. mama juga guru dan mama juga ibu
Kematian adik Nawal sepatutnya 'membuka' mata banyak pihak


Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

67 comments:

ary_lee said...

mesty dia rasa bersalah giler kottt.. ishhh.. moga dia tabah lah hendaknya. ALLAH lebih menyayangi adik Nawal.

Ummu Muhammad said...

setuju dgn mama!

orng selalu pk cikgu:
1. keje sekerat hari, gaji besa..die tak kire pulak meeting kite yg berderet
2. cuti banyak, tido je kat rumah..die tak kire org yg duk bergelumung dgn kertas perikse
3. gaji besa..keje sekerat hari, cuti bayak, gaji bbesa..tulah org marah

hakaikatnye cikgu cekgi kalau tak kuat iman banyak dah masuk hospital mental tekanan keriji..kite balik kene buat lesson note esok plak..

make, sensitiplah dgn pelbagai keadaan..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Adik akak pun guru, suami isteri, anak tertinggal dirumah akibat hdk cepat kesekolah, Alhamdulillah jiran sebelah dgr tangisan anak tu dan telefon adik akak... komitment seorg guru kan...

Takziah pd cikgu nur tu ...

:: Dhiya :: said...

Well said.

Dunia hari ini y mendesak kita hidup utk bekerja, bukan bekerja utk hidup.
Walaupun sy bukan guru, saya pernah bekerja yang apabila kita apply cuti cakap nak balik kg tgk famili, kita dipandang sinis.pernah cuti tak lulus pun padahal baki cuti melambak. Barangkali pada mereka keluarga tak penting.

:: Dhiya :: said...

Well said.Dunia hari ini y mendesak kita hidup utk bekerja, bukan bekerja utk hidup.Walaupun sy bukan guru, saya pernah bekerja yang apabila kita apply cuti cakap nak balik kg tgk famili, kita dipandang sinis.pernah cuti tak lulus pun padahal baki cuti melambak. Barangkali pada mereka keluarga tak penting. Walhal keluargalah pemangkin kita bekerja.
Semoga mama iris tabah dan kuat walau hakikatnya pedih

Khai♥Rin : anies said...

Sy bc sekerat je berita ni...pastu terfikir, mcm mn ank tu bleh ada dlm kete?dia msk dlm kereta sendiri atau ada sbb lain? Rupanya sbb lain...apa2 takziah buat keluarga cikgu ni..

Mohd Ridwan Abdul Manap said...

Ermmm... Memag ajal boleh berlaku kat mana-mana.

Anonymous said...

Satu kepelikan kat sini.xkan la lepas dia hantar adik dia kat airport xcheck seat belakang??? Xkan dia xtaw ank dia yg kecik tu ikut sekali??? Xkan la semua beg letak kat seat sebelah pemandu???logik x? Bukan menuduh tp terfikir.. Mmg ajal sudah dia sudah Allah swt tetapkan. Mmg da tertulis di loh mahfuz keadaan nya begitu. Tp hurmm kelalaian.

Aimaniman Ezaiza said...

Anonymous...
Mmg pelik, tp cuma cikgu yg tau,., kalau dpt jenis pengetua yg x da perasaan, jenis paksa2 je, x faham keadaan langsung.,. Tambah2 kalau cikgu tu pegang mcm2 jawatan, kerja x siap, pengetua tekan... hal peribadi pun tolak ke tepi.. akak cadangkan jd guru sebulan je cukup, br tau.,

eda_ej said...

sian kan.. tak usah la di bebankan lagi kerje cikgu2 ni.. semoga beliau tabah terima ape yang berlaku..

Anonymous said...

Jgn nk pelik sgt mat...mak mana xsyg anak...smpai hari ko nt tahu la. Arwah nawal iris tu anak shbt aku..

Anonymous said...

keje.. anak or keje lebih penting... betul kata mat tu, semua benda letak kat seat penumpang ke? ke dh takut sgt kt pengetua dr takutkan allah?

Anonymous said...

kena kt org org lain blh le kita ckp mcm2...nauzubillah... takziah utk keluarga nawal...bukan cikgu tu takut pengetua lbh dr Allah...keadaan tugss guru sekarang sgt menekan...terutama guru perempuan.....ada la masalah yg memberat pemikiran cikgu tu hingga ..terlupa anknya.....ank2 guru sekarang mmg terabai...terlalu menjaga ank org...ank didik...ank sendiri?

Anonymous said...

Kecuaian mmg membawa padah..cuai memandu, cuai menggendalikan brg2 eletrik, cuai dlm tugas, cuai menjaga amanah... Lalai jga akn mndatangkan masalah.. Dlm kejadian ini, Allah lebih tau hikmah disebalik ujian ini. Moga kita semua mengambil iktibar atas apa yg berlaku, bkn menuding jari...wallahualam bisawab..

rahimah othman said...

setuju sgt dgn honey mama..kebajikan guru x dijaga.. tapi keringat guru makin dikerah2... mcm2 lambakan kerja yang ditambah saban tahun...seolah2 guru hanya perlu fikir hal sekolah saja..seolah2 guru ni xde rumahtangga yang perlu dijaga..kadang2 x terkejar dgn tgjwb di sek n di rumah..tp kerana tgjwb kerja yang diutamakan..sehinggakan rumah bersepah, kain x sempat nk lipat, makan anak2 pun beli je la..x sempat nk masak.. letih... entahlah...inilah nasib guru zaman sekarang..kalau jabatan lain DG41 pun dh dilayan mcm bos2 besar..tp cikgu DG48 pun x dipandang..xde bilik aircond, xde komputer khas (beli sendiri je)..huhuhu..

takziah buat keluarga adik Nawal..dugaan yang amat besar buat si ibu...moga diberi kekuatan..ada hikmah disebalik apa yang berlaku..

