lazada

nuff

Download Buku Program Di sini..

Cikgu Iza | September 30, 2013 | 6 Komen |
Sebagai perkongsian bersama, mama upload beberapa contoh buku program yang mama buat tahun ini untuk didownload oleh rakan-rakan terutamanya guru-guru. Mama faham, kita kena jadi AJK secara bidan terjun, tapi pengetua pula mahukan yang terbaik, jadi langkah mudah kita akan google buku program. Dalam hati berbunga-bunga agar Buku program yang ada di Google dalam file word dan bukan pdf agar memudahkan kerja edit mengedit. Maknanya, 'cubit' sana sikit 'cubit' sini sikit, akhirnya jadilah buku program kita. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan...





Sebenarnya, jika kita bijak mengedit, semua maklumat yang ada boleh kita sesuaikan dengan mana-mana brosur sekalipun. Yang penting setting, margin, gambar, border dll dah ada. Pada rakan-rakan guru yang ada pengalaman membuat buku program dalam file word atau publisher, rajin-rajinlah muat naik dalam 4shared .com ye. Boleh kita lakukan perkongsian bijak demi membantu antara satu sama lain. 

4shared dheartyku....

Kreatif atau Lucah?

Cikgu Iza | September 29, 2013 | 5 Komen |

Kreatif atau Lucah? Idea untuk lain daripada yang lain mungkin bagus tetapi kreativiti melampau boeh membawa kepada intepretasi lain. Kalaulah papan tanda toilet di Malaysia macam ni, rasa2nya apa respons masyarakat kita? Ketawa...marah2 atau bersih 6.0?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hot : Miss World milik Filipina!

Cikgu Iza | September 29, 2013 | 1 Komen |

Tahniah kepada Filipina kerana berjaya menundukkan 120 negara lain termasuk negara maju dalam pemilihan Miss World 2013. Kejayaan ini menunjukkan bahawa 'negara kerdil' juga mampu menang jika ada komitmen dan kesungguhan. Pertandingan Miss World bukan setakat menilai kecantikan, malah tahap IQ, kemahiran berkomunikasi dan banyak lagi. Diharapkan kejayaan Filipina ini membuka mata Malaysia agar terus berusaha untuk menandingi kuasa besar dalam pertandingan yang tidak melibatkan kelebihan fizikal, terutamanya dalam sukan memanah dan bowling. Bukanlee mama kata masuk Miss World juga untuk menjulang nama negara! Contohnya, di sekolah2, setiap sekolah diminta mencari kelebihan masing2 untuk menonjolkan nama sekolah. Kalau dah bola sepak asyik kalah je, apa salahnya kita cari sukan lain yang orang lain tera tapi kita juga boleh jadi lebih tera jika latihan dan teknik serta taktik permainan yang betul diamalkan. Pendek kata, kita kena berlawan secara bijak bukan secara membabi buta dan akhirnya asyik kena ketawakan oleh lawan saja. Kerdil sangat ke Malaysia ni atau memang spesies yang susah nak menerima perubahan?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hot :Dating yang emak abah suka!

Cikgu Iza | September 29, 2013 | 0 Komen |

Jom kita tulis surat cinta, call 24434 tanpa had dan dating selalu dengan-Nya! Confirm mak abah tersenyum dan mak dan ayah mertua lekas-lekas terima... 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Redha Diriku Menjadi Korban....

Cikgu Iza | September 25, 2013 | 4 Komen |
Aku redha, jika ini jalan yang terbaik... Semoga kita berjumpa di Jannah....

suspens je kan... cik Yam la yang menjadi korban!

sangga kaki dah kuat dah....

seksi juga cik yam ni...aurat tuh

kenapa belum 'sembelih kaki' pun dah banyak darah...

