Klik@Lazada

nuff

AFB Feeds

DIY : Make Over plus Touch Up

Cikgu Iza | October 31, 2013 | 2 Komen |
Hari ini Gotong Royong Mega, banyak kawasan yang berubah. Proses make over dan touch up ni bukannya mudah, memerlukan kreativiti dan kesungguhan yang bukan sedikit. Tahniah kepada geng yang berjaya melakukan make over yang super dasyhat, gerenti mem besar tersenyum sampai ke telinga! Kejayaan melakukan make over landskap sekolah ni menunjukkan guru2 bukan saja tera mengajar, malah boleh melakukan make over yang bukan mudah tau. Kalau sektor lain, mesti makan beribu2 malah berjuta kot nak mengupah pakar landskap, tapi cikgu? Segala2nya boleh, malah semuanya dilakukan dengan percuma! Rasa2nya ada tak menteri yang boleh 'mencontohi' kami? Barulah perbelanjaan kerajaan terkawal tanpa defisit, semua buat sendiri... tak payah upah kontraktor yang pastinya akan 'meng up kan' kos....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bajet 2014 : Harga Makanan di Kantin Terus Naik!

Cikgu Iza | October 30, 2013 | 9 Komen |

Tanya pada akak kantin berbangsa indonesia, nanti kantin kenakan gst juga ke? Dah barang kena gst, harga di kantin pun kena gst la cikgu! Harga gula naik +-30 sen, berapa harga milo ais kak? 1.80 cikgu,. Isssh, sebelum bajet harga milo ais di kantin ada diskaun cuma rm1.50 tapi lepas bajet, harga terus naik 1.80 segelas! Kak.. gula sekampit naik 30 sen, takkan air segelas pun naik 30 sen, lagipun milo ais mana guna gula.,. Kita ikut cakap boss je cikgu,.. Itu baru fenomena di kantin sekolah, di gerai kecil, warung tepi jalan, restoran, hatta hotel pun mama rasa mengalami nasib yang sama. Tadi majlis graduasi diadakan di hotel premiere dengan kos rm53 sekepala, bajet terendah untuk pakej sekolah, harga pakej yang sudah dibooking 3 bulan lepas, ... apabila ditanya lagi.. dah tak dapat harga gitu lagi cikgu... Termenung sebentar mama, rakyat Malaysia cepat bertindak atau pemimpin yang masih 'dibuai mimpi' dengan yakin 100% tiada kenaikan harga barang kesan dr kenaikan harga gula? Lain kali, cuba2 le pak menteri yang budiman ni p beli sendiri barang dan jangan guna pembantu je, tengok sendiri harga barang naik ke turun, pas tu x payah le 'kenalkan' diri tu sbg menteri dan hanya bawa rm50 dalam poket...cer tengok cer tengok... rasa2nya, beras, ayam, ikan, milo, susu anak, teh, ala., semua perbelanjaan untuk seminggu cukup! Alhamdulillah...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Kerajaan DiSaman Isu Br1M?

Cikgu Iza | October 27, 2013 | 5 Komen |
Sebelum PRU 13, berpeluh ketiak MB Khalid menerima pelbagai tuntutan saman dek manifesto PRU 12, antaranya pemberian air percuma, pemberian bantuan kepada ibu tunggal dan banyak lagi. Namun, selepas bajet 2014 semalam, ada kemungkinan ke ketiak Tok Jib pula yang basah, malah banjir kot? Apa tidaknya, MB Khalid hanya menerima saman daripada rakyat Selangor, tetapi Tok Jib bakal disaman oleh penerima Br1M seluruh Malaysia! Manifesto BN semasa PRU 13, Br1M bakal dinaikkan kepada rm1200 namun hanya rm650 sahaja yang diberi! Apa lagi, tak ada ke yang nak saman menyaman? Mana peguam yang sibuk nak menyaman kerajaan negeri Selangor demi 'mewakili suara hati' rakyat tu? Oppss...tak kan le nak menyaman majikan sendiri kan, silap2 periuk nasi sendiri pula bertukar menjadi pasir! Mama nak tunggu dan lihat, ada tak peguam yang menyaman isu air tu berani juga menyaman isu BR1M. Baru peguam berjiwa rakyat marhaen, syabas!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bajet 2014 : Apa yang Sensasi Sebenarnya...