Anonymous said...

Maaf, saya tak dapat terima alasan terlalu komited dengan kerja hingga terlupa akan anak sendiri. Dan juga tak dapat terima contoh orang yang utamakan keluarga adalah orang yang suka tuang/ponteng kerja. Family is family,anak adalah amanah Allah. Kerja juga amanah. Saya sanggup cuti tanpa gaji jika anak memerlukan saya. Dan yang meninggal ini sebaya plak tu dengan anak saya. Kalau diluar negara, hukuman dah dijalankan dengan berat. Untuk mendidik masyarakat lain supaya lebih alert dengan anak². Saya sangat emosi dengan kejadian ini. Semoga adik ini gembira di 'sana'. Amin.

Haryati Faizal said...

sedih gak ngan kisah ni...
takziah ye...

Aimaniman Ezaiza said...

Cuti tanpa gaji... mungkin utk org yg mampu untuk bayar gaji dulu.. dan jelas2 x komited terhadap tugas... guru ada crk tp atas budi bicara pengetua dan biasanya x dibenarkan ambil pun, sampai guru2 lebih rela ambil mc berbayar untuk jg anak sakit.,.

Jiha said...

Memang sudah sampai ajal anak ini.. Janganlah menunding jari pada sesiapa pun.. Dalam hal ini, memang nampak berat apabila ianya melibatkan kematian. Namun, kecuaian seperti ini boleh terjadi pada sesiapa pun termasuk mereka-mereka yang bukan guru..

Kes 'terlupa anak' bukan baru.. Selalu je terjadi parents terlupa jemput anak dari sekolah.. terlupa jemput dari tusyen.. Kita manusia kan... hmmmm...

Ambil ianya sebagai iktibar. Sentiasalah berdoa agar kita dijauhi dari kecuaian n kelalaian seperti ini.

Tugas seorang guru sekarang memang tidak dinafikan kesibukannya. Ibu saya juga seorang guru. Apa yang boleh saya katakan, seberat mana pun tugas yang digalas, cuba berfikiran positif.. Tugas guru adalah tugas yang sangat mulia. seperit mana pun tugas kita ingatlah ada lagi insan yang lebih susah membanting tulang dari kita. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum, takziah kepada cikgu Nur. Sabar lah. Kuatkan semangat. Saya juga ibu yang bekerja 8.00 pagi - 5.00 ptg. Pernah ada pengalaman anak 'menguncikan' diri dia dalam kereta yang enjinnya masih hidup. Alhamdulillah ada student yang tolong potong cermin belakang kereta. Anak selamat. Hanya yang melaluinya akan memahami.

Teh said...

setuju dengan cadangan akak kat anonymous tu.... cakap memang senang... cuba sendiri yang alami.... jadi sehari pun dah tau tersiksanya... kat sekolah saya, cikgu gstt, baru seminggu kerja.. hari2 merengek taknak jadi cikgu... susah jadi cikgu....dia jadi gstt pun atas permintaan bapa dia... saya gelak aje la... alangkah bagusnya kalau semua diberi peluang merasa tugas seorang guru....

Anonymous said...

ok, ramai guru disini, kenapa nak merungut kerja seorang guru adalah beban, beban tu boleh je handle. Actually, kerja semua sama je pada saya. Tanggungjawap pun sama. Saya seorang lelaki, jarak rumah saya dari tempat kerja 100km pergi dan balik. Jalan jem, bla bla bla, juga tak boleh simply amek MC/Cuti sesuka hati, even setiap tahun pada hari raya saya akan bekerja seawal raya kedua. Tapi buat apa nak merungut susahnya jadi cikgu ke or what so ever ? Kamu yang pilih profession tersebut, dan kamu harus hadapinya. Jika rasa terbeban why not try kerja yang lain. Dan ... saya pasti anda menyesal tinggalkan tugas menjadi guru jika masuk kerja swasta yang lain. Memang kita boleh berenti salahkan sikap ibu mangsa tersebut, tetapi sampai bila ? Sampai ada kes lain yang berlaku ? Semoga dijauhkan dari musibah tersebut.

Aimaniman Ezaiza said...

Ish ish ish... mcm cakap sorang menteri je, x suka malaysia p pindah negara lain, x suka cikgu p cr kerja lain!.. kami bukan jenis yg tinggal2 tggjawab, cuma kami minta kebajikan kami dijaga, beban kerja kami dipertimbangkan,mmg btul kerja swasta tensyen tp sesuai dgn gaji yg diberi dan mereka tensyen dgn beban kerja dalam ruang lingkup kerja masing2, tp cikgu? Tensyen dgn kerja perkeranian, kerja jd polis, jadi jurulatih sukan, jadi peguam, jd doktor dan jadi macam2 selain tugas hakiki sbg guru...

Anonymous said...

Apapun pekerjaan kita ada cabarannya.
Bukan semua guru komited terhadap tggjwbnya sbg guru.
Usahlah kita menuding jari dgn pelbagai andaian.
Muhasabahlah diri..

norhidana miswan said...

takziah.... al fatihah utk arwah adik nawal... sedihnya di bulan ramadhan ni dia pergi tinggalkan ahli keluarga nya... msti ralat tak terhingga mak itu, mintak dijauhkan jgn dana pun mcm tu...