Antara gambar sepanjang Amali Penyembelihan untuk Murid Tingkatan 4 yang diadakan oleh Panitia PI yang sempat disnap. Kebetulan kawan2 Panitia PI meminjam guna kamera 'super canggih' mama tuh, jadi mama ambik kesempatan la untuk jadikan bahan majalah dan untuk tatapan dalam blog mama. Seronok kan murid2 zaman sekarang, seingat mama zaman dulu2 mana ada amali potong2 ayam macam ni. Cikgu sekarang semakin canggih dan semakin kreatif untuk meningkatkan pemahaman anak murid. Tinggal terserah pada anak2 murid saja lagi untuk cuba memahami pelajaran yang diajar. Tapi yang memusykilkan mama, kenapalah bilangan murid yang ponteng dan masalah disiplin semakin meningkat sedangkan macam2 cara sudah dilakukan oleh para guru untuk menarik minat mereka ke sekolah. Kalau kat rumah belum tentu ada peluang nak potong ayam dan melihat 'keseksian' cik yam kan?

Cinta Jannah : Jika dia rusuk kiriku yang hilang...

Cikgu Iza | September 24, 2013 | 5 Komen |

Sweet je doa Izzairil.. jika dia rusuk kiriku, pulangkanlah dia padaku.. Seolah2 doanya 'didengar', Jannah pulang bersama Batrisya, maka lengkaplah keluarga Izzairil. Episod akhir CJ ni agak kurang logik kerana pada zaman it ni, pelbagai kemudahan canggih untuk menemukan pasangan yang hilang. Tambah2, kenapa Izzairil tak kembali kepada keluarganya di kampung untuk mencari Jannah. Mereka juga terpisah terlalu lama, sampai 9 tahun, seolah2 pengarah mahu mencipta dialog Batrisya bertanya tentang ayahnya. Mama tak suka pengarah menamatkan cerita Cinta Jannah. Kisah cinta mereka sudah mencapai tahap anti klimaks, tidak sesuai dengan tajuknya Cinta Jannah.. Suasana romantik tiba2 saja berakhir sedangkan aksi romantik itulah yang mengheret ramai penonton untuk setia menonton C J. Walau apa2 pun, CJ akan kekal dalam kotak ingatan mama macam cerita SSID dulu....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pelarasan Gaji Disember 2013!

Cikgu Iza | September 24, 2013 | 2 Komen |

Yahooo! Sahih atau tidak berita ini hanya masa yang akan menentukannya. Beritanya juga boleh dibaca di ekeleh.com. Adakah kerana tidak dapat bonus raya, DS Najib bermurah hati untuk membuat pelarasan gaji hujung tahun ini? Tentu ada yang tersenyum lebar membaca berita yang belum pasti kesahihannya ini. Diharapkan pihak yang tidak bertanggungjawab tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang. Semalam mama makan roti telur dan roti boom dengair air sirap dan nescafe harganya 11.50! Harap2 lepas ni pemantauan lebih hebat dilakukan agar jangan kenaikan gaji yang diharap dapat membantu rakyat kebanyakan, tapi malangnya mengencangkan poket mamak dan toke restoran!

Published with Blogger-droid v2.0.10

JDT juara Piala Malaysia 2013?

Cikgu Iza | September 23, 2013 | 3 Komen |

Rasanya dah lama wakil dari Johor tak menjuarai Piala Malaysia, sejak zaman Wan Jamak sebagai jurulatih kot. Asyik2 Kelantan dan Negeri Sembilan yang jadi juara dalam 5 tahun kebelakangan ni. Hari tu Piala FA dah dekat nak jadi juara tapi TRW pulak jadi penghalang. Rasa2nya JDT mampu ke? Mama sendiri kurang berkeyakinan walaupun dalam hati berbunga2 mahukan JDT juara. Kalau ikut ilustrasi penyokong FB Harimau Selatan ni, laluan JDT nampak mudah apabila dijangkakan dapat mengalahkan TRW dan Lions X11 sebelum berjumpa dengan Sarawak dalam final. Pada mama, tak ada specialnya JDT kecuali barisan bintangnya yang langsung tak berkerlipan. Patutlah Safee Sali, Mat Yo and de geng tak digeruni oleh penjaga gol PKNS ari tu, langsung tak ada sengat. Lagi best tengok aksi Wan Zack Haikal dan Junior Eldstar daripada tengok aksi bintang King Gobal dalam JDT. Sampai bila la penyerang yang dah tumpul taring ni nak dibela? Semua ni menyerlahkan kegagalan perancangan masa depan FAM sebenarnya kan.. Mama tak pandai bab bola tapi mama suka tengok bola!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Logik Haid?