Cikgu Iza | October 26, 2013 | 4 Komen |
Semalam Bajet 2014 sudah menjadi sejarah, banyak yang memberi komen, banyak yang 'mengamuk' dan b@nyak juga yang 'suka'... Secara ringkasnya ini yang kita dapat sebenarnya.,..

Brim yang paling hangat dibincangkan kerana memang dah resmi manusia bila dapat duit, biji mata terus membesar! Tapi seingat mama, dari mulut orang no 2 Malaysia sendiri Brim akan naik kepada 1000 atau 1200 tapi malangnya hanya 650 je. Mungkin orang no 1 tak tengok koot ucapan 'pembantunya' tu kot.,. Tapi kalau tak seiring, kira kamcing ke mereka.,, kalau nakhoda 1 dan 2 'x duduk semeja' rasa2nya ok ke Malaysia nih? Ish ish ish.... garu dagu juga ni... Perkara yg mama tunggu2 ialah bonus, alhamdulillah pm najib tak lupa kami, beri juga setengah bulan..tapi napa Januari ye... sedangkan perbelanjaan sekolah pada disember..Ada sesapa boleh 'baca' pemikiran tok jib? Lagi 1 yg ditruskan ialah duit bantuan persekokahan rm100... tq tok jib kerana 'menggalakkan' ibu bapa berpusu2 datang ke sekokah... thn lepas yb umno datang p beri duit 100 di sekolah, tahun ni yb pkr yg menang kat sini, so yb pkr dibenarkan ke? Atau hanya guru kelas je tanpa perlu diheboh2kan mcm sblum pru13 lalu? Yg paling sensasi ialah kenaikan harga gula bermakna pemansuhan subsidi gula dan cukai gst... Entahlah, mungkin rakyat diminta 'membantu' sama kot menangani ekonomi negara yg semakin merudum... Takkan nak suruh kerajaan je 'bersusah payah'.. Antara respons en somi ..model anak muda felda yang amat 'dicintai' oleh Geng tok jib... Di pengakhiran bajet semalam, susah juga tok jib nak sebut ni...pemberian coli khas utk pesakit breast cancer thp 4...dalam keprihatinan tok jib tu, tergeliat juga lidahnya nak sebut 'coli'..malu ke? Tapi percayalah, bajet paling sensasi ialah bajet 2017 kerana pru14 insyaalah pada 2017 nanti,.. time tu mungkin bonus 3 bulan, gst diturunkan, brim 2000... alhamdulillah!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Mama, kakak jatuh cinta!