Anonymous said...

Salam.

Apa yg berlaku ke ats keluarga ini sudah ditentukan.ajal adik nawal sudah ditetapkan sejak azali lagi. Keterlupaan ibunya terhdap anak tersebut hanyalah musabab sahaja. Pada saat itu mungkin Allah lupakan sekejap ingatan ibunya terhadap anaknya kerana telah tertulis bahawa anak tersebut pergi dengan cra itu.
Usahlah kita membebankan ibu tersebut dengan kata2 kita yg mungkin boleh mengguris hatinya. Beliau yg memikul..kita hanya mampu memandang. Kita doakanlah agar kejadian sebegini tidak berulang lagi. Siapa kita utk menghakimi ibu trsebut? Sedangkan tahukah kita bahawa ibu tersebut akan berbahagia kerana beliau mempunyai zuriat yg sedang menantinya di pintu syurga?...

Anonymous said...

Salam.

Apa yg berlaku ke ats keluarga ini sudah ditentukan.ajal adik nawal sudah ditetapkan sejak azali lagi. Keterlupaan ibunya terhdap anak tersebut hanyalah musabab sahaja. Pada saat itu mungkin Allah lupakan sekejap ingatan ibunya terhadap anaknya kerana telah tertulis bahawa anak tersebut pergi dengan cra itu.
Usahlah kita membebankan ibu tersebut dengan kata2 kita yg mungkin boleh mengguris hatinya. Beliau yg memikul..kita hanya mampu memandang. Kita doakanlah agar kejadian sebegini tidak berulang lagi. Siapa kita utk menghakimi ibu trsebut? Sedangkan tahukah kita bahawa ibu tersebut akan berbahagia kerana beliau mempunyai zuriat yg sedang menantinya di pintu syurga?...

Anonymous said...

Saya tak berniat untuk komen tentang pemergian adik Nawal Iris, saya juga bersedih dan simpati kepada Cikgu Norzatusy sera keluarga.

Cuma bagi saya, para guru janganlah terlalu 'sedih' dan merasa sangat terbeban dengan kerjaya anda. Memang kita akui tugas guru semakin hari semakin mencabar. Tapi, bila kita rasa kerja kita susah dan kita lihat kerja orang lain senang, sampai bila-bila pun kita akan rasa terbeban dengan tugas kita. Para guru sepatutnya bersyukur, golongan guru yang ramai memudahkan suara anda didengari.

Tak perlulah rasa irihati dengan profesion lain yang mungkin sama taraf dgn anda. In fact, assumption yang dibuat tak semestinya betul. Kami para pensyarah dengan gred DS/DM45, 52, 54 hatta professor pun tiada parkir berbumbung dan bernombor. Semuanya berpanas dan berhujan sama seperti cikgu (kecuali yang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran)

Kami juga membuat kerja-kerja kerani, polis dan sebagainya. Dan walaupun gred kami agak tinggi, tapi tahukah anda gaji kami yg bergred 45 sebenarnya hanya lebih sedikit sahaja dari guru. Dan disebabkan golongan kami ni sedikit, suara kami memang tak kedengaran, sebab itulah gaji pensyarah tak pernah di'revise' sejak berbelas tahun yg lalu.

Tak mengapalah, memang kita yang pilih profesion ni tanpa paksaan sesiapa pun. Jadi, bila kita rasa kerja kita susah, fikirkan betapa bertuahnya kita dapat bekerja berbanding mereka yang tak dapat rezeki seperti kita. Bukan tak boleh suarakan masalah untuk tujuan penambahbaikan, tapi seringkali dengar suara guru yang lebih bernada keluhan.

Anonymous said...

Totally agree with u...sifat manusia kategori biasa2: sering tak puas hati dgn apa yg ada...sifat manusia kategori luar biasa: sering bersyukur dgn apa yg ada dan sentiasa berusaha to improve n get more...

Sendri pilih nak mana...
Masalah lagi satu...manusia ni mmg sukar nak terima kelemahan sendri..hmmm..last last..org/pihak lain yg di tunding jari..

Anonymous said...

Sy rase xde kaitan dgn keja pun.. Cikgu ke kerani ke..menteri ke..surirumah pun..kalo Allah dh ckp kun fayakun..jadi jgak.. Jg duk sembang sgt org tkutkn pngetua lbih dr Allah.. Jg duk ptikai sgt klalaian.. Sume tu Allah dh tulis.. Keterlupaan ibu Allah dh lintskn utk jdkn musabab kmatian anak.. Yg duk ckp mcm2 tu.. Yg duk crite khebatan sndiri jaga anak tnpa gaji ke..blh jamin ke xkan blaku kat diri sndiri akn dtg? Kalo blaku jgak cmner? Nk slhkn sape plak? Ksmpulnnya doa spy kite dlindgi musibh ni.. Hati2 cmner pun kalo Allah dh ckp jadi, maka jadila jgak..ok. Slmt bdoa n beribadah!

Anonymous said...

100% setuju. Seorang guru mesti menunjuk role model yg terbaik. Ini kan anak sendiri pun sanggup di tinggal kan mcam anak kucing ...masya allah ... di mana hilang nya perasan dan peranan sebagai sorang ibu dan guru...

Selama 5 ke 6 jam tak terlintas ke ingatan walau seminit keadaan anak sendiri ..tak masuk dek akal .. kecuali ianya telah di lakukan beberapa kali sebelum ini atau sudah kebiasaan...