Cikgu Iza | September 22, 2013 | 7 Komen |

Ibu menyangka darah di seluar dalam anaknya berumur 10 tahun sebagai darah haid sehinggalah sianak masih mendakwa dirinya sakit, apabila dibawa berjumpa doktor rupa2nya akibat tembakan! Logik ke siibu tidak tahu atau buat-buat tak tahu kerana malas melayan karenah sianak? Macam2 dunia sekarang, situasi ni disebabkan oleh kurangnya ilmu siibu tentang perkembangan anak remaja atau kecanggihan teknologi senjata api? Menurut doktor, lubang kesan tembakan tersebut terlalu kecil sehingga tidak disangka itu kesan tembakan. Macam2 dunia sekarang, bahaya ada di mana2. Sebagai ibu pula, kita perlu mendalami ilmu anak2 meniti alam remaja. Takut2 nanti bila sianak menjerit ada darah, siibu kelam kabut membeli pads sedangkan hanyalah darah kudis atau bisul! Jangan sampai anak2 mendapat info sendiri tentang haid menerusi laman maya, kerana mungkin ilmu tersebut disalah erti tanpa pengawasan orang tua. Terasa juga mama dengan situasi ni, 3-4 tahun lagi mungkin kakak akan mengalami haid pertamanya. Sudah bersediakah mama?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ramalan Soalan SPM BM 2 2013 : Hot!

Cikgu Iza | September 22, 2013 | 12 Komen |

SPM 2013 hanya tinggal 46 hari lagi saja.... Tentu ramai calon SPM 2013 mencongak-congak soalan yang bakal keluar kerana SPM merupakan penentu hala tuju kehidupan mereka kelak. Mama bukan nak jadi tok nujum, tapi analisis perbandingan teks antologi (baru)yang pernah keluar dalam SPM yang ada di http://bmspm ni memang banyak membantu. Pola teks yang keluar pada spm julai dan spm nov amat membantu kita untuk meramal soalan yang bakal keluar. Dalam tempoh tak sampai 50 hari lagi nak SPM ni, pada mama tak salah jika kita belajar secara 'smart'... Bukan ke kita dah study selama 2 tahun, so apa salahnya jika kita buat analisis supaya tidak menggelabah nak utamakan yang mana satu. Kita boleh tekankan teks yang diramal tapi jangan abaikan teks yang lain. Lagipun, pola soalan 2b,c dan d kan mudah, i- soalan drpd teks, ii- soalan kbkk dan iii-soalan komsas. Kalau tak keluar pun teks yang diramal, soalan i dan ii masih boleh dijawab dan sebahagian soalan iii juga boleh dijawab kerana ambil contoh drpd petikan...Yang penting, jangan 'malas' nak menulis, cuba saja, tak rugi pun kalau kita mencuba. Takkan le perjuangan selama 2 tahun di tingkatan 4 dan 5 kita akhiri dengan tidur selama 2 jam 30 minit kan? Cuma kita yang menentukannya...caiyok calon spm 2013!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rashid Sidek : Berjasa atau Derhaka?

Cikgu Iza | September 21, 2013 | 4 Komen |

Rashid Sidek akhirnya mengikut jejak langkah Misbun, keluar dari BAM...
Dua persepsi berbeza daripada orang kuat BAM, Tengku Mahalil dan orang kuat MSN, Datuk Zolkepkes Embung atas pemergian Rashid. Sorang kata 'kehilangan besar' sementara sorang lagi kata 'bukan satu kehilangan'.Nada orang kuat BAM 'penuh dengan kebencian', seolah2 Rashid tiada jasa langsung pada BAM dan negara. Pada mama, walau sekecil zarah pun jasa seseorang, kita jangan mudah melatah menidakkannya hanya semata2 kerana api amarah sedang menyala. Sikap Tengku Mahalil hanya membuka pekung di dada tentang kepincangan BAM apatah lagi kegagalan mereka mencipta penganti Datuk LCW. Pada mama, bukan kesilapan jurulatih semata2, apatah lagi mereka hanya 'pekerja' yang menjalankan amanah, yang lebih utama ialah pengisian, perancangan, r & d dan inovasi yang telah diaplikasi oleh BAM. Tak guna pucuk pimpinan bertukar tetapi pengisian masih ditakuk lama. Semoga mereka boleh 'berdamai' demi kemajuan sukan badminton negara. Tak malu ke kita kalah je dengan Lin Dan walhal prinsipnya sama dengan prinsip king gobal, tak perlukan 'ranking' tapi dapat juga jadi juara. Peliknya, king gobal tak utamakan ranking juga tapi bola kita kalah je! Mungkin bola dan badminton kena belajar dari China koott...