Cikgu Iza | October 20, 2013 | 3 Komen |
Toleh kiri, pandang muka kat cermin, mama ada anak dara ke? Tepuk pipi, mama tak bermimpi, memang betul kakak iman yang baru berumur 6 tahun beritahu mama bahawa 'kakak jatuh cinta..' Mama cuba menduga kakak, mana tahu yang dicintanya itu mama, abah atau adik aiman syahmi. Apabila ditanya, kakak iman kata dia cinta 'lokman'! Kenapa kakak cinta lokman? Sebab lokman baik dengan kakak, lokman pun suka kat kakak.... jawab kakak iman! Lokman ialah kawan 1 taska dengan kakak, umurnya baru 7 tahun. Tahun lepas semasa lokman belum bersekolah darjah 1, hampir setiap petang hujung minggu akan datang ke rumah bermain2 dgn kakak, sampaikan bila lokman tak datang, kakak mesti sibuk bertanya itu ini. Tahun ni senyap sikit, tapi apabila kakak meluahkan isi hatinya, mama terperanjat betul. Apabila ditanya maksud cinta, kakak jawab perempuan suka pada lelaki... macam cerita firash,...macam cerita cinta jannah...! Mencabar betul tugas ibu bapa zaman sekarang ni kan, patutlah anak remaja zaman sekarang advance dalam soal hati ni berbanding remaja zaman dulu. Selain pengaruh tv, pengaruh persekitaran pun menakutkan mama. Di taska kakak, pergaulan antara budak2 lelaki dengan budak perempuan memang agak bebas. Walaupun mereka masih budak2 tapi tak mustahilkan perasaan sayang tu akan timbul apabila ada pihak yang 'care'... Almaklum, kakak dan lokman contohnya duduk di taska bersama lebih lama, dr pukul 7 pg sampai 6 petang berbanding dengan mamanya sendiri, hanya dari pkl 6 sampai 9 malam je sblm mrk masuk tidur. Beban kerja zaman sekarang menyebabkan anak2 membesar bersama pengasuh dan rakan2! Itu mama yg kerja sbg cikgu, fikirkan orang lain yang kerja sampai malam... 'anak tak menjadi', nak salahkan siapa? Mungkin mama kena berenti fikirkan fasal sekolah dan balik awal utk jaga anak sendiri laa....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Noh Hujan & Mizz Nina Naik Haji!

Cikgu Iza | October 15, 2013 | 4 Komen |
Alhamdulillah, semakin banyak artis Malaysia yang berhijrah. Diharapkan dengan aura Mekah dan disaksikan Kaabah, peghijrahan mereka akan berkekalan. Siapa sangkakan, Mizz Nina yang popular dengan imej seksi tu mampu pergi ke Mekah pada usia muda! Jangan dipersoalkan tentang kemampuan kewangan sebab ramai lagi anak dan bapak orang kaya kat Malaysia ni, tapi x mampu dan tak 'terpanggil' untuk menjadi tetamu-Nya! Semoga Noh dan Mizz Nina mampu 'bertahan' dan meneruskan penghijrahan mereka, kerana dalam artikal tu kata mereka juga melakukan penggambaran kisah mereka di Mekah. Harap2 mereka ke sana bukan kerana urusan komersial tetapi benar2 menjadi tetamu-Nya. Macam ni le artis kalau nak dijadikan ikon....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pernikahan Aieril dan Wawa dihalang David Teo?

Cikgu Iza | October 13, 2013 | 3 Komen |

Blog beautifulnara, rotikaya, akhbar mstar online dan mynewshub serta sinar harian telah memaparkan kisah pernikahan rahsia pasangan hensem dan cantik ni. Semasa menonton Melodi, Ahad lepas mama melihat betapa bersemangatnya David Teo menceritakan kisah Wawa dengan gaya bahasa ala-ala cinanya yang begitu sinis. Hari ini, baru terbongkar rahsia mereka apabila wawa sendiri mengaku bahawa cinta mereka dihalang oleh David! Malah wawa pernah dikuarantin oleh David semata-mata supaya terpisah daripada Aieril! Kalau benar begitu, sampai hati David hanya memikirkan soal keuntungan tanpa memikirkan kebajikan artis di bawah naungannya. Mentang2lah wawa tu tinggi nilai komersialnya, maka segala2nya menjadi hak David Teo? Tapi yang mama pelik, selama ni ibu bapa je yang 'tidak merestui' hubungan anak2, sekarang ni produser pun dah ambil tempat ibu bapa ke? Kenapalah airel dan wawa perlu takut pada David Teo sehingga merahsiakan perkahwinan dan menimbulkan pelbagai spekulasi! Banyak lagi produser lain wawa, dan mama rasa tak kan tertutup periuk nasi wawa dan aieril tanpa David Teo. Kalau ada bakat, mana2 prosedur akan menerima kamu berdua. Sama2lah kita tunggu reaksi David Teo kerana tidak adil kita 'mendengar' dari sebelah pihak saja kan? Walau apa2 pun, tahniah untuk Wawa dan Airiel serta anak yang comel. Nak tengok lagi le Airiel berlakon macam dalam Cinta Jannah, sweet je... Untung wawa...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Doa Anak.....

