Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

JDT juara Piala Malaysia 2013?

Rasanya dah lama wakil dari Johor tak menjuarai Piala Malaysia, sejak zaman Wan Jamak sebagai jurulatih kot. Asyik2 Kelantan dan Negeri Sembilan yang jadi juara dalam 5 tahun kebelakangan ni. Hari tu Piala FA dah dekat nak jadi juara tapi TRW pulak jadi penghalang. Rasa2nya JDT mampu ke? Mama sendiri kurang berkeyakinan walaupun dalam hati berbunga2 mahukan JDT juara. Kalau ikut ilustrasi penyokong FB Harimau Selatan ni, laluan JDT nampak mudah apabila dijangkakan dapat mengalahkan TRW dan Lions X11 sebelum berjumpa dengan Sarawak dalam final. Pada mama, tak ada specialnya JDT kecuali barisan bintangnya yang langsung tak berkerlipan. Patutlah Safee Sali, Mat Yo and de geng tak digeruni oleh penjaga gol PKNS ari tu, langsung tak ada sengat. Lagi best tengok aksi Wan Zack Haikal dan Junior Eldstar daripada tengok aksi bintang King Gobal dalam JDT. Sampai bila la penyerang yang dah tumpul taring ni nak dibela? Semua ni menyerlahkan kegagalan perancangan masa depan FAM sebenarnya kan.. Mama tak pandai bab bola tapi mama suka tengok bola!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ooooooo

Nurulhuda Abdul Latip said...

Saya rasa susah nak menanglah..Kita tunggu jelah suku akhir ni, JDT akan jumpa TRW..Rasa memang susah nak menang...Tapi kita think positif jelah yea wpun saya berharap juga JDT menang (kalau tak juara pun takpelah)

Cik Itah@RRP said...

tunggu dan lihat..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012