Published with Blogger-droid v2.0.10

DUN Paling Tiada Kemajuan?

Cikgu Iza | September 17, 2013 | 8 Komen |

Jangan marah Adun DUN paling tiada kemajuan, kira ok la berbanding DUN paling lemah..... Mama ada di Dun ada istana, kira kawasan diraja la tuh. Ada beza ke setiap DUN ni? Pada mama perbezaannya terletak pada Adunnya, sama ada betul2 berjiwa pemimpin atau hanya mahu dilabel pemimpin. Tepuk dada tanya selera, kan kita yang pangkah mereka mei hari tu, lupa ke?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jalan ke Malaysia...

Cikgu Iza | September 16, 2013 | 4 Komen |

Sempena Hari Malaysia, mama nak kongsi info dari Awani 'jalan ke Malaysia'. Bukan mudah untuk membina jalan tersebut, menagih pengorbanan dan seribu kesabaran. Jadi, pada anak Malaysia, jalan lurus yang dibina jangan dibiarkan ditumbuhi lalang dan paling teruk menjadikan jalan tersebut 'jalan mati' yang tiada lagi dalam peta dunia.. Hargai jerit perih mereka dengan menambah elok jalan, jangan dibiar terus berlubang dan berlopak...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selamat Kebumikan FB

Cikgu Iza | September 15, 2013 | 5 Komen |

Arwah FB yang pertama ezaizaimanimanizad. Menjadi arwah kerana kemalangan password. Arwah kedua izq, maut kerana gagal cam gambar friends. Hari ini lahir fb ketiga, lidah bicara bersuara, gambar kanan tu. Harap2 tak jadi arwah lagi la hendaknya.. Sedih rasanya time mengebumikan fb 1 dan 2 kerana banyak nostalgia, tapi apa kan daya. Moralnya : printscreen password supaya tak lupa dan pastikan 'kenal' friend, jangan asyik nak request and add friend tapi x kenal pun sapa... FB ni ketat betullah securitynya...

Published with Blogger-droid v2.0.10

FB Demam : Tolong...

Cikgu Iza | September 14, 2013 | 3 Komen |

Antara screenshot yang mama ambil...
Sedey tak boleh log in fb, siapa boleh bantu mama?
Ketat betulkan security yang fb sediakan, biasanya tanya password je, ini kena tentukan gambar friend fb kita dan gambar tu bertukar2................... Mana la mama ingat semua tu. Tolongggggg... mama nak buka fb...

Published with Blogger-droid v2.0.10

CCTV di dalam Tandas!

Cikgu Iza | September 14, 2013 | 3 Komen |

Niat dah baik, tapi tetap tidak menghalalkan cara...
Niat pentadbir sebuah sekolah untuk mengatasi masalah vandalisme di dalam bilik air memang baik, tetapi dengan memasang cctv di bilik air bukan langkah bijak dan terbaik. Malah langkah tersebut dianggap membataskan hak kebebasan murid. Bukankah lebih baik jika usaha mendidik dilakukan dengan  lebih intensif, bukan dengan cara menghukum sebegini. Sama ke dengan kes AES, adakah pemandu malaysia yang berhemah hanya boleh dipupuk secara mengenakan denda bukannya secara mendidik? Tepuk dada tanya selera... kita yang menentukannya!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuah Merdeka

