Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Tips Mengajar Anak Bahasa Inggeris & Jawi?

Pening kepala mama memikirkan karenah anak-anak. Kakak Iman mama ajar guna set Bacalah Anakku & Siri Pantas Membaca, alhamdulillah umur 6 tahun ni dah boleh membaca komik Upin Ipin dan Boboiboy tanpa perlu buku yang suku katanya berwarna-warni. Tapi malangnya, kemampuan bahasa inggeris dan jawinya tidak sebaik bahasa melayu. Mama cuba gunakan buku 'read easy' dan 'anakku jawi', namun kakak cerita dia masih 'bacalah jawi' buku 5 daripada 10 dan belum langsung masuk ke buku 'read easy' sedangkan ada rakan2 Taska Abimnya yang sudah buku 5 'read easy'! Risau pula mama, tahun depan kakak Iman bakal masuk darjah 1, sedangkan dia masih lemah dalam jawi dan bahasa inggeris. Ada idea tak macam mana nak ajar anak boleh membaca jawi dan ingeris, sebab tak sama macam bm, mama ajar guna suku kata, bi dan jawi lain laa... Tolong kongsi tips ye..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

7 comments:

Mama Adam said...

Adam pun boleh baca bm. Bi baru start balik. Tapi, jawi memang belum ajar lagi. Memang nak ajar, kasihan dia x reti baca jawi. Cuma... agak malas mama dia ni.

Insya allah, kita usahakan sama2. Memang kasihan kan bila anak ketinggalan.

Erma said...

Pengalaman mgajar ank saya, Izzah, untk jawi, cari buku yg ada suku kata juga. ada jual buku2 cerita jawi yang macam ni. n cara lain ialah kena lancarkan mengaji Al-Quran dia. sebab konsep asas jawi sama macam bacaan Al-Quraan.
Utk BI, memang no choice kena banyakkan membaca buku certita BI sama-sama, banyakkan tengok kartun BI n sy ajar Izzah buat ayat2 mudah dengan bantuan kamus bergambar. Cara ini dia akan kuasai menulis+membaca sekali. Alhamdulillah, Izzah umur 6 tahun menguasai BM,BI n jawi di samping dah lancar mengaji Al_quran.

sekadar perkongsian bersama.

lizz said...

saya kalo english tu saya ajar teknik fonik..dan kita mengajar hurufnyer dengan gunakan kaedah bunyi contoh kalau huruf b disebut beh dan seterusnyer...saya ader juga guna flashcard untuk cpt dierang ingat...

Mimi Azirah said...

Buku yg ats skali sy dh bli since ank2 umo 2thn 1 thn lg..hehehe

izan mama mia said...

semua buku baik untuk diajarkan pd anak...perlu lebih tekun untuk hasil yg memberangsangkan...n sabar

Kesuma Angsana said...

tq share tips yg ni yer

J said...

Salam..dimana saya boleh beli buku bacalah jawi? Harap dapat bantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012