Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Susu Murah vs Susu Mahal

Nak salahkan harga Ron95 atau bajet yang tidak mesra rakyat?
Dulu kakak iman dari 6 bulan sampai 4 tahun guna mamex gold, abang syami sampai umur 2 tahun je dan adik yaya, sigendut mama berbaju merah tu cuma susu dutch lady 123 je. Dulu time kakak iman kecil, mamex gold 1 tin cuma rm68 tapi sekarang? Dua tahun lepas pun dah cecah rm120++, tak tahulah harganya sekarang. Tak mampu mama, nak oii! Sebulan bukan setin dua, malah sampai 2-3 tin sorang, maknanya sebulan mama beli paling kurang 6-9 tin! Bukan mama mengeluh anak-anak kuat minum susu, malah bersyukur kerana mereka mempunyai selera yang baik. Tapi mama sedih kerana susu bayi tak pernah jadi barang kawalan dan harganya tak pernah dipantau malah naik mendadak. Mama ingat lagi pernah 1 tahun tu bajet memberikan subsidi kepada pembelian beg tangan, minyak wangi dan barang keperluan 'high class' wanita atas alasan prihatin terhadap golongan hawa! Golongan macam mana yang asyik bertukar2 hand bag tu... Yang peliknya, kerahaan sibuk kata nak melahirkan modal insan yang gemilang, tapi keperluan modal insan ni dilupakan. Harga susu x pernah termasuk dalam bajet, mungkin anak2 penggubal bajet ni tak memerlukan susu lagi kan... So mama amat berharap bajet kali ni, keperluan utama rakyat pertengahan diutamakan. Tak salahkan kami meminta pada yang sepatutnya?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Depa lupa kot siapa yg beli susu ni?? Depa cuma nmpk golongan yg minum susu je...sbb tu x fikir ttg harga kawalan...

Aine Ainun said...

Baru saya tau mahalnya susu......
yela kan...
susu ni keperluan, berbanding dengan handbag tu semua kehendak semata...

norhidana miswan said...

huhuhui dana pun terasa kak... aiyan amik pediasure ngn enfagrow... nsb lah pediasure tu dana tambah je se scoop je utk setiap bancuhan... kalu bg pediasure saja botak kepala

MaMa Rey said...

anak sy pun guna susu dutch lady123..tak mampu nak beli susu yg mahal2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012