Cikgu Iza | September 13, 2013 | 4 Komen |

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia?
Hari ini kelas mama menggondol tempat.................ke.....................5/35 tau dalam pertandingan kelas patriotik. No 5 je? Tak pa, syukurlah kan, sebab dapat juga merasa hamper makanan tuh.. Sebelum dingammmmm oleh budak2 kelas, mama sempat snap gambar hamper di atas meja yang menerima anugerah juga.... meja paling serabut! Gembirakan budak2 tu, mereka ni sebenarnya bukan meminta hadiah yang mahal2, cukuple saguhati tanda menghargai penat-lelah mereka. Sama juga macam kita, kakitangan awam ni, bukan bonus 10 bulan yang kami pinta, cukuple bonus 1 atau 2 bulan gaji tanda penghargaan buat kami.,. Siapa sokong?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Susu Murah vs Susu Mahal

Cikgu Iza | September 12, 2013 | 4 Komen |

Nak salahkan harga Ron95 atau bajet yang tidak mesra rakyat?
Dulu kakak iman dari 6 bulan sampai 4 tahun guna mamex gold, abang syami sampai umur 2 tahun je dan adik yaya, sigendut mama berbaju merah tu cuma susu dutch lady 123 je. Dulu time kakak iman kecil, mamex gold 1 tin cuma rm68 tapi sekarang? Dua tahun lepas pun dah cecah rm120++, tak tahulah harganya sekarang. Tak mampu mama, nak oii! Sebulan bukan setin dua, malah sampai 2-3 tin sorang, maknanya sebulan mama beli paling kurang 6-9 tin! Bukan mama mengeluh anak-anak kuat minum susu, malah bersyukur kerana mereka mempunyai selera yang baik. Tapi mama sedih kerana susu bayi tak pernah jadi barang kawalan dan harganya tak pernah dipantau malah naik mendadak. Mama ingat lagi pernah 1 tahun tu bajet memberikan subsidi kepada pembelian beg tangan, minyak wangi dan barang keperluan 'high class' wanita atas alasan prihatin terhadap golongan hawa! Golongan macam mana yang asyik bertukar2 hand bag tu... Yang peliknya, kerahaan sibuk kata nak melahirkan modal insan yang gemilang, tapi keperluan modal insan ni dilupakan. Harga susu x pernah termasuk dalam bajet, mungkin anak2 penggubal bajet ni tak memerlukan susu lagi kan... So mama amat berharap bajet kali ni, keperluan utama rakyat pertengahan diutamakan. Tak salahkan kami meminta pada yang sepatutnya?

Published with Blogger-droid v2.0.10

WW: Siapa tak berseluar hari ini?

Cikgu Iza | September 11, 2013 | 3 Komen |

Hari hari hujan, hari hari mendung, sejuk bukan kepalang, tapi tetap juga kena ke sekolah kerana sedang trial exam. Hujan pulak tu turun time budak2 nak pergi ke sekolah, lebih kurang pukul 6.50 pagi, akibatnya baju dan seluar basah lecun! Toleh kiri toleh kanan, nampaknya kawan-kawan belum tiba, baik jemur dulu seluar kan? Rasa-rasanya budak ni terdesak dek kesejukan atau sengaja nak menjadikan hidung kawan2 kembang kempis dek aroma yang menusuk hidung? Moral daripada gambar ww ni ialah kita sebagai manusia perlu sentiasa ada plan a, b dan c supaya kehidupan dapat diteruskan tanpa sebarang masalah. Kalau dah tahu langit tu mendung, bersedialah dengan pakai track bottom dari rumah, jangan le pakai redah je hujan. Lain le kalau kita ni watson nyambek ke, sekali pecut je dah tiba kat sekolah. Cuba bayangkan jika ada orang lain, sempat ke budak ni ambil seluarnya? Kalau budak ni pakai boxer ok gak, kalau hanya seluar 3 segi? Ishhhhhhh.,.,,

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menteri Pendidikan Tunaikan Janji pada Mama!

