Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Isu Tanda Putera : Publisiti Percuma

Apakah keistimewaan Filem Tanda Putera? Semalam dalam Gala TV, Shuhaimi Baba dah berikan sebab-sebab kita mesti menonton filemnya. Malah beliau bertegas bahawa Tanda Putera berbeza dengan filem sejarah yang lain. 

Isu Tanda Putera

Pada mama, segala isu yang timbul tentang filem ini, tambah-tambah apabila KM Penang melarang tayangannya di Penang atas sebab ada scene masyarakat Cina membuang hajat di bawah bendera di hadapan rumah MB Selangor tambah 'mengembungkan' poket Shuhaimi Baba. Daripada filem Sejarah yang 'sepi', tiba-tiba sahaja filem ini menjadi buah mulut ramai akibat isu panas yang ditimbulkan. Malah isu Proton Saga Aeroback dalam filem tersebut tambah menarik orang ramai ke pawagam.

tu.... aeroback?

Tak pastilah sama ada isu tersebut sengaja digembar-gemburkan untuk mempromosikan filem tersebut atau ada sebab-sebab lain yang tidak jelas. Namun, yang pasti filem Tanda Putera mendapat publisiti percuma yang mampu membuatkan pengarahnya tersenyum lebar. Moga-moga penonton yang hadir ke pawagam turut tersenyum dek kualiti filem bukan kerana publisiti murahan. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam....

Jom baca sinopsis TP :

Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.
Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).

Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).

Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).

Filem Tanda Putera diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). Ia dijangka menemui penonton bermula 13 September 2012.

Sudah baca sila komen

8 comments:

ieda immi said...

macam2 .. hurmm produser skrg macam dah tandus idea ..

Farah Waheda Wahid said...

hurmm, macam macam dah dengar dah pasal tanda putera ni...tapi ramai juga yang kata cerita ni best... ada yang menangis pun tengok cerita ni saya baca di FB...

Nurzakiah Hanum said...

macam2

lia said...

teringin nak tgk sbb cerita sejarah negara Malaysia yg ku sayangi... ;)

atuk said...

Assalamualaikum Mama

he he......
sebahagian promosi tu....

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

nak kena tengok juga ni.. baca sinopsisnya menarik..

Raudzah Z said...

Banyak komen yang negatif kita tengok..ramai kata panngung kosong dan cuma ada 10-15 orang. Buat filem sejarah bukan senang. Mesti study betul-betul. fakta tak boleh diubah and producer mesti tau tujuan sebenar filem tu dikeluarkan..Harap-harap they all berjaya dengan tujuan masing-masing..

Puan Kutu said...

filem sejarah macam ni mmg ssh nak tarik perhatian org kita.publisiti murahan ke macam ni?sy tak berani nk komen positif or negatif sbb tak tgok lg filem ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012