Entah apa di buat waktu rehat ... sembang sembang dgn guru guru lain ...hmmmm pelik ... mesti di siasat ..

Saliha Othman said...

takziah buat keluarga adik Nawal.
bila kita fikir balik, mmg betul kata mama. tugas seorg guru zaman skrg ni sgt berat. tugas yg luar drpd mengajar. file itu ini. paperwork itu ini. aktiviti sukan, koko, 1 murid 1 sukan dam mcm2 lg. adakala nya guru terlupa ngan urusan keluarga sendiri kerana lambakan tugas guru. moga peristiwa ini jadi iktibar wat semua. hanya guru yg faham perasaan seorang guru. Al-fatihah wat arwah adik nawal....amin...

Nur Jannah said...

Takziah buat keluarga mangsa

Janganlah menuding jari.
Allah dah tentukan, mmg dah ajal adik Nawal pergi walaupun rasa berat menerima cara pemergiannya.
Mmg ibu itu dah dipilih utk menerima ujian, ada hikmah lain mungkin. salah satunya perbaiki kelemahan/kecuaian.

sy rasa tak perlu kaitkan dgn kerja.
Cara guru2 menilai profession lain seolah2 GURU SANGAT MULIA, tak blh banding2 dengan yg lain.
Disebabkan guru berhadapan dgn anak2 murid yg ramai, maka gurulah manusia paling sibuk hingga menuntut
mrk mengabaikan tggjawab pd keluarga.

ada lebih banyak kerja yg lbh susah, menuntut pengorbanan masa/tenaga/tggjawab yg lebih dari seorang guru.
Doktor. meeka hari2 mengadap pesakit yg ramai, tdk ckp tidur, tggalkan keluarga krn sibuk menunaikan tggjawab
pd manusia2 lain.

guru sekurang2nya ada masa setengah hari untuk melangsaikan tggjawab terhadap keluarga. Doktor? bila2 masa mrk kena panggil...
setengah hari tak cukup ke utk setting hantar anak..bayangkan org lain yang sibuk keluar seawal 5-6 pagi,
balik pkl 6 sampai rumah pkl 7-8 malam. walaupun mrk tidak meghadap anak2 murid..mrk tetap berdepan dgn manusia lain..
itu juga tggjawab yg diamanahkan.

lagi kelam kabut, pagi2 subuh hantar anak sekolah/babysitter. masuk opis mtg selesaikan pelbagai tugasan yg
lebih professional dan lebih menuntut kepakaran mrk. sekurang2nya bersyukurlah kalian berada dlm golongan yg agak selesa
menghadap kerja yg sama setiap hari dan tetap dibayar gaji yg bagus. parking takde bumbung pun.korang tak perlu BAYAR PARKING TAU.
kena coret dgn anak murid, yg parking tp jln jauh dari opis, tak kena pecah dgn perompak? tak kena curi tayar? murid cuti korang pun cuti kan?
gaji jalan.

di sini menunjukkan kecerdikan kt mgunakn waktu.
Mmg ramai htr ank ke babysitter. cuma lihat perangai kita hantar anak mcm mana.
nak honeymoon,bersuka2 dgn kwn2 tggal anak ke babysitter.
tak mahu gangguan. pagi2 htr ank, berdesup tggal yg penting bbsitter jaga.

jd "bau" anak pun kita tak peka. kebiasaan bagi ibu, hantar anak pagi2.sampai je opis akan kol babysitter
dulu tanya "ank sy buat apa? dah mkn ke? dah mandi?" petang nnt kol lagi sebab sesibuk mana kita,
workaholic tahap cinta kerja sekalipun, ank di hati. Biasa sy tgk, org2 yg komited kerja "tanpa mahu gangguan anak".
100% tugas jaga anak tu diserah bulat2 pada bbsitter. susah sikit tak boleh..alahhhh babysitter ada. mcm kita je ada ank.
fikirlah org lain yg anak 5-6 org, nak sekolah, yg ke taska, kerja lbh professional...boleh pula jaga anak elok2.
jadi profession tu tak salah.

5 jam tggal ank tak fikir terlupa hantar ke bbsitter? psl sikit tak igt nak kol bbsitter tu,
kalau tak kol pun, walau terdetik nak kol,mesti teringat yg dia tak hantar anak.
keterlupaan tahap apa mcm ni sampai begitu sekali terlupa?

keja apa kena fikir smpai semua benda kena tolak tepi? kena fikir nak naikkan bangunan 60 tingkat mcm arkitek yg
kerja siang malam? nak bedah pesakit mcm doktor? siapa pun si ibu tadi...kalau dia tak kerja sekalipun,
kalau dah tahap kelalaian mcm tu, mmg itulah yg biasa terjadi....mcm yg kat sabah semalam. sampai nk pergi barang
dapur pun difikir tersgt penting lebih dari anak...hampir2 hilang nyawa anak.

kadang2 akibat terlalu selesa, kita senang terlupa. contoh hari2 guna kereta auto, keluar kereta tekat alarm "tett" tak toleh belakang
dah..trus blah. kurang2 kalau mcm kami2 yang memang parking kereta TEPI JALAN, TAKDE BUMBUNG,PARKING JAUH DARI OPIS, KENA BAYAR PARKING LAGI
lepas tekan alarm...kita check pintu keta dah betul2 ke kunci, kadang2 alarm tu sewel. masa check pintu boleh tgk2 bahagian belakang sekali kan.
almaklumlah takut kena pecah dgn perompak, cikgu paking dlm sekolah...tak payah check pasal siapa nak rompak?

ini semua pengajaran. buat ibu-bapa dan kita semua. tak perlu salah sana sini.
siapa pun kita, apapun taggjawab kita..anak tu AMANAH.
cara mana AMANAH tu kita jaga esok2 dlm kubur tuhan akan persoalkan...
masa tu tiada alasan....

bukan cikgu said...