Cikgu Iza | September 10, 2013 | 10 Komen |

Gempakkan tajuk? Setelah berbalas-balas emel dan 'berbual mesra' dengan PA KPM sejak 19 Ogos lagi, akhirnya hari ini Menteri Pendidikan tunaikan janjinya! Cuba teka apa yang dijanjikannya? Bonus 2 bulan gaji? In sha allah kalau ada dalam bajet. Tapi janji ni lebih besar tau. Suspen tak? Apa tak besarnya, kerana jika benda yang dijanjikan ini tiada, menyebabkan kerja mama tak settle tau. Sesiapa yang menjadi guru majalah tentu faham, tahun ini sampai bulan september kata alu-aluan menteri belum diupload dalam website kementerian tau. Macam mana mama nak minta kebenaran mencetak majalah jika kata alu-aluan menteri tiada. Akhirnya, usaha mama menghantar emel berhasil apabila kata alu-aluan tu diemel sendiri ke emel mama, siap ada nama majalah dan edisi ke berapa! Kira kata-kata aluan khas la tuh sebab biasanya yang diupload di website kpm secara umum tanpa nama dan edisi majalah! Moral dpd story ni: kita jangan asyik menunggu je bagai menanti buah yang tak gugur. Ingat Menteri tu nak fikir tentang masalah kita je ke, banyak masalah lain yang harus disettlekan. Sebagai menteri, ada juga saat beliau lupa atas perkara yang dianggap 'remeh' pada mereka tapi besar pada kita. Tapi apa2 pun tq,tahun depan jangan lupa upload awal2 ye....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cikgu Wajib Berseluar Dalam!

Cikgu Iza | September 09, 2013 | 13 Komen |

Cikgu tak pakai seluar dalam ke???????
Guru adalah model, apa-apa yang dilakukannya di hadapan kelas menjadi tontonan tidak kurang daripada 40 orang murid yang meningkat remaja. Sebab tu, bila ditanya faham ke tidak, respons mereka ... baju cikgu beli di mana! Tindakan pihak pengurusan sekolah di barat ni pasti hasil daripada rentetan masalah keruntuhan moral remaja masa kini. Bayangkan jika guru berseluar atau berskirt sendat menulis di papan hitam, belum lagi baju guru yang jarang sehingga menonjolkan susuk tubuhnya! Nasib baik etika pemakaian guru di Malaysia sudah ditetapkan. Nampak gayanya,negara maju juga perlu mencontohi peraturan yang sudah diguna pakai di Malaysia.Pendek kata undang-undang Islam bersifat universal dan terbaik untuk sebarang situasi. Namun, kenapa masih ada yang ego untuk terus menolak?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tips Mengajar Anak Bahasa Inggeris & Jawi?

Cikgu Iza | September 08, 2013 | 7 Komen |

Pening kepala mama memikirkan karenah anak-anak. Kakak Iman mama ajar guna set Bacalah Anakku & Siri Pantas Membaca, alhamdulillah umur 6 tahun ni dah boleh membaca komik Upin Ipin dan Boboiboy tanpa perlu buku yang suku katanya berwarna-warni. Tapi malangnya, kemampuan bahasa inggeris dan jawinya tidak sebaik bahasa melayu. Mama cuba gunakan buku 'read easy' dan 'anakku jawi', namun kakak cerita dia masih 'bacalah jawi' buku 5 daripada 10 dan belum langsung masuk ke buku 'read easy' sedangkan ada rakan2 Taska Abimnya yang sudah buku 5 'read easy'! Risau pula mama, tahun depan kakak Iman bakal masuk darjah 1, sedangkan dia masih lemah dalam jawi dan bahasa inggeris. Ada idea tak macam mana nak ajar anak boleh membaca jawi dan ingeris, sebab tak sama macam bm, mama ajar guna suku kata, bi dan jawi lain laa... Tolong kongsi tips ye..

Published with Blogger-droid v2.0.10

A Samad Said & Saka Malaya : Bogelkan Sejarah

Cikgu Iza | September 06, 2013 | 4 Komen |
Dah nyanyuk ke dia? Jom 'bogelkan sejarah'!

sajak untukmu dari 'ku'

