Ron 95 Lebih mahal daripada Ron 97?

September 04, 2013

Dah banyak diupload dalam FB, sebenarnya kita ditipu ke? Kalau nak dikira ada betulnya juga, Ron97 untuk sikaya tanpa subsidi harganya 2.70. Ron95 yang didakwa dakwi mendapat subsidi 83 sen dan terpaksa dikurangkan subsidi kepada 63 sen, berharga 2.10! Bermakna, jika tak adalah 'sedekah' subsidi daripada kerajaan yang maha prihatin dengan keperitan rakyat, bermakna harga Ron95 ialah rm2.73? Macam tak logik kan harga Ron95 lebih mahal daripada Ron97... Jadi, betulke kerajaan maha prihatin ni betul2 ada beri subsidi 63 sen, atau sengaja dibesar2kan saja? Pada mama, tak elok menipu rakyat dengan bagi statistik yang 'menipu'. Apa salahnya, mengaku ekonomi Malaysia sudah merudum, jadi kerajaan minta belas ehsan rakyat agar membantu. Tapi tentulah x mau kan, sebab ego kannn so terpaksalah 'menipu'. Tapi terimalah hakikat wahai kerajaanku yang bijaksana, rakyat sekarang tak mudah ditipu. Kami dah bijak dan kami alegik apabila kena tipu!...

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

11 Comment

  1. Sepatutnya nilai 0.63 sen tu ditolak dgn rm2.10. Bknnya ditambah jadi rm2.73. Kalau saya silap tolong betulkan saya.

    ReplyDelete
  2. adakah ini salah satu strategi untuk boost up sales RON97? dan juga sebagai langkah untuk memperkenalkan semula RON92?

    ReplyDelete
  3. jia rizaira... kalau ditolak, bermakna harga ron95 1.50++ tapi konon dengan ada subsidi 63 sen tu, harga minyak boleh dijual dgn rm2.10 je, kalau x da subsidi makna harga ron95 ialah rm2.73, makna lebih mahal drpd ron97 yang hanya 2.70 walaupun tanpa subsidi! ...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mama

    he he....
    Ikut Sunnah Nabi saw......berhijrah

    ReplyDelete
  5. makin tahu fakta makin sakit hati dibuatnyer,,

    ReplyDelete
  6. saya harap, fakta ini rakyat ingat lah...ingat sampai tempoh 5 tahun akan datang...jangan mudah lupa..

    ReplyDelete
  7. Kita semua sebenarnya dah lebih dari tahu tapi tak mampu nak bersuara selain dlm blog yg tentu-tentu 'org atas' tak baca pun blog kita.

    Janji palsu selepas election ni cikgu. Tambah pedih baru je merdeka 56 tahun ini 'hadiah' buat rakyat ke?

    ReplyDelete
  8. makin dipikir makin sakit hati ni !

    ReplyDelete
  9. sepatutnya diberikan subsidi untuk ron97 tu..

    ReplyDelete
  10. Memang tak patut dorang ambil kesempatan seperti tuekan...

    ReplyDelete

Komen mencerminkan diri kita. Segala komen yang ditulis diucapkan ribuan terima kasih. Jangan serik untuk menulis komen demi kebaikan bersama.

PING

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Popular Posts

Blog Archive

Labels