Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Tentera Maut Dipanah Petir Tak Sama Murid Mati...

Semalam kita terbaca kisah anggota tentera maut dipanah petir ketika memasang khemah sewaktu hujan lebat yang hanya diketahui oleh rakan sepasukan pada waktu berbuka. Kejadian tersebut diangap sebagai kecelakaan dan keluarga redha atas pemergian ahli keluarga. Ada tak terdengar pot pet pot pet.. ahli keluarga bakal menyaman pegawai tentera terbabit ataupun kementerian pertahanan atas kematian tentera tersebut? Berbeza pula jika yang mati tu budak sekolah, waima atas apa-apa sebab sekalipun! Minggu lepas, sewaktu Selangor heboh dengan kes murid makan di bilik persalinan, ada satu kes kematian murid berlaku disebabkan terhempap tiang gol. Murid Cina tu tiba-tiba saja keluar bersendirian ke padang sewaktu murid Melayu lain di kelas kerana pada waktu Ramadhan tiada PJK di padang, lalu dia bergayut pada palang tiang gol tetapi tidak semena-mena tiang gol terbalik menghempapnya. Kematian murid tersebut diletakkan 100% pada bahu guru yang mengajar, pengetua, ppd, jpns dan kementerian atas alasan cuai. Tak sama ke kisah dengan tentera tadi, yang matinya seorang sedangkan beratus-ratus tentera lain yang tidak memasang khemah ketika hujan terselamat, begitu juga murid tu, yang matinya seorang sedangkan beribu-ribu lagi murid lain akur dengan arahan guru agar berada di dalam kelas. Manalah kita tahu, mungkin budak itu sudah sampai 'seru' dan tiang gol menjadi penyebab dia mati? Itulah bezanya tugas guru, kematian yang tidak disangka-sangka berlaku sewaktu di sekolah terus dilabel sebagai kecuaian guru, sedangkan faktor lain langsung tidak diambil kira. Sudah tiba waktunya guru 'dilindungi' dengan terma-terma tertentu agar pihak ibu bapa tidak sewenang-wenangnya menuding jari ke arah guru. Terma murid sentiasa 'betul' ketika di sekolah perlu diubah bergantung pada situasi bagi melindungi hak guru. Bayangkan, ibu bapa pun kadang-kadang terlepas pandang anak-anak yang tak sampai sedozen, sedangkan guru perlu menjaga, memantau dan memastikan kebajikan 40 murid pada satu-satu masa! Lebam dicubit pun kena saman, inikan pula ada yang meninggal! Kadang-kadang perlu juga pak menteri yang pernah duduk di kerusi panas guru sebelum duduk di kerusi empuk menteri, macam yb kalamanathan tuuu..

*** Siapa sokong tugas guru lebih berat daripada profesyen lain dari segi tanggungjawab aarrr...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

5 comments:

Zul Fattah said...

ibu bapa sering kali menunding jari pd guru2.. kalau d madrasah, ustaz2 jd mangsa ibu bapa. mereka(ibubapa) lupa yg dia hantaq anak yg berperangai jahat tapi bila dia dah nmpak anak2 pkai serban, jubah dan solat mereka rasa anaknya dah jd baik.. Tapi tak kak.. anak buat salah, ustaz d hukum..

ini berdasarkan pngalaman sy khidmat d madrasah tahfiz..

Aimaniman Ezaiza said...

Betul.. akak tau, 24 jam kita kena perhatikan anak2 dia orang, salah sikit, cedera sikit cikgu salah, tak lulus piksa cikgu salah... latar belakang anak aka murid x diambil kira kerana tugas guru mendidik, kalau x terdidik makna salah guru sedangkan faktor alam sekitar, rakan sebaya, keluarga, ekonomi dll pun penyebab juga jan,..

lia said...

antara kerjaya yg saya sgt hormati adalah guru... sbb antara insan yg membina hidup saya skng ni adalah guru...

cuma... mentaliti ibu-bapa skng ni sgt 'manja' kan anak sampai guru hilang skill nak mendidik akibat kongkongan terlampau...

Kesuma Angsana said...

sangat salute pada guru2 yng ikhlas, tapi itulah kdg2 kita sebagai parents pun boleh terlepas pandang lagi kan guru kan !

Zul Fattah said...

betul tu kak.. itulah apa yg berlaku skrang. sampaikan ustaz2 pun jd tekanan mental.. dan mereka pun malas nak uruskan madrasah.. tp d sbbkan tgjwb sbgai ustaz, tugas tetap d jalankan.. cuma kami bantu dari belakang je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012