Kenapa nak kaitkan "swasta kerja banyak pun gaji berbaloi"

Lihat semula..yg ditekankan di sini kerja byk, masa limited. cara mana kita gunakan masa.
Pedulilah lah pasal gaji mereka. tengok mcm mana mereka uruskan masa yg terhad.
gaji itu mmg hak mereka atas kepakaran mereka.

apakah kebajikan guru yg dimaksudkan terabai itu sebab gaji guru tak cukup? adakah yg dibising2kan itu adalah gaji?
kalau naikkan gaji...maksudnya tak terjadilah kejadian mcm adik Nawal ni???

kalau gaji guru dinaikkan...makanya rasa tak terbeban lah?
jadinya automatik guru2 pandai guna waktulah? kalau gaji 20 ribu sekalipun,
kalau mmg dah jadi biasa lalai..biasa ketepikan anak, biasa serahkan 100% tugas jaga anak pada bbsitter
memang bala lah yang mendatang.

nak g kerja campak anak ke bbsitter, lupa dunia terus...dlm hati dlm kepala kerja no.1.
kalau dah set mcm itu hari2..mmg payahlah. tak usahlah menuding jari pada org lain pulak.
tak ada siapa pun letak pistol kat kepala cikgu2 untuk pilih bidang perguruan.

kalau rasa susah sila tukar kerja jadi arkitek ke, dokter ke, polis ke, menteri ke atau paling sng goyang akki je..tu kerja paling mudah.
bila kita pilih bidang tersebut, ikhlaslah melaksanakannya. korang bukan buat kerja2 free berbakti mcm zaman jepun dulu2.
korang dibayar gaji.

apa yg boleh dirumuskan, ini alah keterbiasaan. perkara yg biasa dilakukan itu kan selagi tak kena, kita akan teruskan.
dah terkena baru nak tergadah.

:sour n sweet: said...

slm

sy setuju 100% dengan apa yang mama coretkan. hanya yang berada di bidang ini merasai. tanpa cikgu, tak akan lahir doktor yang bedah manusia, arkitek yang buat bangunan. nak suh cikgu cari kerja lain?ooohh...memang x akan ada la profesion lain kat Malaysia ni agaknya kan? cuba jadi cikgu dulu 'dalam erti kata sebenarnya' selama seminggu pun jadi la.. ambik la gaji juta-juta cikgu tu selama seminggu, buleh ke idok yang bukan cikgu tu teruskan?family nawal masih bersedih, nak kenakan hukuman bagai...gila kot kalau sengaja biarkan anak mati kepanasan. ibu yang mengandung dan melahirkan lagi merasa susahnya, takkan la sengaja nak bunuh anak dia sendiri...huh..*tak suka dengan manusia takde hati perut*

Anonymous said...

Sour n sweet

Kalau asyik duk kata cikgu paling bagus, sebab cikgulah lahirnya akitek bla bla bla...boleh ke hidupkan balik adik nawal tu?

boleh ke hilangkan rasa kesal ibu nawal?

semua yg ada pada diri kita adalah pinjaman, bila2 Allah akan tarik balik. redha lah kita dgn apa yg terjadi kerana apa yg terjadi adalah ujian.

bukan Allah suruh melalak melolong yang cikgu tu paling bagus. Kalau jadi cikgu ajar anak murid sejuta orang pun, tapi tak beriman, tak bertakwa...Allah tak pandang.

siapa pun kita, apa pun kerja kita semuanya makhluk Tuhan yg diberi amanah. kenapa bila kes ni jadi pada guru tetiba guru2 minta di nilai pengorbanan? minta dinaikkan gaji...peliklah pemikiran korang ni
mcm naik gaji jadi kaya ray tu buatkan guru jadi tak lalai.

masalahnye adalah kes kelalaian. bukan kes PROFFESSION. silapnye sikit tapi impaknye besar. Allah dah tetapkan. dah byk kes yg jadi b4 ni..mcm2 pekerjaan parents kepada mangsa. ada beberapa kes darinya adalah guru.

itu maksudnya apapun kerja kita, kalau kita lalai ada kesannya. dan lalai tu hanya penyebab pada kematian adik Nawal. Allah dah tentukan kita merancang shj.

kalau nak kata guru paling bagus, mulia, masuk syurga, esok2 ada anak tak payah suruh anak kerja lain..suruh semua jadi cikgu je lah ye. lepas tu kalau buat silap tak boleh tegur, sebab dia GURU. dah tentu masuk syurga kan...so apa salah2 guru semua kena tutup mata.

padahal bkn semua guru komited pun. guru pun manusia. ada je guru pemalas, nampak bz...padahal tak komited. sebab itu ada sorang guru handle smpai 5-6 benda dlm satu masa.

pasal sorang dua je yang multitasking. yang lain2 sama mcm org2 kebanyakan lain...boleh buat satu keje je.

kes ni bukan Tuhan nk suruh naikkan gaji guru, atau Tuhan nak suruh semua org jadi guru...sebab tak semestinya jadi guru tu masuk golongan taqwa pun. ada je guru mencabul, tak adil pada murid, naya anak murid...dah byk kita dgr

skarang ni adalah pengajaran yg perlu diambil supaya tak berulang lagi. Amanah pada anak2 no 1 Allah tanye di akirat nnt...bkan Allah tanye KO KEJE APA? KALO KO GURU SILA MASUK SYURGA SEBAB KO TAKDE APA SILAP PUN.

mama Fatin said...

