Misteri Kehilangan Adik Aisyah

August 05, 2013

Pagi tadi buka Fb penuh dengan cerita kehilangan adik Aisyah, beserta gambarnya yang comel dan juga gambar, no ic dan plet kereta viva milik suspek yang menculiknya. Mama baca di akhbar online mynewshub, agak kurang logik detail penculik telah diketahui secepat itu, kecuali jika ibu mangsa mengenalinya. Mama baca di online the star pula, rupa2nya ibu mangsa telah 'memberikan' aisyah kepada lelaki yang berjanji akan mengahwininya untuk diperkenalkan kepada kakak lelaki itu, kemudian ibu aisyah turut memberikan lelaki tersebut rm 25000 untuk pelaburan emas, tetapi setelah 2 hari aisyah tidak dipulangkan, dan hp tidak berjawab serta apabila pergi ke alamat lelaki tersebut, didapati alamat orang lain, siibu gabra lalu mendakwa anaknya diculik. Mama masuk semula fb, terbaca kisah aisyah sudah ditemui dan 'penculiknya' ialah ayahnya sendiri! Alamak, macam cerita p ramlee je, mana satu yang betul?
Moral drpd cerita: Tak kisahlah cerita 1, 2 atau 3 yang betul.. sebagai ibu, kita kena berhati-hati, jangan dek kelabu mata dengan janji manis lelaki, anak sendiri 'terkorban'.. dah lah mudah sangat berikan duit pada lelaki, anak pun dibiarkan dalam jagaan lelaki yg hanya menjual janji untuk berkahwin! Jika kisah ketiga betul, banyak dah kita baca perebutan anak oleh ibu bapa yang bercerai, so jgn 'lokek'sangat anak tu dengan ayahnya, nanti 'diculik' oleh ayahnya sendiri kita yang putih mata!
****** Teruk sangat ke guru sekarang, aritu kisah guru terlupa anaknya tertinggal dalam kereta, ari ni kisah guru yang kemaruk janji palsu lelaki pulak! Haiii cikgu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

9 Comment

  1. tu la mcm2...pd ni ni jenis yg fikir tak habis...

    ReplyDelete
  2. Aduh macam2 dgn kehidupan hari ini ;-)

    ReplyDelete
  3. Itulah ragam manusia dewasa yg kecik jadi mangsa..

    Tak kisahlah janji dah jumpa dgn selamat.

    Selamat Hari Raya dari kakak..

    ReplyDelete
  4. tgk gmbr cctv pun tertanya2 nape si Aisyah tu rilek je kena dukung

    ReplyDelete
  5. SAYA PUN DUK KONGSIKAN KEHILANGAN BUDAK TU PAGI TADI..

    ReplyDelete
  6. macam2 cerita zaman sekarang ni...

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan Mama

    Alhamdulillah...dah kembali

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels