Like Emas Like Powergold

Pages

@aimaniman |

Bajet 2014 : Harga Makanan di Kantin Terus Naik!

Tanya pada akak kantin berbangsa indonesia, nanti kantin kenakan gst juga ke? Dah barang kena gst, harga di kantin pun kena gst la cikgu! Harga gula naik +-30 sen, berapa harga milo ais kak? 1.80 cikgu,. Isssh, sebelum bajet harga milo ais di kantin ada diskaun cuma rm1.50 tapi lepas bajet, harga terus naik 1.80 segelas! Kak.. gula sekampit naik 30 sen, takkan air segelas pun naik 30 sen, lagipun milo ais mana guna gula.,. Kita ikut cakap boss je cikgu,.. Itu baru fenomena di kantin sekolah, di gerai kecil, warung tepi jalan, restoran, hatta hotel pun mama rasa mengalami nasib yang sama. Tadi majlis graduasi diadakan di hotel premiere dengan kos rm53 sekepala, bajet terendah untuk pakej sekolah, harga pakej yang sudah dibooking 3 bulan lepas, ... apabila ditanya lagi.. dah tak dapat harga gitu lagi cikgu... Termenung sebentar mama, rakyat Malaysia cepat bertindak atau pemimpin yang masih 'dibuai mimpi' dengan yakin 100% tiada kenaikan harga barang kesan dr kenaikan harga gula? Lain kali, cuba2 le pak menteri yang budiman ni p beli sendiri barang dan jangan guna pembantu je, tengok sendiri harga barang naik ke turun, pas tu x payah le 'kenalkan' diri tu sbg menteri dan hanya bawa rm50 dalam poket...cer tengok cer tengok... rasa2nya, beras, ayam, ikan, milo, susu anak, teh, ala., semua perbelanjaan untuk seminggu cukup! Alhamdulillah...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sudah baca sila komen

9 comments:

Farah Waheda Wahid said...

duit belanja sekolah bebudak sekarang memang tinggi kan kak...nak buat macam mana harga makanan naik seperti yang dilaporkan tu...hurmm...bawak bekal, tapi kesian pada parents yang tak berkesempatan nak sediakan bekal...

Nurzakiah Hanum said...

semuanya meningkat

Zee Suhaini said...

tu la pasal..semalam anak balik pon ngadu lapar..makan tak cukup..katenya mee goreng sepinggan sikit, beberapa suap jer..harga tak naik tapi kuantiti dah kurang..camner tu??

lia said...

speechless..

Cik Puan Rara said...

semua barang naik.stress!

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

mslh skrg ialah belum implement gst, semua dh sibuk2 naikkan harga gara-gara subsidi gula ditarik dan minyak masak senyap2 dikurgkn subsidi.hampeh!really dont know what exactly the gov trying to do.what i see is gov keep on taking tax payer money when the economy when down, without trying to cut their own unnecessary expenses.pfttt....

faraherda.razalan said...

Mak aih....betullah luahan hati dak darjah 6 tu ye kak? Kantin sekolah pun kena tempias. Apakah?

Khai♥Rin : anies said...

anak2 n cikgu kena bw bekal la nmpk nyer

Mas Zull said...

assalamualaikum aimaniman.....semua harga barang naik mendadak kesian budak2 sekolah ni....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Template Edited By Cikgu Ma ♥ All Rights Reserved ©Aimaniman 20/12/2012