Sour & sweet

kadang2 rasa annoying sgt bila guru2 yg meraung2 suruh dinilai pengorbanan mereka ni..mcm tak ikhlas je.

kerja sbg guru nak suruh og pandang dan sebut2 ke? lagi meluat kadang2 guru tadika atau guru sekolah rendah je pun..dan mcm kawan2 sy yg mana2 tak tahan kerja2 lain mcm engineer, etc2..ramai je yg minta nak jadi guru. bila dah jadi guru mrk tarik nafas lega. sbb sng berbanding proffesion2 yg lbh professional..yg lebih mencabar dan stress.

jangan jadikan tuntutan kehidupan sekarnag ni yg mana anak2 perlu ke sekolah...untuk kita bermegah2 dgn kerja guru. bersyukurlah dapat berbakti (tu pun kalau ikhlas-bukan free pun..dibayar ye) tak yah poyo sgt melaung2 seolah2 korang buat kerja2 kebajikan yang free...

kalau takde guru takde bla bla bla..so kalau dengki sgt org lain ada profession yg lebih mencabar dan professional..tak yah mengajar.

zaman ni org hantar anak sekolah pun sebab procedure kerajaan je. ramai je parents boleh ajar anak sndiri..bukan sebab mereka kerja bidang lain, mereka bodoh. tidak ye...mrk ada tggjawab lain yg perlu dilaksanakan. so cikgu2 pun jalankan je tggjawab berbayar tu.
sama mcm org lain

kalau taknak, buat keje lain. biarkan mreka2 yg betul2 minat dan ikhlas jadi pendidik je jalankan tggjawab. zaman ni siapa2 pun boleh jadi guru. org hati busuk pun ada jadi guru.tu pasal ada kes guru rogol anak murid..

Anonymous said...

Saya sokong setiap jabatan perlu ada nursery yg baik supaya ibu boleh bekerja dgn tenang

Tapi saya tak setuju kejadian ini diletakkan kesalahan pada pihak lain semata-mata..dan saya juga tak salahkan si ibu semata-mata..

Cuma, kita ambil pengajaran, lebih alert..Islam bekalkan kita dgn pelbagai doa supaya kita sentiasa dalam keadaan sedar, keadaan alert dgn sekeliling, cth: baca doa keluar rumah supaya alert dgn keadaan rumah semasa keluar rumah, baca doa naik kenderaan supaya alert dgn situasi ketika itu, doa tawakkal kepada Allah ketika tinggalkan kenderaan, secara langsung kita check dulu keadaan kereta sblm tinggalkan kereta..

Semoga si ibu tabah

Anonymous said...

My sorrow goes to the victim, especially at her last breath. Im sorry, if i fail to empathy to the mother (work burden etc) coz I always believe, if you are unable to truly take care of your children and raise them to the best of your abilities, please don't have or add more children in your complicated life. Al-fatihah to the innocent child.

Anonymous said...

bukan guru je yg komited buat kerja dlm dunia ni..sy seorg engineer..kerja dari pukul 9 - 6 ptg..itu pun kalau bernasib baik dpt blk awal..belum msk stanby 24 jam untuk operation..xboleh cuti msa raya..ada juga kwn2 sy yg smpi berpuluh2 hari dekat pelantar..cikgu ada ke duk kursus smpi 90hari jauh dr keluarga n ank2? sy tgk kalau cuti skolah ada yg ke bandung lah..ke phuket lah..paling2 xpun gi sogo shopping..ada kerja yg lebih ssh tp xmerungut beriya-iya..sy ada rmai kwn cikgu..semuanya suka merungut kerja byk gaji kecik..bila ada cikgu yg tinggal anak dlm kereta smpi meninggal pun di salahkan kerja yg byk..yg salah tetap salah..yg pastinya cikgu ni mmg sgt cuai orgnya..tu je..bkn sbb kerja byk..bkn sbb gaji kecik..dan dia seharusnya di kenakan tindakan sbb kecuaian n menyebabkan kematian..

Anonymous said...

adoyai..kalau sbb profesyen anak cikgu ni meninggal..dh beratus2 anak doctor meninggal dlm kereta sbb mak2 dorg sebok kejar on call..alasan sampah apa ni smpi isu parking segala keluar? bersyukurlah dpt parking free dr tiap2 bln kna beli pass parking kak oii..

Anonymous said...

senang cerita, anak mati salahkan profession. kalau anak mati disebabkan pengasuh cuai, yang salah pengasuh? aneh equal matematik itu

Aimaniman Ezaiza said...