Cikgu Iza | October 09, 2013 | 4 Komen |

Pagi tadi masa mengemas 'sampah' hasil tulisan kakak, mama jumpa.. Terkedu mama, anak umur 6 tahun ini yang menjadi harapannya...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tips mudah menaip sijil

Cikgu Iza | October 06, 2013 | 6 Komen |
Susahnya nak menaip sijil.... Bengang dan naik pecah kepala nak menyiapkan 100 sijil sedangkan majlis berlangsung esok! Mama nak berkongsi ilmu untuk menaip sijil dengan mudah dan cepat.

step 1 : simpan nama yang nak ditaip tu dalam excell macam kat gambar

step 2 : dummy sijil kat word
Tekan tab mailing --> lepas tu start mail merge

step 3 : select reciepients pilih use existing list

step 4 : cari file nama kat excell kemudian open file tuh

step 5 : keluar macam kat gambar --> tekan sheet mana nama ditaip
(macam mama taip dalam sheet 1, makna tekan sheet 1 lee)

step 6 : letak kursor kat nama dan jawatan 
tekan insert merge field (tekan anak panah tepi bawah) : tekan nama dan jawatan

step 7 : bolehlee preview

step 8 : print kena klik finish and merge, kemudian print document..

Mudah kan? Mama harap ilmu ni boleh dikongsi bersama, terutama kepada guru-guru yang selalu kena jadi AJK Hadiah dan sijil. Kalau tak pun, guru tingkatan, mesti kena taip sijil koko akhir tahun ni, kan.....

K Pop Hodoh!

Cikgu Iza | October 05, 2013 | 0 Komen |
Bila baca artikal ni, sah.. orang Malaysia bukan saja bijak malah tidak sehodoh artis k pop! Caiyok orang Malaysia..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Digi Menghina Penguna Tablet!

Cikgu Iza | October 05, 2013 | 0 Komen |
Sebagai pengguna tegar tablet, mama rasa perlu 'menyebarkan'kisah yang mama baca di ekeleh.com ni. Menurut artikel, Digi memaparkan tablet hanya layak menjadi 'server' teh terik jika tiada internet. Jadi.. langganlah Digi dengan serendah rm15 sebulan supaya tablet anda berfungsi dan tidak hanya menjadi 'dulang' sahaja! Mama bukan mahu memburukkan Digi, tapi pengalaman mendewasakan kita. Mama pernah melanggan pakej Digi, namun bayaran bulanannya berkali2 ganda lebih besar berbanding pakej yang dilanggan. Bila buat laporan di Digi center, mama dihubungkan ke talian hotline Digi dan diberitahu bahawa bayaran tersebut kerana mama 'melanggan' secara online yang ditawarkan oleh Digi sendiri! Mama tak fahamle macam mana tapi bila dijelaskan oleh pihak Digi memang panas juga. Mama kena bayar juga baru boleh matikan line. Pengajarannya, kita jangan mudah terpedaya dengan tawaran murah melampau yang ditawarkan oleh syarikat telco tertentu. Pastikan coverage dan tiada caj tersembunyi yang mengarut. Sebagai pengguna kita ada kuasa memilih sama ada nak Digi ke, Maxis ke, Celcom ke, P1 ke... Setakat ni jodoh mama lama dengan mr Celcom kerana coverage ok di tempat mama dan di kampung, 2 tempat yang mama perlukan aura yg kuat dari mr Celcom. Cuma mama masih berfikir nak bercerai dengan unifi dan bermesra dengan mr donggle ke,.. ada idea?
Published with Blogger-droid v2.0.10

nuff

SantaiEmas

CK Free Auto Backlink My Ping in TotalPing.com Personal Blogs
best blogs

Babab Ping

My Love and Cute Kids © . Designed by MaisarahSidi.com