Lupa dah skrip tadi, rasa-rasanya lebih panas dan hot tapi malangnya blogger droid tak berfungsi!...
Persoalan yang bermain-main dalam fikiran mama, sudah nyanyukkah dia? Tapi kalau nak dibandingkan sajak yang dideklamasikannya, belem tentu Pak Menteri mampu menghasilkan sajak sebaiknya. Jadi, mindanya masih segar, walaupun usianya melewati 91 tahun. Ada juga yang menyatakannya 'gila isim'? Tapi ada buktike? Sebenarnya, apakah rasional Pak Samad turun ke jalan berdemonstarsi bersama anak-anak muda? Buang tebiatkah dia? Tapi secara logiknya, individu yang pernah dinobatkan sebagai SN, sanggupkah menongkah arus daripada norma Pemimpin Perdana? Tentu ada yang silap di mana-mana, tapi persoalannya, siapakah yang silap? Bukan niat mama nak menyokong Sang Saka, namun mama perlukan bukti rasional kita perlu menolaknya. Biar tindak tanduk masyarakat kita berteraskan fakta dan bukti, bukan hanya kerana sidia berhaluan kiri, maka idea dan mindanya dibakulsampahkan begitu sahaja! Apa salahnya kita 'menolak' Saka Malaya secara berhemah, bersandarkan bukti dan fakta. Jadi apa salahnya kita 'bogelkan' sahaja sejarah agar kita dapat menolak Sang Saka dengan bijak. Bak kata Subky Latif :  

Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor menyarankan supaya sejarah kemerdekaan dikaji dan ditulis semula.Ramai yang berkongsi pandangan dengannya kerana selama 56 tahun kemerdekaan, sejarah itu seolah-olah hak Umno saja. …

Malulah kita kerana kita ber'perang' dek buta sejarah tentang bendera, tapi saudara seagama kita di Syiria dan Palestin berperang demi maruah agama dan negara tercinta.

Published with Blogger-droid v2.0.10

SiTanggang Moden atau Ayah Kurang Ajar

Cikgu Iza | September 05, 2013 | 11 Komen |

Malu mama baca kisah muka depan HM hari ini. Dah la dia ni selebriti, tanpa segan silu pula ingin membawa kes ayahnya ke mahkamah untuk arahan dipenjara! Waima apa-apa jua almusabab pertelingkahan anak-beranak ni, tindakan membawa kes ke mahkamah seolah-olah membuka pekung di dada. Orang luar hanya mentertawakan kita saja sebenarnya! Tentu ada sebab siayah mahu sianak keluar dan mahu menjual rumahnya. Sebenarnya, masalah ini perlu diselesaikan secara dalaman, bukan mendedahkannya di dada akhbar langsung membawa ke mahkamah. Sebenarnya, kes ni melahirkan sitangang moden atau siayah yang kurang mengAJAR? Rajuk ayah perlu dipujuk, bukan api disimbah petrol..lagipun petrol dah naik 20 sen, jangan dibazir2kan. Marilah kita menjadi anak yang membahagiakan orang tua, bukan anak yang menjunjung ego semata2....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hot : Soalan Percubaan SPM Bahasa Melayu Kertas 2 2013

Cikgu Iza | September 05, 2013 | 6 Komen |
Sesiapa yang mahu membuat perbandingan soalan, jom la dapatkan soalan percubaan spm bm 2 di sini. Mana tahu, soalan yang paling hot itulah yang bakal keluar dalam spm 2013.

isnin lalu
Hikayat Khoja Maimun dari Antologi Harga Remaja
Cerpen Memori Seorang Tua
Sajak Dirgahayu Bahasaku
3b : Cakap ajuk cakap pindah
3c dan 3d
Novel Papa... dan Konserto

Sekolah kawan-kawan ramal cerita apa untuk soalan 2b,c dan d serta soalan 3b dan soalan novel? Mungkin perkongsian maya ini membolehkan rakan guru dan anak-anak didik membuat perbandingan cerita apa dan soalan apa yang diramalkan keluar. Tak rugikan kalau kita rajin menganalisis soalan yang diramalkan keluar. Selain mengulangkaji dan rajin membuat latihan soalan-soalan lalu, analisis soalan yang paling banyak diramalkan keluar dalam percubaan setiap negeri juga merupakan langkah yang tiada ruginya. Kalau nak dapatkan analisis yang lebih detail boleh layari website ini. Malah trial exam 2013 MRSM dan SBP pun dah ada! Mana tahu, anak didik kita mampu buat yang terbaik atas sedikit usaha ni. In sha Allah kann...


Published with Blogger-droid v2.0.10

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com