Hot betul isu ni,.l tapi walau apa2 pun org kata, akak tetap berpendapat, hanya guru tahu kisah guru,,yg kata guru banyak cuti, guru dapat cuti raya, kerja guru senang dll,, cuma nak kata, hanya guru tahu kisah guru,,

Anonymous said...

cikgu2 kat msia ni mmg suka mengungkit..mcm lah buat kerja free..dpt gaji kot..kitaorg yg kerja private ni pn buat kerja keranilah..kdg2 baiki photostat machine pn..poyo btol..kalo bagos sgt dtg lah try kerja exec kat kilang tgk langit tinggi ke rendah..cuti korg ada ke 12 hari sethn..kalo lebih sng ckp kna bersyukur byk2 lah..jgn byk bunyi sgt

Anonymous said...

takziah kepada keluarga mangsa. jgn ditambah la kesedihan mereka. doa supaya tak jadi pd kita pula..

ni reramai ahli forum cari.com.my ni dtg komen sini ni mama. bahasa tu elok sikit lah ye..

nor'aini said...

Cikgu 2 ni sll perasan diaorg la yg plg terbeban.x de kerjaya lain yg membebankan selain kerja guru.

Pd sy kesalahan ibu ini x layak dimaafkan.anak sdri bileh lupe.what kind of mother is that!

nor'aini said...

Amboi x yah ambik degree berjela2 dh ngaku jd mcm2 profesyen ye.

Anonymous said...

cuba letak duit 4juta kt seat blakang tu tgk dia lupa ke tak..kecuaian spesis apa ni smpi anak pn lupa..ibu dia mmg layak di ambil tindakan

Anonymous said...

cubalah jd medical officer dlm erti kata sebenar dlm masa semnggu kak..dan ambil gaji juta2 tu..akak mesti bersyukur jd cikgu

Anonymous said...

Buat keja kerani pun dok dalam aircond....sedap tuh...

Anonymous said...

kalau duduk dlm aircond tu mknanya kerja dia lg sng dr cikgu ke? td nk parking bumbung..ni ckp psal aircond pula..mcm ni ke duk ckp psal cikgu berkorban..cikgu mulia..cikgu didik ank bangsa bla2..blk2 merungut org lain kerja sng duk dlm aircond..nmpk sgt tak berapa ikhlas kerja..kurang2 org lain tak kerja merungut mcm cikgu2 ni tau..gi amik calon jd yb lah kalau nk layanan high class sgt..

diesel said...

CARILAH KELEMBUTAN ALLAH DI SEBALIK KERAS TAKDIRNYA...

tabahlah... tabahlah.. tabahlah... wahai cikgu Nur..

Kesuma Angsana said...

turut sedih & bersimpati..

nor'aini said...

Wpun harsh, I totally agree with u.

nor'aini said...

Anak sy dr lahir hingga umur 4 bln duduk di nicu, scn ward.4 bln tu sy lihat btp dasyatnye beban kerja doc & nurses. Bile anak sy discharge I dunno how to thank hosp staff.

Kalau u dtg kul 7am, doc yg sm ade di ward.u dtg 11pm, duk yg sm jugr ade.tp pernah kite tgk doc duk melalak kate kebajikan tak terjaga?

Aimaniman Ezaiza said...

Susah nak fahamkan org yg bukan berada dlm dunia guru.,.
Mmg btul semua profesion berat bebanan tugas, cth doc.. tp doc tugasnya merawat, dia tulis ubat nurse yg bagi, ada farmasi yg sediakan ubat, ada atendan yg tolak katil, ada amah yg basuh berak pesakit, ada yg urus bab makan pesakit, pendek kata doc urus bab merawat,,,
Cikgu?dia mengajar sbg tugas utama, dia melatih bola, dia melatih pasukan uniform, dia melatih lumba lari, dia tidur berkhemah dgn budak, dia melatih berbahas, bersajak, dia isi kedatanan manual, isi e kehadiran, dia urus masalah disiplin, dia online e disiplin, dia tanda kertas exam, dia isi markah manual, isi saps online, dia hantar budak sakit ke rumah, dia kena isi online tarantula..e nilam..pendek kata semua kerja guru kena buat sedangkan tugas hakiki hanya mengajar.. kenapa tiada jurulatih sukan, tiada jurulatih bomba, polis di sekolah, tiada pembantu perpustakaan di sekokah, macam doc tadi yg khusus utk merawat dan kerja sampingannya ada staffnurse, nurse, amah, atendan, farmasi, kerani dll...
Tolong fahami situasi kami, bukan kami melalak cuma merintih atas beban kerja yg x sepatutnya...

Anonymous said...

Oh cikgu, kalau cikgu berpendapat orang lain tak dapat faham dan tak boleh menilai tugas guru sbb mereka tak berada di tempat cikgu.

Jadi, adilkah kalau cikgu menilai profesion org lain sedangkan cikgu juga tak berada di tempat mereka??

Anonymous said...

Xde sape akan berpuas hati dgn kerja masing2.. even jd suri rumah sepenuh masa pun merungut penat la, byk kerja rumah la..

Ini kes kecuaian, bukan sbb die guru ke doc ke engineer ke... kalau ibu nawal ni seorg doc cmne ek? Adakah doc2 pun akan merungut kebajikan doc x dijaga?

Nur Jannah said...

http://kezoom.blogspot.com/2013/07/mengejutkan-adik-nawal-memang-sering-di.html

BACA YE CIKGU2, KALAU CIKGU2 PALING TERBAEK, PALING BIJAK, GUNA OTAK UNTUK BERFIKIR...BUKAN BUAT KEPUTUSAN BODOH BERULANG2 KALI
~TABIAT SAMBIL LEWA + ABAIKAN ANAK + HARI2 BUAT BENDA YG SAMA=TERBAEK~SEBAB TU DIPILIH JADI PENDIDIK??

