Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Google Curi Duit Credit Card?

Time raya, mama belikan kakak game mine craft secara online dengan menggunakan kad kredit. Tapi yang tak syoknya, pada 15/8 dan 23/8, Google caj lagi usd 6.63 dan usd 3.12 pada kad kredit mama walaupun tiada sebarang transaksi dibuat! Mama pun terus call hotline kad nak tanya kenapa, jawapan customer service kad tu, tanya pada Google sbb bukan kad kredit yg caj tp Google! Fullamak, cam ne nak hubungi Google? Pendek fikiran, mama minta block je kad supaya Google tak terus menerus 'curi' duit mama. Bukan seposen dua tapi beringgit2 dlm usd pulak tu! Maknanya, bulan raya ni dua kali mama block kad, sekali sebab tercicir dan sekali pasal uncle Google. Maknanya 20 hinggit bank ambik duit mama sbb renew kad! Agak mama le, orang bank mesti selalu doa kan supaya ramai customer block dan renew kad, senang2 depa boleh dapat duit terpijak. Sepatutnya, ada le kategori kalau nak caj duit customer ni, misalnya atas sebab kecuaian ke. Kalau tertipu cam ni, kira bagi percuma le kan kad baru tuw. Dah le setiap bulan interest kad kredit tinggi...patutle bank2 ni kaya kan? Ok le, moral dpd cerita, janganle menggatal nak membeli-belah di internet guna kad kredit. Biar bersusah sikit keluar ke kedai tapi tak menyesal macam mama...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012