Mengejutkan!! Adik Nawal Memang Sering Di Tinggal Dalam Kereta
Posted By Kezoom Page
on TUESDAY, JULY 30, 2013



Mengejutkan!! Adik Nawal Memang Sering Di Tinggal Dalam Kereta | Siasatan kes kematian adik Nawal Iris Samsudin, tiga tahun yang meninggal dunia setelah ditinggalkan bersendirian di dalam kereta baru-baru ini membawa kepada penemuan yang mengejutkan.

Mengejutkan!! Adik Nawal Memang Sering Di Tinggal Dalam Kereta

Akhbar Malay Mail mendedahkan adik Nawal Iris sering ditinggalkan di dalam Perodua Myvi milik ibunya yang ditempatkan bertentangan dengan bangunan utama sekolah selama berjam-jam lamanya hingga ibunya selesai bermesyuarat atau mengajar.

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Di Tinggalkan Ibu Lebih 5 Jam Dalam Kereta

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli yang mengesahkan dakwaan tersebut berkata, kenyataan-kenyataan yang diambil dari guru-guru SMK USJ4 menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut sering dibawa ke sekolah dan dibiarkan bermain di kawasan sekolah secara berseorangan.

Yahaya menambah, guru dan staf di sekolah tersebut sering mendapati bahawa kanak-kanak tersebut ditinggalkan dalam kereta dengan cermin yang diturunkan, berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta atau duduk bersendirian di bangku. Pihak polis telah mengambil kenyataan ibu bapa Nawal Isnin lalu.

‘Penemuan’ ini didapati bercanggah dengan komen yang diberikan oleh pihak pengawal keselamatan sekolah pada minggu lalu di mana mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah melihat kanak-kanak tersebut.

Kertas siasatan bagi kes itu kini dalam poses untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pada 18 Julai lalu, Nawal meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang. Nawal meninggal dunia di klinik berdekatan dan bedah siasat mengesahkan ia berpunca dari strok haba.

Nur Jannah said...

Mak dia pemalas yang tak boleh diampun..dah kena baru nak melalak. cuba dia sendiri yang duduk dalam kereta tu lemas..baru dia tau mcm mana rasa.

dah byk kali dinasihatkan siap keluar dlm tv~buat juga. kalau tak sekolah tu ada ampun lagi...ni CIKGU kot, pekerjaan paling MULIA katanye

Anonymous said...

cikgu @Aimaniman Ezaiza,

Saya punya komen yang anonymous tu yang pasal pilihan kerja. Bukan saya nak tiru kata² menteri yang bila tak suka jadi cikgu, sila carik keje lain or what so ever. Saya mengatakan bahawa, kalau kamu dah pilih profession guru sebagai pilihan, kenapa perlu merungut ? Saya cuma katakan, adalah lebih baik cari kerja lain daripada kerja sebagai guru tapi dok komplen macam² itu la ini la. Come on lah, ikhlas kan diri.

Yang pasal kata mak arwah ni komited sangat dengan kerja, komited my ass !!!. dengarnya memang cikgu ni hampeh, suka tinggal anak dalam kete, biar anak kat kawasan parking tanpa penjagaan. Itu adalah sangat BODOH !!! Anak sendiri tak terjaga, nak komited jaga anak orang konon. Khabar angin juga kata ibu ni takde pun rushing apa pun. Siap pikir nak lunch apa lagi kerana beliau tidak boleh puasa pada hari itu. Jadi, komited sangat kah ?

Saya respect guru, parent saya adalah pencen guru, tapi tak pernah merungut pun pasal kerja seorang guru. Walaupun tetiba kena ikut gi camping, tetiba kena gi kursus, tetiba kena bawak murid gi sukan sekolah la, gi klinik la. Sikit pun tak pernah merungut. Itu la kot beza guru dulu yang komited bekerja, walaupun gaji sikit, dengan guru zaman sekarang, yang nak gaji banyak, tapi banyak komplen.

As i said before, ada kawan saya berenti jadi guru, keje swasta, rasa menyesal, sebab kena keje lebih dari waktu keje biasa beliau. Start keje dari jam 8.30 pagi, sampai entah jam berapa ntah, kadang bawak keje balik rumah.

Entah la, saya harap ramai la menyokong tindakan guru ni kan yang biasa tinggalkan anak dalam kete, kelakar sangat lahhh !!!

-Puding-

Anonymous said...

Dan lagi satu, lupa, pada owner blog ni, tak yah la nak letak tajuk KEMATIAN INI : KEMULIAAN SEORANG GURU, sakit hati plak aku, KEMATIAN INI : TANDA BEBAL SEORANG GURU

Fathimah Mohamad said...
This comment has been removed by the author.
achek zalina said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

semua kerja ada bebanan, sy ni keje shift tau... blik pukul 11mlm. Sehingga sy pk, sy xsmpai hati lagi ambil ank tgh mlm drumh makcik.. maka sy bhenti keje. Ank lbih trjamin, walaupun gaji suami tak smpai rm3ribu. Sy juga mmpunyai ank oku... Seharusnya kita peka sbg ibu... bkn slhkan benanan keje.

Anonymous said...

Betul...betul..... semua kerja sama jer.... Aku ni pun stress gak. Keluar pg blik 6.30ptg. Tu pasal ank sorg jew sng aku nak kawal....

Anonymous said...

aku setuju... jika bebanan krja yg diutamakan..... cukupla sorg ank...hokeyyyyyy.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012